Isnin, 20 September 2010

Tips 10: Ketahui Jenis Percukaian Dalam Bisnes



Cukai perniagaan merupakan elemen terakhir dalam menentukan kadar keuntungan atau kerugian bagi perniagaan. Kebiasaan bagi kebanyakan usahawan  hanya mengira kadar sekadar dan setakat keuntungan bersih saja. Kiranya ini berlaku pada akhir tahun perakaunan perniagaan mereka mendapati bahawa jumlah tersebut mengecut kerana terpaksa membayar kadar cukai seperti yang ditetapkan. Ini amat memeningkan kepala usahawan kerana tidak bersedia dengan alokasi atau peruntukan bagi kadar cukai perniagaan tersebut. Erti kata lain perlu adanya 'forecast' (seperti yang diterangkan pada bab Tips 9) agar kita dapat membuat persediaan awal.



Elemen-eleman Dalam Merancang Cukai Perniagaan:


-Sistem Taksir Sendiri

-Persediaan Merancang Cukai

-Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

-Perbelanjaan Yang Dibenarkan

-Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan

-Kaedah Merancang Cukai

-Mengambil Peluang, Manfaat dan Kesempatan Terhadap Potongan, Pelepasan & Elaun

-“Mengelak Cukai” vs “Melarikan Cukai”

-Perlindungan Cukai


(Modul Panduan Pengurusan Kewangan terdapat di dalam edisi E-Book 2)

Selingan: Penampilan Diri Usahawan


Kita terbiasa dengan terma kemas dan bersih bagi diri dan ciri penampilan seseorang usahawan.  Di zaman moden ini, pelbagai gaya dan 'style' dipamerkan oleh usahawan. Dahulu kala kiranya usahawan memakai sut hitam, lantas dikatakan dianya hebat dan 'somebody'. Pada ketika ini, ramai yang beranggapan individu yang memakai sut hitam mungkin..boleh jadi..seorang penipu atau penyangak besar.


Justeru apakah identiti penampilan usahawan pada era ini, terpulang...yang penting penampilan kita mestilah sentiasa disenangi dan diyakini oleh orang ramai. Lantas ini bermaksud elemen kemas dan bersih masih diperlukan walau apa pun gaya penampilan kita.


Kerana bisnes di zaman sekarang memerlukan keseiringan dalam pelbagai sudut psikologi dan demografi.

Selingan: Usahawan Mesti Berkira


Dalam urusan kewangan perniagaan, usahawan mesti tegas berkira dan kedekut! Di luar konteks kewangan entiti perniagaan, malah usahawan digalakkan untuk menjadi dermawan secara jelas atau tersembunyi semata-semata untuk mendapat keberkatan dan rahmat Nya, InsyaAllah.


Kerana jika tiada ketegasan dalam pengurusan kewangan perniagaan maka kita sebenarnya membuka ruang kebocoran dalam hal ehwal kawalan 'business performance'.


Ketegasan bererti displin dan bukannya sombong seperti yang didakwa oleh orang-orang yang kurang memahami akan maksud pengurusan kewangan perniagaan kita.

Selingan: Lingual Bahasa Usahawan


Profesional, rapi, tersusun, ringkas dan padat merupakan elemen atau kriteria dalam pertuturan bagi setiap usahawan. Jika banyak berkata-kata secara spontannya ianya membuka ruang ketidakselesaan kepada pihak-pihak yang berurusan dengan kita seperti pembekal, agensi dan badan-badan lain yang berurusan dengan kita.


Manakala titik beratkan penggunaan kata-kata yang 'superb' dan 'fantastic' semasa kita membuat urusan jual beli, pemasaran dan 'up-selling' terutamanya dengan pelanggan. Tiada salahnya kita membuatkan pelanggan berasa teruja atau simpati untuk membeli barangan/servis yang kita ditawarkan. Cuma usah sekali-kali kita menipu pelanggan kerana sekali menipu sejuta kali kita kerugian!