Sabtu, 29 Januari 2011

Selingan Semarak: Malu Kalu,Tak Dapat Ilmu

Pada petang 28/1/2011, saya bereksperimen di perhentian bas Jalan Semarak, berhadapan Bangunan Axiata KL. Sambil menggalas camping bag dan memegang produk sampling iaitu tasbih digital yang saya borong minimum dari seorang kenalan dari Tanjung Malim. Hari ini saya mengenakan baju -T berlogo huruf jawi Alif, seluar khakis, skater shoe dan tennis cap. Saya hanya berdiri pacak selama 15 minit sambil tangan mendemokan cara counting zikir menggunakan tasbih digital tersebut. Hasil eksperimen:

  • Murah rezeki saya kerana perolehi jualan sebanyak RM100 hasil pembelian seorang makcik yang parkir sementara di perhentian bas untuk menjemput anaknya pulang kerja. Beliau membeli sebanyak 10 unit tasbih digital tersebut sekali gus. Seunit tasbih digital harganya RM25. Disebabkan saya hanya sampling dan eksperimen, saya beri harga tenang iaitu RM10 seunit. Beliau suka sekali. Katanya boleh buat souvenir kat kawan-kawan dan kalau duduk saja-saja boleh zikir.
  • Berikutan itu, beberapa orang di perhentian bas lantas mendekati saya dan bertanya produk tersebut. Saya ada lebihan 5 unit lagi maka saya beri tawaran, jika beli bulk 5 unit ini saya jual pada kadar harga RM40. Ada seorang abang Celcom terus cepat-cepat mengeluarkan wang dan membeli. Dia cepat, dia dapat.
  • Keseluruhan jualan saya selama lebih kurang 25 minit saya berjaya memperolehi RM140. Letih berdiri dan bercakap saya terus ke gerai seberang jalan pekena kopi Radix susu. Alhamdulilah, eksperimen berjaya, dapat ilmu dan wang.

    Konklusi untuk perkongsian: Eksperimenkan keyakinan diri kita secara berkala dengan mengambil contoh-contoh peniaga-peniaga yang gigih tidak kira berskala kecil atau besar. Berani dan jangan malu!

    Idea eksperimen timbul: teringat pemuda Arab yang menjual foto Gua Hira' secara legar di kaki Gunung Thur kota Makkah.

    Jumaat, 28 Januari 2011

    Selingan Pakcik Arab: Kerana Bahasa, Tambah Belanja

    Masih mengenai trip saya ke Medina. Kumpulan musafir kami menjejak kaki di Jedda awal subuh dan menaiki koster menuju ke kota debu suci. Singgah solat jamaah subuh di tepi jalan yang di kelilingi padang pasir. Terasa seperti filem 'Lion of the Desert'. Sempurna sudah kami meneruskan perjalanan. Pemandu koster kemudiannya mencadangkan singgah sarapan di RnR.  Istimewanya:
    • Pemilik premis menyapa rombongan musafir kami,"Assalamualaykum..anta masyghur..masyghur..(bagus..bagus..)", sambil mengangkat kening beliau (macam penyanyi Ziana Zain). 
    • Pemilik premis juga secara jenaka,"Tuan-tuan mau minum semua ada..teh susu..kopi susu..teh susu..kopi susu..sedap..masyghur..masyghur.."
    • Dia teruskan lagi,"Tuan-tuan, macam-macam makan..ruti..ruti.."
    • Kami semua minum dan makan, sembang dan puji pandai pakcik Arab welcoming kita siap cakap Melayu sekali. Kami pakat-pakat tambah sampai 2-3 round, akhirnya kenyang....
    • Masa nak membayar saya tanya pemilik premis,"Syeikh pandai bahasa Melayu?", dia jawab,"Saya boleh lima (5) bahasa, no problem, tiada mashalah...barakallah.."

    Konklusi dan iktibar: Pendekatan penguasaan bahasa juga mempengaruhi kadar belanja customer. Hebat pakcik Arab RnR padang pasir.


    Du'aa murah rezki kepada:

     Hj Ridwan Uban (DD), Hj Zali (BMR), Hj Khalid, (Saujana), Hj Kamarulzaman (NST), Hj Tiger (Utusan Malaysia),Hj Abg Azli (S.P.M'sia, RTM), Hj Naseer Sulaiman (MKL), Hj Adik Kecil Akmal (pelaung takbir & tahmid wida'), Hjh Aida Rahim/Radzwil (Actress), Hj Ali Mamak (Comedian, Melaka).

    Khamis, 27 Januari 2011

    Selingan Debu Medina & Cahya Mecca: PR Retailer Arab Bagus

    Tanggal ini, tiba-tiba teringat pengalaman bermusafir di Medina dan Makkah pada tahun 2004 iaitu semasa zaman bujang dahulu. Kata ibu saya ketika itu, pergilah ke sana jangan tak pergi kerana kamu pergi sebagai tetamu. Jiwa remaja ketika itu, sambil bermusafir sambil memerhati keadaan sekeliling kota Medina dan kota suci Makkah.

    Cuma apa yang boleh dikongsi bersama berkenaan tabiat (behaviour) bisnes di kedua-dua kota tersebut:
    • 99% peniaga-peniaga samada di shopping complex atau bazaar mempunyai superb PR (public relation). (Jika kita tengok pelancong-pelancong Arab yang melawat Malaysia mereka sememangnya sinonimnya kasar, mungkin mereka bukan berasal dari negeri Medina atau Makkah & mereka saya percaya dari negeri bangsa-bangsa arab yang lain). Semasa saya patron ke outlet-outlet  majoriti mereka greetings dan peluk. 
    • Mereka memperkenalkan (introduce) pelbagai produk walaupun terlebih dahulu saya maklumkan saya hanya window shopping. Mereka rata-rata memberi manisan kurma sebagai guest reception.       
    • Mereka menawarkan price range mengikut bajet saya, siap membuka produk dan meneliti serta memastikan produk tersebut tiada cacat (defect) Memang telus! 
    • Mereka juga jika kita meminta pengurangan harga akan tetap mengambil kira (consider) permintaan kita tersebut dan siap ada akad sah jual beli.
    • Kalau barang yang telah kita beli defect, mereka dengan pantas akan menukar dengan yang baru. Jika tiada stok yang sama mereka akan tambah baik (upgrade) barangan yang lain.
    • Sekiranya kita membeli bulk purchase mereka akan sadakah souvenir lain sebagai tanda kenangan. Saya terharu.
    • Bila azan berkumandang dari Mesjid Nabawi dan Mesjidil Haram, mereka tinggal semua produk, tak tutup kedai pun lantas menunaikan solat jamaah. Tiada penguatkuasa atau polis yang mengawal di premis-premis mereka (kecuali saya yang leka keanehan situasi tersebut dan lewat solat kerna hendak mensahihkan situasi seperti yang saya ceritakan di sini).
    • Tiada tipu daya urus niaga di kedua-dua kota ini.

    Perasaan ketika itu rasa tidak mahu pulang ke Malaysia kerana semua yang ada di sana DAMAI TENANG tiada setan! Patutlah retailer di sana hebat kerna mereka mengikut SUNNAH RASUL SAW tatacara Islamic Biz Guidance.


    Teringat sampai hari ini
    • Pemuda Arab yang menjual (legar) photo Gua Hira' di kaki Gunung Thur, rasanya sebaya dengan saya. Dia menjual sekeping photo tersebut dengan harga 5 riyal, saya desak dan tekan tawar seboleh-bolehnya 4 riyal. Dia bersetuju harga permintaan saya. Saya hulur note RM50 (di sana currency kita digunapakai untuk jual beli), dia tetiba kalut suruh saya tunggu sebab nak tukar wang dengan peniaga legar lain. Kalut dia lari sana sini dekat 10 minit bagi memastikan saya menerima baki. Punyalah bersungguh-sungguh dia sampai saya rasa terharu, bangga dan menitiskan air mata melihat akan kesungguhan/kejujuran dia. Kemudian saya pula berlari dapatkan dia, saya lontarkan,"Brother, today this RM50 is your rezki. Anta take all the money, Jazakallah". ** karektor beliau unik walau pakaian yang dikenakan beliau menggambarkan kesukaran hidupnya.**
    • Bisikan ibu di telinga kanan saya ketika berangkat dan pulang (di pintu utama rumah): "La Illa Ha Illallah, Muhammad Rasulullah"
    • Moga Allah merahmati ibu dan pemuda arab di kaki Gunung Thur.

    Rabu, 26 Januari 2011

    Tips 18: Kaedah Simple Tapi Padat & Pedas


     Jika seseorang individu yang bukan entiti approach anda berkenaan sesuatu projek bisnes, maka pertama sekali soalan yang anda harus tanya ialah, "What is your company?".  Jika dia menjawab saya tiada company, tapi ada contact atau cable, maka turunkan kadar minat untuk berurusan dengan individu tersebut sebanyak 30%.

    Seterusnya ajukan soalan, "" What is your business?", jika dia menjawab selain dari core-business/product malah mendakwa pelbagai business dia buat, maka turunkan lagi kadar minat untuk berurusan dengan dia sebanyak 30% lagi.

    Soalan penggulungan, terus ajukan " How's your liquidity", jika dia tergamam, tiba-tiba mulut terkumat-kamit dan kaku, maka dengan otomiknya turunkan 40% minat untuk berurusan. Kerana individu tersebut hanyalah parasit dan memberi bebanan kepada entiti bisnes kita di kemudian hari.

    Selasa, 25 Januari 2011

    Selingan Arnab Emas: Ada Ong, Ada Untung


    Berdasarkan trend tahunan, menjelang CNY (Tahun Baru Cina) spending power rata-rata masyarakat kita meningkat tidak kira kaum. Antara faktornya kerana terimaan lebihan wang seperti bonus CNY oleh majikan. Di mana-mana saja tidak kira sektor atau jenis perniagaan, jualan dijangka confirm meningkat. Justeru persiapan stok barangan jualan dikeluarkan melebihi tahap buffer. Kebiasaannya peningkatan jualan bermula dari sekarang sehinggalah 3 minggu selepasnya. Kini keterbukaan perbelanjaan lebih terserlah kerana rata-rata pengguna hanya mementingkan 'memenuhi kehendak'. Maka inilah peluang!

    Sehubungan itu, inilah masa terbaik untuk kita sapu rata jualan melalui limpahan perayaan. Kos promosi mungkin minimum kerana banner perayaan CNY dengan sendirinya merentang akibat suasana pra suasana sambutan perayaan.

    Berdasarkan pemerhatian selama 8 tahun, didapati limpahan jualan musim perayaan terutamanya CNY merebak - meledak hingga ke gerai-gerai pacak di tepian jalan raya.

    Mengikut tradisi kepercayaan masyarakat cina, new year arnab memang ada ong, ada manyak untung... Jadi, jom kita-kita sekali sapu itu untung tak kiralah samada ong atau pun tidak kerana ini musim rezeki ,Allah limpahkan jua..

    Selingan Cerah Mata: Talent Dalaman, Bagus Terbaik


    Hari ini saya menghadiri seminar Sistem Penyampaian Perkhidmatan di PICC, Putrajaya. Terdapat beberapa panel agensi membentangkan topik kaedah pelan promosi berkesan pada setiap pleneri. Cuma saya tertarik, cerah mata dan buka minda hasil perkongsian ilmu dari Pegawai Perhubungan Awam, Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebentar tadi. Antaranya:

    "Pelbagai kaedah tradisional yang boleh kita gunapakai tetapi perlu ada adunan baru yang catchy agar kaedah promosi core business, aktiviti atau program organisasi kita memberi impak sehingga ke semua lapisan masyarakat di Malaysia. Saya ambil contoh terdapat beberapa siri iklan media SSM di tv dan media cetak yang simple, small cost incurred serta memberi return on investment serta respon pendaftaran syarikat yang baik sepanjang tahun 2010. Iaitu:

    • Gunakan talent dalaman, untuk acting commercial. It might be your boss, staff or even you your goodself. Di situ kita melatih semua individu di dalam organisasi berkreativiti dan mengasah kemahiran komunikasi. Secara langsung membantu organisasi ke arah penjimatan. Buktinya setelah dua tiga siri ads commercial, kami dihujani respon pendaftaran syarikat kerana fluently kami melafazkan langkah/step click SSM yang membuatkan customer senang hati dan curious untuk mendaftar syarikat. Di samping itu, kami juga dihujani jemputan dari production house untuk menjadi model commercial bagi iklan mereka. Hebat tak??"
    Memang betul, berdasarkan semakan, pada tanggal 10/10/2010 semasa promosi media elektronik dan cetak  SSM mereka mendapat returned sebanyak RM356k (bagi tempoh iklan pada 10/10/10 tersebut) berbanding kos pengiklanan keseluruhan tahun RM95k. Itu tidak termasuk respon siri-siri iklan yang lain.

    Jumaat, 21 Januari 2011

    Selingan Labu Cingkaro: Consignment, Sama-sama Kongsi

    Adakalanya bizman pusing dan runsing akan slow moving item atau stok jualan yang kurang popular. Lambakkan stok begini membuatkan bizman terdedah kepada risiko:
    1. Kecairan wang tunai atau liquidity
    2. Kerosakan stok atau spoilage yang merugikan belanja belian item
    3. Kadar pusingan stok yang lembap
    Jika anda menghadapi situasi begini, apa tindakan anda? Adakah anda akan:
    1. Menjual dengan harga diskaun, dengan kadar margin yang minimum.
    2. Menjual dengan harga kos belian.
    3. Melupuskan item dan mengalami kerugian.
    4. Menebarkan item di beberapa outlet kenalan pada margin yang maksimum.
    Terpulang pada kehendak masing-masing, mengikut keupayaan kredibiliti kewangan entiti perniagaan anda. Cuma kalau ditanya perkara ini kepada Chinese bizman, mereka cenderung kepada methodologi atau kaedah nombor (4) kerana:
    1. Memperkembangan jaringan business network, perkongsian jualan yang juga dapat membantu rakan niaga yang lain.
    2. Free marketing kerana pihak consignee (rakan jualan) akan melakukan promosi dan progres penjualan.
    3. Mencapai margin keuntungan yang masih optimum
    4. Pemindahan risiko kerosakan barangan kepada pihak consignee (pihak yang membantu dalam jualan)
    5. Mengelak risiko kerosakan barangan sekali gus pada masa yang sama.
    6. Memberi ruangan point of sale kepada outlet sendiri, kerana barang yang tidak popular telah dipindahkan ke outlet lain.
    7. Membina dan menampilkan taring dominan kepada entiti perniagaan yang lain.
    8. Win win situation antara pemilik stok dan penjual stok (consignee) 
    Ramai peniaga kita kurang yakin akan kaedah ini, kerana dibayangi risiko yang melampau yang walhalnya tidaklah sebegitu!

    Sabtu, 15 Januari 2011

    Selingan Daun Karepoley: Jangan Percaya, Pemeriksaan Mengejut !

    "Never trust your staff" itulah prinsipal yang perlu ditanam pada setiap bizman. Walaupun niat di hati sebenarnya tidak bermaksud begitu. Kerana ini merupakan kaedah kawalan terutamanya yang melibatkan transaksi wang. Prinsip kesangsian ini sebenarnya merupakan motivasi bagi pemilik entiti perniagaan, bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan operasi perniagaan disamping mengelak risiko ditipu dalam diam-diam. Yang akhirnya melingkupkan bisnes kita. Ingat bisnes bukan suka-suka, ianya merupakan sebahagian dari aset yang bakal dipusakakan kepada anak, cucu cicit kita. Jadi jangan biarkan orang luar 'main banyak' dengan aset pusaka tersebut.

    Wajib setiap masa kita mengadakan spotcheck setiap pergerakan, pelaksanaan kerja serta ambil peduli hal peribadi mereka secara rahsia. Mereka otomatisnya akan berasa rimas, bimbang serta mengawal setiap gerak geri kerja agar terpancar 'the best work delivery'. Sekali-sekala keluarkan 'threaten' dari mulut kita. Kerana kesan kebaikannya adalah kepada semua orang. Itu benda baik dan boleh pahala!

    Jumaat, 14 Januari 2011

    Selingan Gabra: Lets Go Out!

    Sepatutnya bulan Disember antara bulan yang hyper revenue generation berdasarkan trend. Tapi bagi tahun 2010 Disember kali ini seolah-olah seperti bulan April, low period, less spending dan perlu bertungkus lumus untuk cost cutting. Mula terfikir, apa yang akan berlaku pada bulan-bulan yang akan datang pada tahun 2011.

    Murah rezeki teringat pesan Apek Bukit di Taiping," Jangan tunggu saja, pegi keluar cari duit. Dulu itu orang bela lembu kasi dia punya lembu minum sendiri, now sudah modern, sudah lain, itu orang bela lembu mesti mau angkat air kasi sama lembu. Baru itu lembu mau ikut itu orang bela lembu".

    Terdetik dan nekad di hati. Strategi turut serta berniaga di pasar-pasar. Memang terbukti jualan di open market melebihi jualan di kedai. Maka, timbul perancangan jadikan kedai sebagai pusat produksi pembuatan, tempahan dan galeri disamping aktiviti jualan seperti biasa. Lantas lebihkan usaha untuk keluar berniaga kerana secara tidak langsung itu adalah saluran utama kemasukan jualan disamping menjadi 'direct marketing' yang meluas.