Sabtu, 19 Februari 2011

Tips 23: Nisbah Keberuntungan


Nisbah keberuntungan mengukur keberkesanan bizman dalam menjana keuntungan dalam pengendalian bisnes. Nisbah ini bukan sahaja mengukur pulangan daripada jualan tetapi juga pulangan daripada pelaburan dalam bisnes.


Nisbah Untung Kasar = Untung Kasar / Jualan

Nisbah ini menunjukkan margin (peratusan) untung kasar yang disumbangkan oleh jualan, iaitu pulangan kasar bagi setiap ringgit jualan. Nisbah yang diperolehi daripada pengiraan di atas berguna untuk kita menganalisis prestasi jualan kita, harga yang kita tetapkan, pengawalan kos perbelanjaan perniagaan dan sebagai penanda aras keuntungan bagi hari, minggu, bulan dan tahun yang mendatang.

Manakala;

Nisbah Untung Bersih = Untung Bersih / Jualan

Pengiraan nisbah ini pula menunjukkan margin untung bersih daripada jualan selepas ditolak semua kos bisnes atau belanja-belanja yang terlibat. Dengan kata lain, daripada setiap ringgit jualan, perniagaan memperoleh untung bersih sebanyak nilai nisbah yang kita kira dan perolehi.