Jumaat, 20 Mei 2011

Mengawal Kesinambungan Perniagaan

AutoCont (sebuah syarikat IT) mengakui bahawa terdapat banyak pelanggan yang berada di bawah tekanan dalam arus ekonomi persekitaran kini, contohnya kenaikan harga dan kualiti jaminan perkhidmatan. Perkara ini jika berpanjangan akan memberi impak kepada perniagaan. Justeru perlu difikirkan kaedah bagi mengurangkan kos untuk memastikan kejayaan yang kompetitif dalam perniagaan.

 
Seringkali, sebuah organisasi kecil dan sederhana tidak memiliki kepakaran atau pengalaman yang cekap bagi mengendalikan sebuah entity perniagaan.

 
"Kami ingin pelanggan-pelanggan kami untuk melihat kami sebagai sahabat dan sebahagian dari kelompok mereka sendiri dan kami bersedia untuk berkongsi masalah tekanan mereka bersama," jelas pengurus pembangunan AutoCont. 



Solc, pengurus pembangunan perniagaan di AutoCont. "Dan ini bererti kami juga mesti berperanan untuk tidak hanya menyediakan perkhidmatan yang terbaik, harga rendah malahan kami perlu menempatkan tekanan pelanggan ke arah penyelesaian sehingga mereka berasa lega serta kembali kepada kami. "



Khamis, 19 Mei 2011

Elak Projek Lambung


Apa maksud PROJEK?
Projek membawa erti perolehan atau tawaran sesuatu kerja / perkhidmatan / pembekalan dalam bentuk transaksi atau kontraktual antara pihak yang menawarkan atau atas permintaan.

Apa maksud LAMBUNG? 
Lambung dari sudut bahasa bermaksud membaling sesuatu objek dari dasar telapak (tangan) ke arah atas dengan tujuan memberi kepada seseorang yang berlawanan arah / atau dengan sengaja tanpa target penyambut seterusnya memberi reaksi jatuh semula ke dasar dengan kesan pecah / hancur akibat impak hentaman.

Kombinasi PROJEK dan LAMBUNG?
Perolehan/terimaan tawaran yang dapat memenuhi permintaan pasaran tetapi memberi kesan kerugian jangka masa panjang kepada ramai pihak yang terbabit di dalam sesuatu kerja / perkhidmatan / pembekalan. Lantas menimbulkan masalah dari segi kewangan kredit, aliran wang tunai dan kerencatan pembekalan kepada pengguna.


Contoh PROJEK LAMBUNG
  • Membeli barangan seperti kicap secara pukal dari pengilang dengan kemudahan kredit (hutang) dan menjualnya kepada peruncit dengan harga kurang dari harga yang diperolehi dari pengilang.
  • Kelebihan - berjaya membekalkan harga yang murah kepada peruncit dan berupaya menerima volume pesanan yang tinggi serta mempunyai tunai di tangan yang senantiasa. Mengasah bakat untuk mencatur pergerakkan wang dan kredit.
  • Keburukan - projek berupa short-term yang merugikan diri sendiri sekiranya gagal mengawal kewangan / kredit dan berupaya menggugat keadaan bisnes pengilang.
Secara total ianya MERBAHAYA! Risiko dilabel sebagai kaki penipu jika  gagal mengawal keadaan harga walaupun boleh menjana wang harian (always in pocket).

Juga bahaya jika pengilang mencari kita hingga ke lubang cacing dan melambung kita!

Sabtu, 23 April 2011

Jangan Berundur Walau Sejengkal

Bersantai bersama En Rahmat di bawah kolong Kiara.

"Hijrah dari zero ke sesuatu yang visible outputnya itu dah betul, walaupun kita mula dengan saiz biz yang kecil....jangan undur diri kalau once dah step in dunia biz, walaupun sejengkal..even dapat profit lima puluh sen ambil...itu sunnah dan rezki...kembali dan betulkan perjalanan operasi biz all the times...layan saja any problem atau constraint dalam daily biz..Tuhan tak pernah tidak beri rezki kepada hamba-hambanya..ingat 9 portion datang dari biz...So, we should not be fear to get into the world of biz..."

Sememangnya mantap dan komprehensif kata-kata beliau!

Khamis, 14 April 2011

Bisnes Bukan Untuk Cukup Makan

Berselisih sekali lagi dengan Dato' Fadzil the Economist pagi tadi...


"How's biz?", katanya


"Bolehlah Dato'..cukup-cukup makan"


"Dont biz, kalu cukup-cukup makan...generate more than it!", beliau senyum...


Dalam sungguh maksudnya...

Jumaat, 1 April 2011

Bisnes Mesti Jujur & Ikhlas

Dalam bisnes perlulah punyai elemen Jujur dan Ikhlas.

Jujur:
  • Jujur dalam urus niaga
  • Jujur dalam penetapan kos
  • Jujur dalam penyediaan bahan
  • Jujur dalam pemasaran
  • Rasulullah berpesan yakni harga wajib ekual dengan timbangan.
Ikhlas:
  • Jual beli produk atau perkhidmatan adalah kerana Allah-Habluminallah
  • Jual beli produk atau perkhidmatan adalah kerana hubungan makhluk - Habluminannas

Khamis, 17 Mac 2011

Dalam Bisnes Ada Zuriat?


Bagi mengelak kelingkupan entiti bisnes, secara umumnya:
  • Jagalah entiti tersebut sepertimana menjaga zuriat.
  • Kawal entiti tersebut sepertimana mengawal tumbesaran generasi zuriat.
  • Beri perhatian kepada entiti tersebut sepertimana memberi perhatian kepada generasi zuriat.
  • Besarkan entiti tersebut sepertimana membesarkan zuriat-zuriat kita.
  • Naungilah entiti tersebut sepertimana menaungi zuriat-zuriat kita.
  • Warisilah entiti bisnes tersebut kepada zuriat-zuriat kita!

Jumaat, 11 Mac 2011

6 Purnama Bisnes


Konsep modal niaga dan operasi perniagaan baru:
  • Bagi enam (6) bulan pertama, sebahagian nisbah jualan yang diperolehi perlu disimpan sebagai 'reserve' modal pusingan enam (6) bulan berikutnya.
  • Bagi enam (6) bulan yang pertama, kemungkinan berlaku ketidaktentuan dalam pembayaran gaji pemilik perniagaan (tetapi gaji pekerja harus didahulukan).
  • Bagi enam (6) bulan pertama, bizman baru perlu bertahan dengan apa cara sekali pun untuk membina brand di minda orang ramai yang lalu lalang.
  • Selepas enam (6) bulan pertama tersebut, jualan berdasarkan statistik akan meningkat dan kita bakal punyai alokasi kepada peruntukan perbelanjaan yang lain.
Justeru usah gusar akan penetrasi kita dalam dunia bisnes!

Sabtu, 5 Mac 2011

Antara Janji & Pasti Bisnes



Sinonimnya;
Bisnes = Untung

Bisnes=Untung bukanlah satu Janji tapi ianya Pasti!!!

Khamis, 3 Mac 2011

Bisnes Maju, Jangan Lupa Zakat

Berikut adalah link yang dapat membantu pengiraan zakat pada simpanan, perniagaan dan lain-lain punca perdapatan.

http://zakat.com.my/kalkulator-zakat-pendapatan