Isnin, 6 September 2010

Tips 9: Biz Budgeting: Pembelajaran Sub (B) Biz Cost Forecast


Setelah kita memahami sepertimana yang diterangkan di Tips 8, maka seterusnya usahawan perlu memperhalusi sehingga ke elemen-elemen perakaunan kos perniagaan kerana inilah LORONG KRITIKAL! Orang-orang tua berkata, "..jika silap perkiraan langkah kamu, kecundang menanti kamu.." tetapi bagi usahawan perkara itu adalah biasa dan menjadi telah lumrah asam garam adat orang berniaga.


Cuma apa yang penting di sini ianya bukan berkaitan soal adat perniagaan, tetapi ianya berkaitan rapat dengan soal kredibiliti dan keupayaan syarikat kita untuk mencerminkan 'establishment' bagi banyak pihak di luar sana sama ada pelanggan, pembekal, pembiayaan modal/pelabur modal, agensi penguatkuasaan dan pelbagai lagi. Itulah hakikat perniagaan wang/harta dan perhubungan! Sekiranya entiti perniagaan kita kerap kecundang sudah pasti hayat perniagaannya pendek dan itu terbukti. Maka perlu diperjelaskan di sini bahawa mungkin kebanyakan usahawan tidak memperkirakan 'the secret guidance' iaitu Biz Cost Forecast.


Kita lihat ramai retailer-retailer atau outlet tenant terutamanya di kompleks-kompleks niaga boleh menjangkakan hayat keupayaan perniagaan mereka. Selain daripada elemen-elemen seperti di Tips 1 hingga Tips 8, mereka sebenarnya telah menjangkakan akan hayat perniagaan dalam erti kata lain mereka telah pun mem'PROGRAM'kan hayat dan hala tuju pengoperasian entiti perniagaan mereka.


Pada asasnya kaedah pembikinan 'forecast' ini boleh dibuat dan diprogram sehingga tempoh mana yang kita inginkan cuma elemen survival adalah penting dan perlu disulam. Kerana hardware tanpa software maka terencatlah kefungsian sesuatu peranti itu.


Merencakan 'forecast cost' adalah lebih bersifat kawalan jangkaan yang efektif dan selari dengan peratusan jangkaan jualan dan juga keuntungan. Justeru, ini memastikan tidak terjadinya 'over-spend' yang boleh menjejaskan keseluruhan perniagaan. Disamping itu juga, ianya membantu usahawan untuk merancang strategi-strategi perkembangan masa akan datang contohnya peruntukan untuk penambahbaikan skop perniagaan, imbuhan / reward kepada kakitangan dan sebagainya. Jika ianya dirancang pada masa sekarang maka semua pihak yang mempunyai 'interest' dengan syarikat anda akan berasa lebih selesa malah yakin dengan hala tuju anda yang sungguh 'firm'.