Rabu, 22 Disember 2010

Tips 17: Laburan Modal Perniagaan Efektif


Wang tunai adalah sangat bernilai. Usahawan kebanyakannya lupa bahawa wang tunai juga boleh bekerja menolong beliau membuat wang. Sebagai contoh, sekiranya beliau mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM10,000 dan disimpan di dalam laci, di bawah bantal atau akaun semasa, wang ini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya. Tetapi sekiranya wang lebihan ini disimpan di dalam akaun simpanan atau di pasaran wang pada kadar faedah katakan tujuh peratus (7%) setahun, maka wang tersebut akan bekerja untuk menghasilkan RM700 setahun. Siapa yang akan memberi kepada anda RM700 secara percuma?



Sekarang perkhidmatan bank telah menjadi begitu maju. Terdapat sebilangan bank yang menawarkan faedah mengikut baki harian. Usahawan perlu memilih bank ini dan hendaklah menyimpan lebihan wang tunainya setiap hari. Jika kita perasan, ketika mana kita berada di sesebuah bank, akan tampil lima (5) hingga enam (6) orang berbangsa Cina dengan memakai seluar pendek dan berbaju t-shirt Pagoda membawa gondola-gondolan plastik buruk yang mana kita sangkakan bungkusan ‘tapau’, masuk ke dalam seksyen pendepositan bank. Sebenarnya mereka mengambil peluang ini!


Jika diperhatikan ramai smart bizman mengambil peluang menyimpan dan melabur modal mereka di dalam Unit Saham Amanah atau Unit Trust Investment. Kerana apa? Ini kerana potensi rate of return yang selesa di samping boleh dijadikan sebagai modal tampalan bagi entiti perniagaan sekiranya berlaku ketidaktentuan dalam operasi bisnes kita. Malah terdapat kepelbagaian dalam tabungan ini iaitu seperti tawaran dana-dana yang selamat lagi dijamin oleh Security Commisioner.

Be smart...dalam menjana pusingan modal perniagaan.

Tips 16: Memikat Pengedar

Kita sebagai pengguna sudah tentu tertarik dengan barang yang rendah harga dan baik mutunya, sementara pengedar pula tentu mahukan barangan yang boleh laris dijual dan tinggi pula keuntungannya. Logik yang sedemikian sepatutnya mencabar usahawan untuk menyediakan berbagai bentuk insentif dan ganjaran bagi mendorong para pengedar menutamakan keluarannya di kedai-kedai mereka.



Bentuk insentif dan ganjaran yang ditawarkan sebaik-baiknya menjadi pendorong yang bersifat jangka panjang kerana yang perlu diwujudkan ialah bukannya keselesaan sementara yang akan dinikmati oleh pengedar dan para penjualnya tetapi hubungan dan kerjasama yang berterusan di antara kedua-dua pihak.



  • Usahawan yang cekap akan mengeluarkan atau mendapatkan sumber barangannya dengan kos yang lebih rendah. Barang ini pula kemudiannya akan dapat dibekalkan kepada para pengedar dengan harga yang kompetitif. Keadaan ini dapat membantu daya belian barangan tersebut di kalangan pengguna dan seterusnya menaikkan tarafnya sebagai ketua atau taikun dalam perusahaan berkenaan.
  • Dalam menawarkan harga yang rendah kita perlu mengambil kira nilai dalaman sebenar barangan itu. Berapakah sebenarnya nilai yang munasabah dengan perkhidmatan atau kepuasan yang akan diberikan oleh barang tersebut? Walaupun barang tersebut terpaksa ditinggikan harganya, tetapi sekiranya harga tersebut dianggap sesuai dengan nilai dalamannya dari kaca mata pengguna, maka pengguna tetap akan mengaukui bahawa barangan tersebut sebenarnya murah.
  • Di samping dapat menawarkan barangan dengan harga murah dan sesuai dengan nilai dalaman barangan itu, usahawan hendaklah jangan lupa memberi pulangan (keuntungan) yang menarik kepada pengedar seperti komisyen, bonus, pertandingan, hadiah dan sebagainya. Yang dimaksudkan di sini ialah kadar pulangan yang baik berbanding dengan apa yang dapat diberikan oleh usahawan-usahawan lain dalam industri yang sama.

  • Barangan yang dapat diiringi dengan sistem perkhidmatan sokongan yang lengkap memudahkan lagi ianya diterima oleh para pengedar. Contohnya, usahawan boleh menyediakan bantuan teknikal dengan cara samada menyediakan kakitangan teknikalnya sendiri di kedai-kedai kepunyaan pengedar ataupun mengadakan skim latihan kepada kakitangan pengedar supaya bersedia memberi perkhidmatan kepada pengguna.
  • Tempoh jaminan adalah penting kerana ianya boleh menyakinkan pengedar atau pengguna akan kebaikan barangan tersebut. Semakin panjang tempoh jaminan barangan, maka semakin tinggi keyakinan pengedar dan pengguna.
  • Ketepatan masa penghantaran barangan juga berkaitan dengan imej para pengedar. Pengguna tidak akan mengunjungi premis dan pusat pasaran pengedar lagi sekiranya didapati mereka sentiasa tidak dapat menyediakan barang yang dikehendaki pengguna.
  • Kebiasaannya pengedar member keutamaan untuk menerima bekalan barangan dari usahawan yang dapat menawarkan skim promosi yang lengkap. Bagi pihak pengedar semakin pendek tempoh barangan berada di atas rak-rak adalah semakin baik. Barang yang sentiasa menjadi sebutan orang ramai disebabkan oleh keberkesanan promosi adalah menjadi matlamat setiap pengedar.
  • Para pengedar juga memerlukan usahawan yang sentiasa sensitif dengan aduan dan cadangan mereka serta pengguna. Para pengedar akan kecewa sekiranya usahawan lembap bertindak ke atas segala aduan berkenaan barangan. Sistem aduan dan penambahbaikan yang cekap dan pantas perlu diwujudkan antara usahawan dan pengedar seperti penggunaan ‘push email’ agar maklum balas dapat diberikan dan kata penyelesaian dapat diputuskan.


Tips 15: Penentuan Harga


Bagi usahawan yang baru menceburkan diri dalam perniagaannya, meletakkan satu tingkat harga yang sesuai untuk keluaran barunya adalah merupakan satu masalah. Untuk mengurangkan masalah ini usahawan boleh mengambil langkah-langkah seperti:

  • Menentukan matlamat dasar harga, iaitu memastikan barangannya terus wujud di pasaran, untuk mendapat keuntungan yang sebanyak mungkin, untuk meluas dan melariskan jualan dan mempertahankan barangannya bermutu tinggi.

  • Menganggarkan jumlah permintaan dengan mengkaji ciri-ciri istimewa produk anda. Sekiranya ciri produk tersebut adalah sama dengan produk yang sudah ada di pasaran, maka selok-eloknya harga yang ditawarkan hendaklah sepadan dengan jenama tersebut.

  • Menganggar jumlah kos pengeluaran, kos pengurusan dan kos pemasaran. Harga yang ditentukan hendaklah melebihi jumlah keseluruhan kos (bagi setiap unit).
  • Mengkaji harga pesaing yang lain.

Selingan Pagi Rabu: Bisnes Model Kreatif


Suka untuk berkongsi kejayaan rakan-rakan niaga, terbaru dan terkini (rujuk kepada post format terkini: kertas kerja pembekalan/supply korporat). Pemilik Lebai Satey telah berjaya mendapat confirmed franchisee. Hebat! gerai satey pun boleh di franchise kan. Malah, berdasarkan bisnes model beliau siap ada intensif (rujuk Tips 16) kepada franchisee seperti sistem over ride return. Kreatif sungguh! pemilik brand dan franchisee masing-masing menerima manfaat.


Creative ! That's the key word..