Jumaat, 1 April 2011

Bisnes Mesti Jujur & Ikhlas

Dalam bisnes perlulah punyai elemen Jujur dan Ikhlas.

Jujur:
  • Jujur dalam urus niaga
  • Jujur dalam penetapan kos
  • Jujur dalam penyediaan bahan
  • Jujur dalam pemasaran
  • Rasulullah berpesan yakni harga wajib ekual dengan timbangan.
Ikhlas:
  • Jual beli produk atau perkhidmatan adalah kerana Allah-Habluminallah
  • Jual beli produk atau perkhidmatan adalah kerana hubungan makhluk - Habluminannas

Khamis, 17 Mac 2011

Dalam Bisnes Ada Zuriat?


Bagi mengelak kelingkupan entiti bisnes, secara umumnya:
  • Jagalah entiti tersebut sepertimana menjaga zuriat.
  • Kawal entiti tersebut sepertimana mengawal tumbesaran generasi zuriat.
  • Beri perhatian kepada entiti tersebut sepertimana memberi perhatian kepada generasi zuriat.
  • Besarkan entiti tersebut sepertimana membesarkan zuriat-zuriat kita.
  • Naungilah entiti tersebut sepertimana menaungi zuriat-zuriat kita.
  • Warisilah entiti bisnes tersebut kepada zuriat-zuriat kita!

Jumaat, 11 Mac 2011

6 Purnama Bisnes


Konsep modal niaga dan operasi perniagaan baru:
  • Bagi enam (6) bulan pertama, sebahagian nisbah jualan yang diperolehi perlu disimpan sebagai 'reserve' modal pusingan enam (6) bulan berikutnya.
  • Bagi enam (6) bulan yang pertama, kemungkinan berlaku ketidaktentuan dalam pembayaran gaji pemilik perniagaan (tetapi gaji pekerja harus didahulukan).
  • Bagi enam (6) bulan pertama, bizman baru perlu bertahan dengan apa cara sekali pun untuk membina brand di minda orang ramai yang lalu lalang.
  • Selepas enam (6) bulan pertama tersebut, jualan berdasarkan statistik akan meningkat dan kita bakal punyai alokasi kepada peruntukan perbelanjaan yang lain.
Justeru usah gusar akan penetrasi kita dalam dunia bisnes!

Sabtu, 5 Mac 2011

Antara Janji & Pasti Bisnes



Sinonimnya;
Bisnes = Untung

Bisnes=Untung bukanlah satu Janji tapi ianya Pasti!!!

Khamis, 3 Mac 2011

Bisnes Maju, Jangan Lupa Zakat

Berikut adalah link yang dapat membantu pengiraan zakat pada simpanan, perniagaan dan lain-lain punca perdapatan.

http://zakat.com.my/kalkulator-zakat-pendapatan

Sabtu, 26 Februari 2011

Penaklukan Awal, Langkah Yang Efisyen


Salah satu faktor efisyen bagi bizman ialah CEPAT, yakni cepat:
  • bertindak
  • mengambil peluang
  • mengelak risiko
  • spesifiknya di sini, penaklukan / cepat bertapak di kawasan baru dan menjadi yang pertama di sesuatu kawasan yang tersiratnya strategik!
  • menjangka peluang masa depan!


Jumaat, 25 Februari 2011

Tabik Hormat Kepada Bizman Cilik Muda!


Awal malam tadi saya membuat pemerhatian untuk mendapatkan realistik gelagat niaga (business behaviour) di Medan Pasar Malam, Subang Perdana yang cukup meriah. Justeru seperti biasa saya berkongsi pengalaman bersama beberapa peniaga muda di situ. Saya tertarik dengan seorang peniaga paling muda di situ seperti gambar di atas!!!


En Md Radzi & Hafiz
Sebuah lagi gerai bihun sup Utara milik En Radzi
Ayahnya En Md Radzi memaklumkan pada saya bahawa majoriti anaknya diberi pendedahan dalam bidang bisnes sejak muda. Usaha didik beliau terhadap Hafiz patut dipuji dan kredit!

Kemudian....

Saya menyelit masuk dan terus bertanya kepada En Azri, 36 tahun, peniaga toothpaste dispenser (produk terkini beliau):

Demo toothpaste dispenser yang unik

Closing deal, En Azri punyai PR yang mantap
Antara tips yang beliau maklumkan pada saya tadi:
  • Mulakan bisnes pada umur yang muda kerana pelbagai ilmu dan pengalaman akan diperolehi.
  • Peluang pendapatan yang lebih dan menjamin perancangan masa depan berbanding kerja makan gaji.
  • Kalau menceburi bidang bisnes kerana usaha bersungguh-sungguh dan akan terbit displin diri.
  • Dalam bisnes kita mesti kenal produk betul-betul agar penerangan kepada pelanggan lebih menyakinkan minat membeli mereka.
  • Belajar untuk menetapkan harga agar terbit kecekapan rundingan dengan pelanggan.
Memang saya perhatikan strategi peniagaan beliau hebat dan menepati ciri-ciri Marketing 4P's:
  • Correct place
  • Correct promotion
  • Correct price
  • Correct product
Justeru selepas itu saya berbual bersama En Shahidan, 25 tahun, pemilik francais Laksa & Cendol Jitra yang mempunyai beberapa gerai bergerak seperti di Kota Damansara, Sungai Buloh, Shah Alam dan Subang. Ringkas beliau:

En Shahidan, Laksa & Cendol Jitra
  • Bila mana kita empunya bisnes, maka otak kita lebih aktif berfikir
  • Setiap gerak operasi bisnes mencirikan skala kehebatan diri
  • Tidak perlu rungsing akan kehendak majikan (jika kita kerja makan gaji)

Inilah semangat sebenar dan jati diri bizman muda. Syabas!

Khamis, 24 Februari 2011

Tips 24: Rujuk Bisnes Dengan Ahli Bisnes!


Jika anda ingin menggiatkan diri dengan bisnes, maka buatlah rujukan dengan ahli bisnes. Elak dari mohon pandangan biz set-up / flow dari orang yang non-biz kerana pendapat serta nasihat mereka berasaskan teori logik dan tidak besertakan fakta pengalaman yang realistik.

Terdapat perbedaan pandangan dan nasihat antara bizman dan non-bizman!

Rabu, 23 Februari 2011

Family Biznes, Legasi Perkongsian Mantap


Kita biasa dengar orang-orang lama berkata," Payah bisnes adik-beradik ni, berlaku kemelut porak peranda keluarga."

Mind set begini perlu ditukar! Ia tidak lagi sesuai pada masa sekarang dan dalam membina budaya kompetensi diri. Kita perlu kikis negative taughts! Tiada alasan atau perbahasan, mesti hentikan! Jika kita masih berdegil dengan arguement berkenaan pernyataan di atas, maka sebenarnya kita menutup peluang,menghalang cita-cita dan menggelapkan peluang generasi mendatang. Dan kegagalan ini adalah disebabkan oleh diri kita sendiri!

Buktinya, cuba kita berada di dalam kelompok bizman yang melibatkan penyertaan ahli keluarga seperti yang disenaraikan di akhbar beberapa hari yang lepas (Senarai billionaire Malaysia bagi tahun 2011). Kesemua taikun-taikun tersebut memusakakan legasi bisnes pada ahli keluarga mereka.

Kenapa perlu family biznes?
  • tidak dipengaruhi oleh pemegang saham atau pemodal luar.
  • kesediaan untuk mengkorbankan keuntungan jangkamasa pendek demi kebaikan jangkamasa panjang.
  • fleksibiliti yang membolehkan kepantasan  bertindak ke atas cabaran perniagaan.
  • membuktikan keprihatinan bersama terhadap individu kesan kesan daripada hubungan yang rapat.
  • tiada masalah dalam penekanan kualiti bisnes antara sesama adik-beradik berbanding orang luar.