Sabtu, 16 November 2013

Push Button Bisnes Qushayyi's Collection Online

Mereka baru dua (2) minggu beroperasi menjalankan bisnes secara atas talian @ online. Push button bisnes mereka mengenai sasaran. Di samping mendapat testimonial positif dari pelanggan.


Isnin, 23 Julai 2012

Petua Bisnes India Muslim




Kejayaan besar pelopor bisnes seperti Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel. Mydin dan Kumpulan Barkath sering menjadi tanda tanya di kalangan peniaga. Mereka muncul secara tiba-tiba dengan rangkaian dalam dan luar negara. Ikon-ikon ini dianggap sebagai undefeated tycoon dalam bisnes mereka.

Perniagaan India Muslim dan ibadah dimanifestasikan melalui pembinaan masjid dalam komuniti yang bertahan sehingga kini.

Ini boleh merujuk kepada Kewujudan Masjid Malabar di Beach Street, Pulau Pinang sebelum musnah akibat bom Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road menjadi bukti kewujudan mereka di Pulau Pinang.

Selain itu kewujudan Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung Bengali di Butterworth menandakan kehadiran mereka ke sini.

Nombor 786 menjadi ingatan kepada peniaga agar memulakan perniagaan dengan bacaan bismillah. Ia melambangkan proses pendidikan bisnes bermatlamat ibadah. Penggunaan nombor 786 sangat ketara digunakan oleh peniaga-peniaga India Muslim.

 
Ia melambangkan proses penciptaan keuntungan dalam perniagaan dan pengurusan modal pusingan bagi sebarang perniagaan yang diceburi. Formulanya ialah jika modal berjumlah tujuh ringgit, jual pada nilai lapan ringgit. Pusingkan modal semula sebanyak enam ringgit.

Ia memberi gambaran peniaga mesti mendapatkan harga bahan mentah lebih murah daripada pembekal selepas berlaku transaksi dan pembelian bahan mentah kali kedua bagi terus bertahan dalam pasaran.

Dilihat dari kaca mata ibadah, nombor 786 menjadi ingatan kepada peniaga agar memulakan perniagaan dengan bacaan bismillah. Ia melambangkan proses pendidikan bisnes bermatlamat ibadah.

Ibadah menjadi kata kunci dan saringan bagi memastikan perniagaan India Muslim kekal relevan dalam industri. Ia menjadi tunjang kepada stabiliti perniagaan meskipun dihimpit krisis kenaikan harga yang semakin meruncing.

Lagi Petua Orang Cina

Bagi Peniaga Cina:

  1. Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup. Orang Cina perlu berniaga untuk membangunkan masa depan dan keturunan mereka.
  2. Pelanggan lebih penting dari untung. Untung jangan letak banyak-banyak, sedikit tapi berterusan. Pelanggan adalah raja, kehilangan pelanggan adalah musibah. Keuntungan boleh dicari, pelanggan setia sukar ditemui.
  3. Modal orang Cina, 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk. 1 mangkuk untuk keluarga, 1 mangkuk untuk simpanan dan baki 3 mangkuk untuk modal balik.
  4. Jika mereka ditawarkan pinjaman modal, mereka akan tanya berapa bunganya? berapa ansuran bayaran setiap bulan?
Boleh disulam petua ini..

Khamis, 19 Julai 2012

Petua Bisnes Orang Cina

Bagi masyarakat Cina, untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet’. Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.





Ahad, 3 Jun 2012

Bisnes Seimbang?

Kaedah semakan bisnes anda seimbang atau lebur..

Aset Perniagaan = Liabiti + Ekuiti Perniagaan

Jumaat, 10 Februari 2012

Menghargai The Malaysian Best Craft

Ada juga yang menghargai seni tradisional dan membawa legasi bisnes sedemikian:


Rabu, 18 Januari 2012

Strategi Semasa Segala Kemungkinan



Strategi bagi menghadapi segala kemungkinan (uncertainty):
  • Punyai tabung yang cukup
  • Asosiasi dengan persatuan dan dewan perniagaan
  • Perancangan pindah jenis bisnes/produk/servis
Tips dari: Wee Cheong, IT PJ

Ahad, 1 Januari 2012

Orang Cina & Bisnes III


Politik bisnes orang cina:
  • jika hendak mencari rakan kongsi carilah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum tentu menjamin hal tersebut dan berpotensi khianat dalam perniagaan.
  • politik dan perniagaan adalah sama. (Politik = Perniagaan)

Jumaat, 30 Disember 2011

Orang Cina & Bisnes II




Bangsa Cina sudah dididik sejak awal, supaya tidak selesa dengan kehidupan sebagai pekerja makan gaji. Mereka digalakkan untuk berniaga, meskipun bisnes itu adalah bisnes kecil-kecilan.

Ini kerana berniaga sendiri menjadikan seseorang itu bos dan pekerja. Bermakna kita yang menetapkan jumlah pendapatan, berdasarkan usaha yang telah dilaburkan dalam perniagaan. Apabila kita berfikiran seperti bos dan pekerja, maka kita akan lebih cenderung meningkatkan usaha, bagi membangunkan perniagaan.

Apa yang paling penting adalah, kita bersedia untuk menanggung risiko bisnes yang paling ditakuti, yakni hidup susah di peringkat permulaan.