Sepatutnya bulan Disember antara bulan yang hyper revenue generation berdasarkan trend. Tapi bagi tahun 2010 Disember kali ini seolah-olah seperti bulan April, low period, less spending dan perlu bertungkus lumus untuk cost cutting. Mula terfikir, apa yang akan berlaku pada bulan-bulan yang akan datang pada tahun 2011.
Murah rezeki teringat pesan Apek Bukit di Taiping," Jangan tunggu saja, pegi keluar cari duit. Dulu itu orang bela lembu kasi dia punya lembu minum sendiri, now sudah modern, sudah lain, itu orang bela lembu mesti mau angkat air kasi sama lembu. Baru itu lembu mau ikut itu orang bela lembu".
Terdetik dan nekad di hati. Strategi turut serta berniaga di pasar-pasar. Memang terbukti jualan di open market melebihi jualan di kedai. Maka, timbul perancangan jadikan kedai sebagai pusat produksi pembuatan, tempahan dan galeri disamping aktiviti jualan seperti biasa. Lantas lebihkan usaha untuk keluar berniaga kerana secara tidak langsung itu adalah saluran utama kemasukan jualan disamping menjadi 'direct marketing' yang meluas.