Isnin, 23 Ogos 2010

Tips 7: Tahukah Anda Apa Itu 'Spending Per Cap' Dalam Apa Jua Bentuk Perniagaan?

Sebagai orang bisnes kita perlu peka dengan keadaan sekeliling tidak kira apa jua bentuk isu atau kejadian kerana semua unsur atau elemen ini membantu analisis pelan tindakan dan potensi hala tuju serta survival entiti perniagaan kita.

Antara salah satu unsur yang perlu kita risik dari masa ke masa ialah keupayaan orang sekitar di pasaran kita membelanjakan wang poket mereka. Risik perlu dibuat bagi mengetahui hakikat sebenar kuasa belanja populasi pelanggan istilah Inggerisnya actual power of purchasing aura.

SOALAN: BERAPAKAH KUASA MEMBELI SETIAP INDIVIDU DI TEMPAT ANDA ATAU DI KAWASAN PASARAN ANDA PADA TARIKH 25 OGOS 2010? ADAKAH RM10 ATAU KE ATAS? ATAU ADAKAH KITA MENGAGAK-AGAK NILAI KUASA PENGGUNA? ADAKAH AGAKKAN KITA TEPAT DAN BETUL-BETUL MEMBERI FIGURE JUALAN SEPERTI YANG KITA RANCANG?

Percayakah anda jika saya katakan bahawa untuk aktiviti perniagaan runcit sebenarnya kuasa membeli setiap individu dalam satu populasi penduduk di kawasan kita adalah dari RM0.10 - hingga RM0.30 saja. ANDA PERCAYA? SAYA BAYANGKAN ANDA TERPERANJAT & TERTANYA BUKANKAH NILAI TERSEBUT TERLALU KECIL, TIDAK REALISTIK & MANA ADA ORANG PERGI KEDAI BELI BARANG NILAI SEBESAR ITU, HARGA GULA-GULA PUN LEBIH TINGGI...
Tetapi inilah hakikatnya kuasa membeli pelanggan (peruncitan) pada masa ini. Adakah disebabkan dengan rendahnya kuasa ini ianya akan menjejaskan perniagaan anda?


Sebenarnya Spending per Cap ini adalah indicator kepada entiti perniagaan kita untuk menentukan berapakah kadar potensi untuk kita meraih jualan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Malah kalau kena gaya perkiraannya dalam pelan tindakan maka Pulangan Besar Yang Tidak Disangka-sangka boleh kita perolehi.

Tips SPC (Spending per Cap) ini banyak digunapakai oleh retailer-retailer berbangsa Cina, orang-orang Aussie dan warga timur seperti peniaga-peniaga Jepun, Korea & Taiwan yang mempunyai kedai runcit ala-ala santai (hebat lagi kedai runcit kampung) di Sri Hartamas & Mont Kiara di Malaysia.


Jadi formula SPC (spending per cap) adalah seperti berikut:

Kuasa Perbelanjaan Per Poket Individu = Sasaran Jualan / Jangkaan Populasi Pelanggan

Justeru, tidak setakat di situ sahaja sebagai usahawan anda perlu mengetahui mekanisme untuk mendapatkan Sasaran Jualan melalui metodologi Forecasting dan Budgeting.