Selasa, 25 Januari 2011

Selingan Arnab Emas: Ada Ong, Ada Untung


Berdasarkan trend tahunan, menjelang CNY (Tahun Baru Cina) spending power rata-rata masyarakat kita meningkat tidak kira kaum. Antara faktornya kerana terimaan lebihan wang seperti bonus CNY oleh majikan. Di mana-mana saja tidak kira sektor atau jenis perniagaan, jualan dijangka confirm meningkat. Justeru persiapan stok barangan jualan dikeluarkan melebihi tahap buffer. Kebiasaannya peningkatan jualan bermula dari sekarang sehinggalah 3 minggu selepasnya. Kini keterbukaan perbelanjaan lebih terserlah kerana rata-rata pengguna hanya mementingkan 'memenuhi kehendak'. Maka inilah peluang!

Sehubungan itu, inilah masa terbaik untuk kita sapu rata jualan melalui limpahan perayaan. Kos promosi mungkin minimum kerana banner perayaan CNY dengan sendirinya merentang akibat suasana pra suasana sambutan perayaan.

Berdasarkan pemerhatian selama 8 tahun, didapati limpahan jualan musim perayaan terutamanya CNY merebak - meledak hingga ke gerai-gerai pacak di tepian jalan raya.

Mengikut tradisi kepercayaan masyarakat cina, new year arnab memang ada ong, ada manyak untung... Jadi, jom kita-kita sekali sapu itu untung tak kiralah samada ong atau pun tidak kerana ini musim rezeki ,Allah limpahkan jua..