Ahad, 12 September 2010

Selingan: Display dan Tarikan Perhatian Pelanggan


Rata-rata di negara kita, dapat disaksikan majoriti retailer terutamanya yang mengendalikan outlet/kedai berlumba-lumba mempercantikan 'selling point' masing-masing. Sekali kita pandang sungguh cantik umpama 'dream castle' dan menggamit perhatian kita untuk sekurang-kurangnya melawat outlet/kedai tersebut. Manakala pada satu sudut yang lain, mungkin kita membuat keputusan untuk tidak masuk ke outlet/kedai tersebut akibat kesan psikologi prasangka seperti impresi kedai yang tidak berbaloi untuk kita belanja.


Terdapat keadaan di sebaliknya di mana ramai juga dikalangan retailer yang lebih selesa dengan mempersembahkan ciri-ciri outlet/kedai mereka dengan bersahaja. Perasan atau tidak peratusan pelanggan yang 'patron' kedai/outlet mereka adalah lebih tinggi. Contohnya saya ambil konsep kedai-kedai pakaian ekonomik yang banyak terdapat di pinggir bandar di mana purata pelanggannya adalah terdiri daripada pelanggan bandar dan sub-bandar.




 
Sebenarnya kedua-dua bentuk persembahan ini adalah relevan mengikut kesesuaian faktor-faktor entiti perniagaan itu sendiri dan bergantung kepada segmen pasaran seperti yang dirancang. Cuma apa yang saya hendak tekankkan mana-mana kaedah yang digunakan pakai sebenarnya merupakan tunjang pemikat bagi pelanggan untuk mengeluarkan duit dari poket mereka ke akaun perniagaan usahawan.


Maka dengan sebab itu usahawan perlu sensitif dengan kaedah display pamer yang berkesan agar pembinaan impresi pertama pelanggan adalah positif. Berikan keutamaan kepada display:

1) Barangan jualan mengikut keutamaan (priority) kehendak dan minat pelanggan.

2) Barangan jualan mengikut susunan harga yang tidak mengubah persepsi belanja bagi pelanggan, contohnya bagi kedai yang berlokasi di sub-bandar adalah lebih praktikal jika barangan yang berharga rendah dipamerkan di muka masuk outlet/kedai.

3) Barangan jualan disusun atau dipamerkan dengan kreativiti campuran warna atau design atau keluaran yang terkini.

4) Dan yang lebih penting adalah kemahiran menjual (up-selling) kerana jika barangan yang ditawarkan canggih atau murah, jika kita tidak pandai 'mengayat' pelanggan untuk membeli maka tiada gunannya juga. Seorang sahabat niaga dari Alor Setar, pernah berkata "...walaupun kita hanya menjual seketul batu sungai yang tiada permintaannya, tetapi jika kita pandai memasar dan menjual maka hatta batu seketul itu akan dibeli orang juga.."