Jumaat, 25 Februari 2011

Tabik Hormat Kepada Bizman Cilik Muda!


Awal malam tadi saya membuat pemerhatian untuk mendapatkan realistik gelagat niaga (business behaviour) di Medan Pasar Malam, Subang Perdana yang cukup meriah. Justeru seperti biasa saya berkongsi pengalaman bersama beberapa peniaga muda di situ. Saya tertarik dengan seorang peniaga paling muda di situ seperti gambar di atas!!!


En Md Radzi & Hafiz
Sebuah lagi gerai bihun sup Utara milik En Radzi
Ayahnya En Md Radzi memaklumkan pada saya bahawa majoriti anaknya diberi pendedahan dalam bidang bisnes sejak muda. Usaha didik beliau terhadap Hafiz patut dipuji dan kredit!

Kemudian....

Saya menyelit masuk dan terus bertanya kepada En Azri, 36 tahun, peniaga toothpaste dispenser (produk terkini beliau):

Demo toothpaste dispenser yang unik

Closing deal, En Azri punyai PR yang mantap
Antara tips yang beliau maklumkan pada saya tadi:
  • Mulakan bisnes pada umur yang muda kerana pelbagai ilmu dan pengalaman akan diperolehi.
  • Peluang pendapatan yang lebih dan menjamin perancangan masa depan berbanding kerja makan gaji.
  • Kalau menceburi bidang bisnes kerana usaha bersungguh-sungguh dan akan terbit displin diri.
  • Dalam bisnes kita mesti kenal produk betul-betul agar penerangan kepada pelanggan lebih menyakinkan minat membeli mereka.
  • Belajar untuk menetapkan harga agar terbit kecekapan rundingan dengan pelanggan.
Memang saya perhatikan strategi peniagaan beliau hebat dan menepati ciri-ciri Marketing 4P's:
  • Correct place
  • Correct promotion
  • Correct price
  • Correct product
Justeru selepas itu saya berbual bersama En Shahidan, 25 tahun, pemilik francais Laksa & Cendol Jitra yang mempunyai beberapa gerai bergerak seperti di Kota Damansara, Sungai Buloh, Shah Alam dan Subang. Ringkas beliau:

En Shahidan, Laksa & Cendol Jitra
  • Bila mana kita empunya bisnes, maka otak kita lebih aktif berfikir
  • Setiap gerak operasi bisnes mencirikan skala kehebatan diri
  • Tidak perlu rungsing akan kehendak majikan (jika kita kerja makan gaji)

Inilah semangat sebenar dan jati diri bizman muda. Syabas!