Apabila seseorang terlibat di dalam bisnes, mereka akan pasti menghadapi cabaran persaingan. Itu pasti! Persaingan akan lebih ketara apabila kita menyertai perniagaan yang memerlukan modal yang kecil, kemahiran yang rendah dan sistem pengurusan yang mudah. Di antara pesaing yang telah dikenalpasti yang bakal dihadapi oleh kita adalah:
- mereka yang mengeluarkan produk yang sama dari segi bentuk, kegunaan, cara persembahan dan teknik pemasaran.
- mereka yang mengeluarkan produk yang menjadi pengganti kepada produk yang dikeluarkan oleh kita.
- mereka yang memodifikasikan produk yang dikeluarkan/dipasarkan oleh kita.
- persaingan dengan produk gantian, contohnya orang yang menjual i-pad dan Samsung Galaxy Tab, siapa yang mempunyai volume jualan yang tinggi kini?
Dalam usaha untuk menangani persaingan, kita hendaklah memastikan produk/servis kita sentiasa di hadapan dan masih melekat di titik minda pelanggan. Antara asas strategi yang boleh dilaksanakan dalam masalah persaingan ini adalah:
- Cari tumpuan perniagaan dengan menentukan hala tuju bisnes kita.
- Klasifikasikan segmen pasaran yang betul-betul membantu kita,
- Fahami betul-betul kehendak pelanggan dan ambil tindakan betul-betul dalam memenuhi kehendak mereka.
- Sayang kepada pelanggan! Pelik!!! Tak pelik pun, tengok bagaimana bisnes kaum cina.
- Hargai pekerja kita dengan reward (fisikal atau mental), kerana mereka bakal membuka ruang lohong untung.
- Buang pembaziran dari sekarang (kerana pembaziran yang tidak disedari semasa bersaing, bakal melingkupkan lagi keupayaan modal operasi)
- Ambil berat..ambil berat..ambil berat..kualiti barangan/servis
- Bertindak pantas dalam apa-apa jua urusan perniagaan, usah tunggu-tunggu..
- Minimumkan bergantung kepada teknologi, kerana jika ditakdirkan bisnes merudum akibat persaingan, kita akan terkontang kanting tanpa peranti teknologi. Walhal modal insan itu lebih berkuasa bagi penjanaan minda bisnes.
- Sentiasa ukur prestasi bisnes kita.