Jumaat, 14 Januari 2011

Selingan KitaNaichi: Imbasan Scanner


Imbasan peribadi pihak ketiga yang berurusan dengan entiti perniagaan kita adalah amat penting. Atau istilah lain 'scanner'. Apa yang hendak diimbas?

  • Genuine / keaslian pihak yang berurusan. Kesan melalui rekod pendaftaran kerajaan.
  • Fisikal kewujudan entiti mereka. Lawatan senyap ke premis/kilang/dss.
  • Fisikal transaksi mereka. Mohon company profile atau prospectus.
  • Rekod dan dokumen transaksi mereka. Biasanya disertakan bersama company profile.
  • Survey sejarah transaksi mereka dengan pihak-pihak yang pernah berurusan.

Tujuan scanning adalah untuk membendong risiko penipuan transaksi yang menyebabkan kerugian entiti perniagaan kita.

Khamis, 13 Januari 2011

Selingan Dichi Michi: GATS Ultraman vs NATO

Sangat menarik kata-kata lawak dan serius dari Anne & Ogy, owner MMsB Subang Perdana, "business line must be line clear, once you say you'll get it, don't say if I cannot get it..just forget it!! Worse scenario people will say damn it! Dia umpama GATS la, pertubuhan Ultraman macam dalam movie tu. Dengan NATO sekali....

(saya visualize seperti dibawah)


NATO
No Action, Talk Only
(Apa Pun Tak Buat (bertindak), Sembang Deras Saja)
Ini bahaya dan naya! Hanya membuat impresi keyakinan kosong kepada sejagat. Pentingkan repo sendiri. Terdapat potensi tidak peduli dan memperdayakan orang.



GATS (pertubuhan Ultraman)
Got Action, Talk Smartly
Ini terbaik adanya! Malah secara tersiratnya watak ultraman sentiasa bertindak sebelum berlakunya sesuatu musibah, ketidaktentuan serta memberi manfaat sejagat. Begitu juga bisnes.


Justeru, hindarilah sintom - "Sembang Bikin Bimbang"


Terima kasih istimewa kepada My Mums Bakery:

Anne
Ogy
Ady
Kak Ton

Rabu, 12 Januari 2011

Selingan Mengayat: Wujud Kelompok Patronizer

"Esok you ajak member-member datang kedai I, sembang-sembang hal duniawi sambil layan menu baru I...baru best..himpun ramai-ramai..layan" dengan nada cukup menarik. Keesokkan harinya (Selasa malam) saya pun membawa rakan-rakan untuk memenuhi aturcara seperti yang En Pesona cadangkan. Sembanglah kami 6 orang semua termasuk taukey, En Pesona, sambil kena menu nasi ikan keli garing beserta sos mushroom. Ada dua rakan lain tambah lagi meal mungkin sedap dan lapar. Melayan sambil mengulang minuman 3-4 kali hinggalah jam 1.00 pagi.

Intipatinya: Bila difikirkan semula En Pesona secara langsung sebenarnya membuat approach 'recommend to your friends'. Bukan nak kata kami tertipu, tapi taukey sebenarnya berjaya mewujudkan permulaan kelompok customer baru!

Sabtu, 8 Januari 2011

Selingan Ampang: Jangan Ubah-Ubah Bro

Murah rezeki kerana dapat berkumpul bersama geng financial planner di outlet Kayu, Ampang. Tajuk perbicaraan mengenai goal setting dan variation of strategy. Pengerusi dan Naib gathering bagi sesi teh tarik Tuan Ramizan & Tuan Rozman petang tadi mengingatkan:


"Kita jangan sekali-kali ubah goals yang telah disetkan pada peringkat awal bro. Biar target atau goals seperti yang dicitakan keep on stated, cuma beranilah mempelbagaikan strategi dalam mencapai goals tadi. Jangan stereotype dan typical dalam memerah idea untuk strategi. Yang penting kaedah strategi mesti releven ke arah mencapai goals. Ingat Goals tetap goals. Ingat lagi, jangan ubah-ubah goals bro, nanti biznes journey tempang. Guna tips-tips yang digunapakai oleh otai-otai, kalau mereka boleh buat, kita pun boleh buat. Rajin-rajin lah bertanya diorang, kalau tak tanya, tak tau"


Nice meeting with:
Tn Rozman
Tn Ramizan
En Lan
En Picoi
Tuan Haji Hakimi terima kasih kerana menerbangkan saya ke sana.

Jumaat, 7 Januari 2011

Selingan Kolong: Empunya Jualan




Dalam zaman perniagaan yang kompetitif, kita perlu menerap 'my own sales' kepada semua yang berada dalam entiti bisnes kita seperti staf, casual worker, ejen dan sesiapa sahaja. Ini bagi mendorong secara langsung keberkesanan menjana wang jualan bagi bisnes kita, melatih staf untuk lebih berinisiatif, membangun skill kendiri masing-masing (diri/staff) dan mencapai keberkesanan kos.


Semasa melayan lunch di Banana Leaf Desa Hartamas, saya dilayan oleh staf-staf warga asing Mynmar yang fasih dwi linguasi ( Bahasa Melayu & Inggeris) yang bersungguh-sungguh up-sell pelbagai jenis menu outlet tersebut. Setelah selesai lunch saya puji kepada owner (an Indian lady),"Your staff service well ma'am, I felt great". Katanya,"I made them understand on how important of this business to me and them..all of us internalized it..it is our protection"

Selingan EnCoi Lubuk Emas: Impak Aura Pengaruh



Singgah sebentar di Devis Tarik, bersua Saudara Shamsul EnCoi bersama Cik Cinta Sayang sambil berbicara soal 'how to market'.


"...simple...jangan sesekali terdesak untuk memaksa customer untuk membeli, tetapi berilah cadangan demi cadangan kepada customer dengan niat membantu mereka. Sudah pasti bila sampai haul masanya, mereka akan mencari kita, kerana keikhlasan kita terdahulu..that is business, money and relationship..at the same time kita membina repo dan kontor pasaran..kelebihan aura pengaruh dan itu adalah ikon"


Semoga Saudara Shamsul EnCoi dan Cik Cinta Sayang terus unggul dalam bisnes 'lubuk emas' mereka seiring dengan motto "Sungai Petani, Kedah Maju 2020".

Khamis, 6 Januari 2011

Selingan Hujan Renyai: Pelan Tindakan


Terdapat prediction berdasarkan teori economic-cycle (bukan sahih atau desas-desus) bahwasanya tidak mustahil akan berlakunya peningkatan harga bahan lantas memberi impak kepada kenaikan kadar peratusan inflasi. Jadi, mulai detik ini apa pelan tindakan kita sebagai biznesman?

  • Mula menyediakan reserve fund sebagai working capital back-up.
  • Mula mempraktikkan keberkesanan kos, cantas kos-kos yang tidak berpatutan dengan operasi bisnes.
  • Rancang kos hadapan dengan kadar pengurangan yang sepatutnya sesuai dengan kapasiti entiti bisnes.
  • Mula upsell bagi menjana lebihan kemasukan wang yang kemudiannya lebihan tersebut boleh dijadikan reserve fund.
  • Membuat  slow moving item clearance dari sekarang bagi mengelakkan unsold atau spoilage semasa berlakunya situasi kekangan perbelanjaan customer. Ini penting mengelakkan kita daripada menanggung cost of sale yang tinggi.
  • Membuat review kepada harga hadapan atau future pricing yang seimbang dengan kemampuan customer pada ketika itu.

Rujuk kepada Selingan Tambah Capati: Jangan Panik, Alternatif Ada. Jika tiada alternatif dan harga bahan meningkat, enam (6) perkara di atas mesti dilaksanakan dari sekarang.

Rabu, 5 Januari 2011

Selingan Spek Mata Lendur: Bersedia Untuk Bersaing


Persaingan datang tanpa diduga! Renjatan otak seketika! Tetapi jangan panik, malah mesti bersangka baik dan positively taughts! Biznesman harus bertenang dan cool. Mula atur strategi bagaimana untuk memotivasikan diri. Ambil masa yang rasional untuk itu. Rangka strategi pelan tindakan supaya perniagaan kita sustain di pasaran sedia ada. Wujudkan keunikan dalam bentuk presentation dan pakej harga. Dan berdasarkan Selingan Kopi Songkhra, jangan lupa add value dan good service.

Selingan Tambah Capati: Jangan Panik, Alternatif Ada


Sambil tambah sekeping lagi capati, kami kyusu' mendengar pandangan Abang Mi terhadap apa yang perlu dialternatifkan sempena kepayahan untuk mendapat stok minyak masak terutamanya bagi rakan-rakan yang terlibat dengan bisnes penyediaan makanan.



"Jangan pening dan panik, kita alternate minyak masak yang kita dok guna dengan material lain, contohnya now we turn to minyak kelapa atau bijan yang ada bertong-tong tak habis di kedai orang India, lebih canggih kita masak sendiri minyak kelapa dan siap boleh keep utilise 5 - 6 kali..jimat, even increase some portion of our margin".

Boleh jadi jugak!!