Jumaat, 14 Januari 2011

Selingan Gabra: Lets Go Out!

Sepatutnya bulan Disember antara bulan yang hyper revenue generation berdasarkan trend. Tapi bagi tahun 2010 Disember kali ini seolah-olah seperti bulan April, low period, less spending dan perlu bertungkus lumus untuk cost cutting. Mula terfikir, apa yang akan berlaku pada bulan-bulan yang akan datang pada tahun 2011.

Murah rezeki teringat pesan Apek Bukit di Taiping," Jangan tunggu saja, pegi keluar cari duit. Dulu itu orang bela lembu kasi dia punya lembu minum sendiri, now sudah modern, sudah lain, itu orang bela lembu mesti mau angkat air kasi sama lembu. Baru itu lembu mau ikut itu orang bela lembu".

Terdetik dan nekad di hati. Strategi turut serta berniaga di pasar-pasar. Memang terbukti jualan di open market melebihi jualan di kedai. Maka, timbul perancangan jadikan kedai sebagai pusat produksi pembuatan, tempahan dan galeri disamping aktiviti jualan seperti biasa. Lantas lebihkan usaha untuk keluar berniaga kerana secara tidak langsung itu adalah saluran utama kemasukan jualan disamping menjadi 'direct marketing' yang meluas.

Selingan KitaNaichi: Imbasan Scanner


Imbasan peribadi pihak ketiga yang berurusan dengan entiti perniagaan kita adalah amat penting. Atau istilah lain 'scanner'. Apa yang hendak diimbas?

  • Genuine / keaslian pihak yang berurusan. Kesan melalui rekod pendaftaran kerajaan.
  • Fisikal kewujudan entiti mereka. Lawatan senyap ke premis/kilang/dss.
  • Fisikal transaksi mereka. Mohon company profile atau prospectus.
  • Rekod dan dokumen transaksi mereka. Biasanya disertakan bersama company profile.
  • Survey sejarah transaksi mereka dengan pihak-pihak yang pernah berurusan.

Tujuan scanning adalah untuk membendong risiko penipuan transaksi yang menyebabkan kerugian entiti perniagaan kita.