Rabu, 23 Februari 2011

Family Biznes, Legasi Perkongsian Mantap


Kita biasa dengar orang-orang lama berkata," Payah bisnes adik-beradik ni, berlaku kemelut porak peranda keluarga."

Mind set begini perlu ditukar! Ia tidak lagi sesuai pada masa sekarang dan dalam membina budaya kompetensi diri. Kita perlu kikis negative taughts! Tiada alasan atau perbahasan, mesti hentikan! Jika kita masih berdegil dengan arguement berkenaan pernyataan di atas, maka sebenarnya kita menutup peluang,menghalang cita-cita dan menggelapkan peluang generasi mendatang. Dan kegagalan ini adalah disebabkan oleh diri kita sendiri!

Buktinya, cuba kita berada di dalam kelompok bizman yang melibatkan penyertaan ahli keluarga seperti yang disenaraikan di akhbar beberapa hari yang lepas (Senarai billionaire Malaysia bagi tahun 2011). Kesemua taikun-taikun tersebut memusakakan legasi bisnes pada ahli keluarga mereka.

Kenapa perlu family biznes?
  • tidak dipengaruhi oleh pemegang saham atau pemodal luar.
  • kesediaan untuk mengkorbankan keuntungan jangkamasa pendek demi kebaikan jangkamasa panjang.
  • fleksibiliti yang membolehkan kepantasan  bertindak ke atas cabaran perniagaan.
  • membuktikan keprihatinan bersama terhadap individu kesan kesan daripada hubungan yang rapat.
  • tiada masalah dalam penekanan kualiti bisnes antara sesama adik-beradik berbanding orang luar.