Semasa singgah minum teh memanaskan badan di kala hujan malam, seorang rakan niaga berkongsi pengalaman semasa beliau berniaga pagi 30/1/2011 di Pasar Pagi Uptown KD:
- Kalau customer tanya sesuatu berkenaan produk jualan kita, perlu kita cepat-cepat memandang tepat ke matanya dan respon dengan senyuman.
- Kiranya kita kurang pengetahuan berkenaan produk berkenaan, jawab sekadar yang kita tahu. Jangan goreng lebih-lebih, nanti hangit dan customer lari.
- Jangan sekali-kali respon kepada customer dengan gerek dan kerek, waima kita tengah sibuk melayan customer-customer lain.
- Jika transaksi urus niaga kita tengah sibuk, manis mulut sambil berkata 'sebentar ye..' atau berceloteh (berkaitan proses transaksi) semasa kesibukan tersebut serta membuatkan customer seperti tidak tergesa-gesa menunggu (pengaruh linguasi)
- Gagal berbuat demikian, bersiap sedialah untuk dihambur maki.
- Jika kita disembur, jangan melawan tapi jawablah dengan berhemah "saya minta maaf..moga murah rezeki tuan/puan."