Khamis, 17 Mac 2011

Dalam Bisnes Ada Zuriat?


Bagi mengelak kelingkupan entiti bisnes, secara umumnya:
  • Jagalah entiti tersebut sepertimana menjaga zuriat.
  • Kawal entiti tersebut sepertimana mengawal tumbesaran generasi zuriat.
  • Beri perhatian kepada entiti tersebut sepertimana memberi perhatian kepada generasi zuriat.
  • Besarkan entiti tersebut sepertimana membesarkan zuriat-zuriat kita.
  • Naungilah entiti tersebut sepertimana menaungi zuriat-zuriat kita.
  • Warisilah entiti bisnes tersebut kepada zuriat-zuriat kita!

Jumaat, 11 Mac 2011

6 Purnama Bisnes


Konsep modal niaga dan operasi perniagaan baru:
  • Bagi enam (6) bulan pertama, sebahagian nisbah jualan yang diperolehi perlu disimpan sebagai 'reserve' modal pusingan enam (6) bulan berikutnya.
  • Bagi enam (6) bulan yang pertama, kemungkinan berlaku ketidaktentuan dalam pembayaran gaji pemilik perniagaan (tetapi gaji pekerja harus didahulukan).
  • Bagi enam (6) bulan pertama, bizman baru perlu bertahan dengan apa cara sekali pun untuk membina brand di minda orang ramai yang lalu lalang.
  • Selepas enam (6) bulan pertama tersebut, jualan berdasarkan statistik akan meningkat dan kita bakal punyai alokasi kepada peruntukan perbelanjaan yang lain.
Justeru usah gusar akan penetrasi kita dalam dunia bisnes!

Sabtu, 5 Mac 2011

Antara Janji & Pasti Bisnes



Sinonimnya;
Bisnes = Untung

Bisnes=Untung bukanlah satu Janji tapi ianya Pasti!!!

Khamis, 3 Mac 2011

Bisnes Maju, Jangan Lupa Zakat

Berikut adalah link yang dapat membantu pengiraan zakat pada simpanan, perniagaan dan lain-lain punca perdapatan.

http://zakat.com.my/kalkulator-zakat-pendapatan