Jika seseorang individu yang bukan entiti approach anda berkenaan sesuatu projek bisnes, maka pertama sekali soalan yang anda harus tanya ialah, "What is your company?". Jika dia menjawab saya tiada company, tapi ada contact atau cable, maka turunkan kadar minat untuk berurusan dengan individu tersebut sebanyak 30%.
Seterusnya ajukan soalan, "" What is your business?", jika dia menjawab selain dari core-business/product malah mendakwa pelbagai business dia buat, maka turunkan lagi kadar minat untuk berurusan dengan dia sebanyak 30% lagi.
Soalan penggulungan, terus ajukan " How's your liquidity", jika dia tergamam, tiba-tiba mulut terkumat-kamit dan kaku, maka dengan otomiknya turunkan 40% minat untuk berurusan. Kerana individu tersebut hanyalah parasit dan memberi bebanan kepada entiti bisnes kita di kemudian hari.