Bagi usahawan yang baru menceburkan diri dalam perniagaannya, meletakkan satu tingkat harga yang sesuai untuk keluaran barunya adalah merupakan satu masalah. Untuk mengurangkan masalah ini usahawan boleh mengambil langkah-langkah seperti:
- Menentukan matlamat dasar harga, iaitu memastikan barangannya terus wujud di pasaran, untuk mendapat keuntungan yang sebanyak mungkin, untuk meluas dan melariskan jualan dan mempertahankan barangannya bermutu tinggi.
- Menganggarkan jumlah permintaan dengan mengkaji ciri-ciri istimewa produk anda. Sekiranya ciri produk tersebut adalah sama dengan produk yang sudah ada di pasaran, maka selok-eloknya harga yang ditawarkan hendaklah sepadan dengan jenama tersebut.
- Menganggar jumlah kos pengeluaran, kos pengurusan dan kos pemasaran. Harga yang ditentukan hendaklah melebihi jumlah keseluruhan kos (bagi setiap unit).
- Mengkaji harga pesaing yang lain.