Jumaat, 30 Disember 2011

Orang Cina & Bisnes II




Bangsa Cina sudah dididik sejak awal, supaya tidak selesa dengan kehidupan sebagai pekerja makan gaji. Mereka digalakkan untuk berniaga, meskipun bisnes itu adalah bisnes kecil-kecilan.

Ini kerana berniaga sendiri menjadikan seseorang itu bos dan pekerja. Bermakna kita yang menetapkan jumlah pendapatan, berdasarkan usaha yang telah dilaburkan dalam perniagaan. Apabila kita berfikiran seperti bos dan pekerja, maka kita akan lebih cenderung meningkatkan usaha, bagi membangunkan perniagaan.

Apa yang paling penting adalah, kita bersedia untuk menanggung risiko bisnes yang paling ditakuti, yakni hidup susah di peringkat permulaan.