Khamis, 19 Ogos 2010

Tips 6: Return On Investment, Seolah-Olah Seperti Return Of Jedi

Return On Investment (ROI) atau sinonimnya di kalangan enterprenur yang berprofil sering kali disebut Pulangan Modal/Pelaburan, atau dalam bahasa pasarnya kita sering menyebut Balik Modal.


Sehubungan dengan itu, sebelum kita menyentuh soal-soal lain dalam pengurusan perniagaan, adalah lebih baik kiranya kita sama-sama mengenal definasi dan peranan ROI dalam sesebuah entiti perniagaan.


1) Apakah yang dimaksudkan oleh ROI?
2) Kenapa perlu ROI?
3) Apakah konsep ROI?
4) Bagaimana ROI membantu pemilik entiti perniagaan?
5) Siapa lagi yang berminat untuk mengetahui ROI?
6) Kesimpulan dan kepentingan ROI?


Return On Investment (ROI)Keperluan Pemodal Usahawan


Setiap projek perniagaan (baru & pengembangan skop niaga) memerlukan laburan Modal bagi membiayai pelbagai keperluan 'set-up' samada berbentuk 'tangible' ataupun 'intangible'. Laburan Modal ini seperti yang dibincangkan dalam terbitan Tips 2 boleh bersumberkan dengan modal sendiri, usahasama perkongsian, usahaniaga dan pelbagai lagi. Maka laburan modal merupakan syarat utama bagi kita untuk menjayakan sesuatu projek perniagaan seperti yang direncanakan. Erti kata pasar, 'no money, no talk'.

Justeru setiap nilai wang yang dilaburkan tersebut sudah tentu kita mahu akan pulangan keuntungannya. Sudah pasti kita tidak mahu modal yang dikeluarkan lenyap begitu sahaja dan sudah tentu kita juga akan tertanya-tanya atau berasa tidak sabar bila kita akan mendapat hasil pulangan modal yang dilaburkan.

Ini bermaksud:

Modal = Pulangan = Tempoh Masa

Inilah tujuan utama dan harapan bagi setiap pelabur yang melambakkan wang sebagai modal bagi sesebuah projek perniagaan.


Kepentingan Penkadaran ROI

ROI adalah penting bagi kita untuk menentukan penkadaran pulangan pelaburan/modal dalam tempoh yang realistik, tenang dan selamat. Pada amnya kebanyakan pemodal lebih mementingkan tempoh pulangan pelaburan yang cepat bagi mengelak kemungkinan-kemungkinan ketidaktentuan serta risiko yang boleh menjejaskan faedah mereka.

Terdapat kaedah-kaedah penkadaran nisbah bagi mengukur ROI yang boleh dijadikan panduan atau kompas ataupun penggera bagi setiap usahawan. Kaedah ini ini biasanya diukur:

a) Kemampuan jualan
b) Tempoh vs Jualan
c) Peratusan ROI dan tempoh jangkaan pulangan


Kesimpulannya ROI merupakan alatan (tool) yang pada dasar langsungnya menggambarkan keberkesanan sesebuah cadangan projek perniagaan dan prospek hayat perniagaan. Ianya juga mempengaruhi keinginan pelabur modal yakin atau tidak dengan projek perniagaan tersebut.