Rabu, 5 Januari 2011

Selingan Capati: Pra Serapan kos/Pre-Cost Absorption



Singgah sebentar layan capati bersama pakcik-pakcik niaga Pasar Pagi di UpTown Kota Damansara di restoran Bidayah, Subang Perdana, terdengar khabar berita kenaikan harga petrol RON97 yang berkuatkuasa tengah malam ini. Justeru masing-masing kalut mengutarakan 'pricing' item jualan masing-masing. Saya interested dengan pandangan Abang Mi, peniaga mini murtabak, beliau berkata:

"Kita jangan imprompt naik harga, nanti customer kita terkejut dan mungkin complaint, pas tu menrencatkan intention mereka untuk berbelanja. Langsung kita loss. It is good kita maintain price yang sedia ada sebab profit margin kita memang dah reserve & absorb percentage of miscellaneous. No loss or breakeven at all. Yang penting kita build-up repo dan jadikan mereka sebagai loyal customer. Lets go for volume, dont increase price yet. Not at correct time..". Kami menggangguk...

Betul, sebenarnya untuk profit margin setting kita sepatutnya dah ambil kesemua kos terlibat termasuklah peratusan ketidaktentuan masa hadapan. Maka tidak timbul kekalutan kiranya terjadi kenaikan harga pada bahan mentah. Secara langsung tidak membebankan customer terutamanya dalam tempoh masa terdekat ini. Semestinya ini adil bagi konteks Habluminannas...

Selasa, 4 Januari 2011

Selingan Roti Bakar: Jangan Tipu



Semasa menjamu roti bakar tengahari tadi di Sri Hartamas, sambil memerhati gelagat nyonya yang zahirnya mengambarkan beliau adalah pemilik outlet florist di sebelah, terlintas kata-kata di kotak fikiran seorang sahabat di utara Mr Jimmy Ng Kam Keong (umur veteren 53 tahun), yang pernah bekerjasama dalam pembikinan beberapa attraction & selling-point di Perak Utara.


"In business we must always be in transparency. Do not cheat or story about fairy tales. You know what, our biznesman will  deal with those who are transparent & genuine in transactions only. Otherwise, we will shut our biz arch door & we will never trust that person anymore. We are very serious in doing biz and we are gentlemen"


Banyak tips dan prinsipal Chinese bizman yang saya pelajari dari beliau selama 7 tahun berkolaborasi dalam attractions of biz-venture.

Prinsip yang perlu kita tanamkan agar entiti perniagaan sentiasa dalam keadaan 'control & reliable'.

Selingan Lagi Cargas: Up Sell Antara Rakan

Up sell tidak terhad di entiti bisnes kita sahaja. Ianya lebih praktikal kiranya diimplementasikan antara rakan-rakan niaga kita yang lain.


Contohnya, sekiranya kita tiada stok item seperti yang dikehendaki oleh customer maka kita cadangkan kepada customer untuk patron ke outlet rakan-rakan kita yang lain atau kita meminjam stok rakan niaga dan menjualnya kepada pelanggan kita. Ini namanya menjana ekonomi bersepadu / ummah. Secara tidak langsung kita mewujudkan empayar kolonial di sesuatu lokasi/tapak dan itu adalah biznes network yang paling hebat. Konsep ini jarang dipraktikkan oleh retailer kita kerana negatively taughts terhadap sales dan keuntungan. Hakikatnya inilah potential of  actual flow of money to be into our pocket. Kita cadang orang lain punya, orang lain cadang kita punya. Sila perhatikan apa yang dipraktikkan oleh retailer handphone di Pertama Complex, Mid Valley, Petaling Street, Chow Kit dan lain-lain. Memang peniaga-peniaga disitu bijaksana. Jadi kenapa kita tidak???

Selingan Cargas: Up Sell

Pasaran sekarang adalah pasaran yang teramat kompetitif. Semua retailer berlumba-lumba untuk 'push sales' demi kelangsungan perniagaan. Tempias ini kalau diperhatikan mengenai juga kepada bisnes perkhidmatan dan kompleks niaga. Masing-masing memaksimumkan strategi jualan kerana pasaran telah diceramukkan oleh pelbagai methodologi pemasaran yang agresif.

Terdapat satu kaedah yang simple yang tidak memerlukan kos fisikal, cuma memerlukan kemahiran diri, iaitu 'kata-kata' untuk UP-SELL.

UP-SELL - menawarkan alternatif-alternatif produk atau servis lain mengikut kemampuan dan impresifnya kepada customer.

Open Stall Kak Musleha (Tmn Rakyat Kamunting) di Cherating

 

Contoh: Kiranya Cik Leha fokus membelek anting-anting luxury, kemudian disebabkan bajet beliau tidak mengizinkan, beliau terpaksa lupakan hasrat untuk membeli anting-anting tersebut. Sebelum Cik Leha melangkah kaki pergi, pastikan kita atau staf kita menghampirinya lantas 'entertain', kurang-kurang say helo dengan senyuman (sepatutnya dilakukan pada awal ketibaannya). Tackle mood yang terbaik ialah bagi salam atau hello/hi. Lantas up-sell barangan lain yang lebih ekonomi, contohnya tawarkan anting-anting dummy yang fancy dan beri cadangan kenapa dia perlu dapatkan anting-anting tersebut...cadangan mestilah berasas dan menerujakan Cik Leha...60% beliau akan dipengaruhi oleh up-sell tersebut...dan buatlah seterusnya jika Cik Leha tidak mahu alternatif kedua tersebut..tapi pastikan up-sell nampak  tidak terdesak atau merimaskan beliau..InsyaAllah pasti jaya..human psychology..kerana kaedah itu terbukti berkesan.


Terima kasih:
Kak Leha of Tmn Rakyat Kamunting & kawan-kawan niaga di Pasar Up Town Kota Damansara.

Isnin, 3 Januari 2011

Selingan Mendung Kalbu: I Know, You Know

Saya masih ingat prinsipal YBhg Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal, Executive Chairman MK Land Holding Bhd, ketika menghadiri briefing beliau semasa berkhidmat dengan salah satu subsidiari iaitu:

"There are four (4) categories of people that might help and burden to our business:
  1. I know, but I care
  2.  I know, but I dont care
  3.  I dont know, but I care
  4.  I dont know and I dont care
If there's a people who has no (1) or (3) remain him as your business BUT if that people in no (2) or (4) kick them off..We deal with those who are interested..".

Cuba kita amati betul-betul dan membuat kajian pasaran atau psychology test pada mana-mana business person/supplier/staff di sekeliling kita sudah pasti kita akan mengiyakan 4 prinsipal di atas.

Selingan Gegar Subuh: Yakin & Tebal Muka



Jam 3.40 pagi tadi, En Razali pemilik Mawar Kite Event Management bertele-konversasi dengan saya berkenaan kelancaran pengurusan acara-kerjasama Gegar Astro-Tour yang telah berlangsung dan akan berlangsung beberapa siri di beberapa negeri di tanahair. Ringkasnya, beberapa keywords yang terbit dari mulut beliau: 

" I just nak bagi tau you, even dah nak masuk subuh, Alhamdulillah usaha yakin dan tebal muka I mengadap 5-6 kali management Meastro akhirnya company I selected as a co-event. Now management pun dah ease work dengan company I, lega rasanya bila orang put a trust on us...............bla...bla...bla..."


Sekalung penghargaan:
En Razali yang pernah bekerjasama dalam menjayakan Kids Program of Inflatable di Resort utara Perak. Nice working with you Tuan!


Khamis, 30 Disember 2010

Selingan Malam Isnin: Dominan



"Entiti bisnes kita mesti dipandang gah, impresif di mata orang di luar sana. Sebab ini semata-mata untuk menimbulkan keyakinan mereka untuk berjual beli dengan entiti kita. Galakkan mereka berfikiran postif dengan kita dengan macam-macam cara. Umpama bermain layang-layang, tarik-tarik tali ikut rentak kita dan at last kita control the game. Lastly, two words 'Yes' or 'No' dalam setiap kata putus negotiation bisnez. Directly menunjukkan kita gentlemen, firm dan tak gentar kiranya menghadapi opportunity cost. Dan mereka sekurang-kurangnya ada 70% yakin dengan entiti bisnes kita, sebab masa itu sebenarnya kita menjadi DOMINAN dalam market.", kata En Firdaus, airplane proprietary supplier semasa sesi kopi tarik di Shaaz Curry House, Subang Perdana malam Isnin yang lepas.

Boleh digunapakai!

Rabu, 22 Disember 2010

Tips 17: Laburan Modal Perniagaan Efektif


Wang tunai adalah sangat bernilai. Usahawan kebanyakannya lupa bahawa wang tunai juga boleh bekerja menolong beliau membuat wang. Sebagai contoh, sekiranya beliau mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM10,000 dan disimpan di dalam laci, di bawah bantal atau akaun semasa, wang ini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya. Tetapi sekiranya wang lebihan ini disimpan di dalam akaun simpanan atau di pasaran wang pada kadar faedah katakan tujuh peratus (7%) setahun, maka wang tersebut akan bekerja untuk menghasilkan RM700 setahun. Siapa yang akan memberi kepada anda RM700 secara percuma?



Sekarang perkhidmatan bank telah menjadi begitu maju. Terdapat sebilangan bank yang menawarkan faedah mengikut baki harian. Usahawan perlu memilih bank ini dan hendaklah menyimpan lebihan wang tunainya setiap hari. Jika kita perasan, ketika mana kita berada di sesebuah bank, akan tampil lima (5) hingga enam (6) orang berbangsa Cina dengan memakai seluar pendek dan berbaju t-shirt Pagoda membawa gondola-gondolan plastik buruk yang mana kita sangkakan bungkusan ‘tapau’, masuk ke dalam seksyen pendepositan bank. Sebenarnya mereka mengambil peluang ini!


Jika diperhatikan ramai smart bizman mengambil peluang menyimpan dan melabur modal mereka di dalam Unit Saham Amanah atau Unit Trust Investment. Kerana apa? Ini kerana potensi rate of return yang selesa di samping boleh dijadikan sebagai modal tampalan bagi entiti perniagaan sekiranya berlaku ketidaktentuan dalam operasi bisnes kita. Malah terdapat kepelbagaian dalam tabungan ini iaitu seperti tawaran dana-dana yang selamat lagi dijamin oleh Security Commisioner.

Be smart...dalam menjana pusingan modal perniagaan.

Tips 16: Memikat Pengedar

Kita sebagai pengguna sudah tentu tertarik dengan barang yang rendah harga dan baik mutunya, sementara pengedar pula tentu mahukan barangan yang boleh laris dijual dan tinggi pula keuntungannya. Logik yang sedemikian sepatutnya mencabar usahawan untuk menyediakan berbagai bentuk insentif dan ganjaran bagi mendorong para pengedar menutamakan keluarannya di kedai-kedai mereka.



Bentuk insentif dan ganjaran yang ditawarkan sebaik-baiknya menjadi pendorong yang bersifat jangka panjang kerana yang perlu diwujudkan ialah bukannya keselesaan sementara yang akan dinikmati oleh pengedar dan para penjualnya tetapi hubungan dan kerjasama yang berterusan di antara kedua-dua pihak.



  • Usahawan yang cekap akan mengeluarkan atau mendapatkan sumber barangannya dengan kos yang lebih rendah. Barang ini pula kemudiannya akan dapat dibekalkan kepada para pengedar dengan harga yang kompetitif. Keadaan ini dapat membantu daya belian barangan tersebut di kalangan pengguna dan seterusnya menaikkan tarafnya sebagai ketua atau taikun dalam perusahaan berkenaan.
  • Dalam menawarkan harga yang rendah kita perlu mengambil kira nilai dalaman sebenar barangan itu. Berapakah sebenarnya nilai yang munasabah dengan perkhidmatan atau kepuasan yang akan diberikan oleh barang tersebut? Walaupun barang tersebut terpaksa ditinggikan harganya, tetapi sekiranya harga tersebut dianggap sesuai dengan nilai dalamannya dari kaca mata pengguna, maka pengguna tetap akan mengaukui bahawa barangan tersebut sebenarnya murah.
  • Di samping dapat menawarkan barangan dengan harga murah dan sesuai dengan nilai dalaman barangan itu, usahawan hendaklah jangan lupa memberi pulangan (keuntungan) yang menarik kepada pengedar seperti komisyen, bonus, pertandingan, hadiah dan sebagainya. Yang dimaksudkan di sini ialah kadar pulangan yang baik berbanding dengan apa yang dapat diberikan oleh usahawan-usahawan lain dalam industri yang sama.

  • Barangan yang dapat diiringi dengan sistem perkhidmatan sokongan yang lengkap memudahkan lagi ianya diterima oleh para pengedar. Contohnya, usahawan boleh menyediakan bantuan teknikal dengan cara samada menyediakan kakitangan teknikalnya sendiri di kedai-kedai kepunyaan pengedar ataupun mengadakan skim latihan kepada kakitangan pengedar supaya bersedia memberi perkhidmatan kepada pengguna.
  • Tempoh jaminan adalah penting kerana ianya boleh menyakinkan pengedar atau pengguna akan kebaikan barangan tersebut. Semakin panjang tempoh jaminan barangan, maka semakin tinggi keyakinan pengedar dan pengguna.
  • Ketepatan masa penghantaran barangan juga berkaitan dengan imej para pengedar. Pengguna tidak akan mengunjungi premis dan pusat pasaran pengedar lagi sekiranya didapati mereka sentiasa tidak dapat menyediakan barang yang dikehendaki pengguna.
  • Kebiasaannya pengedar member keutamaan untuk menerima bekalan barangan dari usahawan yang dapat menawarkan skim promosi yang lengkap. Bagi pihak pengedar semakin pendek tempoh barangan berada di atas rak-rak adalah semakin baik. Barang yang sentiasa menjadi sebutan orang ramai disebabkan oleh keberkesanan promosi adalah menjadi matlamat setiap pengedar.
  • Para pengedar juga memerlukan usahawan yang sentiasa sensitif dengan aduan dan cadangan mereka serta pengguna. Para pengedar akan kecewa sekiranya usahawan lembap bertindak ke atas segala aduan berkenaan barangan. Sistem aduan dan penambahbaikan yang cekap dan pantas perlu diwujudkan antara usahawan dan pengedar seperti penggunaan ‘push email’ agar maklum balas dapat diberikan dan kata penyelesaian dapat diputuskan.