Rabu, 22 Disember 2010

Tips 17: Laburan Modal Perniagaan Efektif


Wang tunai adalah sangat bernilai. Usahawan kebanyakannya lupa bahawa wang tunai juga boleh bekerja menolong beliau membuat wang. Sebagai contoh, sekiranya beliau mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM10,000 dan disimpan di dalam laci, di bawah bantal atau akaun semasa, wang ini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya. Tetapi sekiranya wang lebihan ini disimpan di dalam akaun simpanan atau di pasaran wang pada kadar faedah katakan tujuh peratus (7%) setahun, maka wang tersebut akan bekerja untuk menghasilkan RM700 setahun. Siapa yang akan memberi kepada anda RM700 secara percuma?



Sekarang perkhidmatan bank telah menjadi begitu maju. Terdapat sebilangan bank yang menawarkan faedah mengikut baki harian. Usahawan perlu memilih bank ini dan hendaklah menyimpan lebihan wang tunainya setiap hari. Jika kita perasan, ketika mana kita berada di sesebuah bank, akan tampil lima (5) hingga enam (6) orang berbangsa Cina dengan memakai seluar pendek dan berbaju t-shirt Pagoda membawa gondola-gondolan plastik buruk yang mana kita sangkakan bungkusan ‘tapau’, masuk ke dalam seksyen pendepositan bank. Sebenarnya mereka mengambil peluang ini!


Jika diperhatikan ramai smart bizman mengambil peluang menyimpan dan melabur modal mereka di dalam Unit Saham Amanah atau Unit Trust Investment. Kerana apa? Ini kerana potensi rate of return yang selesa di samping boleh dijadikan sebagai modal tampalan bagi entiti perniagaan sekiranya berlaku ketidaktentuan dalam operasi bisnes kita. Malah terdapat kepelbagaian dalam tabungan ini iaitu seperti tawaran dana-dana yang selamat lagi dijamin oleh Security Commisioner.

Be smart...dalam menjana pusingan modal perniagaan.