Sabtu, 16 November 2013
Push Button Bisnes Qushayyi's Collection Online
Mereka baru dua (2) minggu beroperasi menjalankan bisnes secara atas talian @ online. Push button bisnes mereka mengenai sasaran. Di samping mendapat testimonial positif dari pelanggan.
Isnin, 23 Julai 2012
Petua Bisnes India Muslim
Kejayaan besar pelopor bisnes seperti Kayu Nasi Kandar, Pelita Samudera, Habib Jewel. Mydin dan Kumpulan Barkath sering menjadi tanda tanya di kalangan peniaga. Mereka muncul secara tiba-tiba dengan rangkaian dalam dan luar negara. Ikon-ikon ini dianggap sebagai undefeated tycoon dalam bisnes mereka.
Perniagaan India Muslim dan ibadah dimanifestasikan melalui pembinaan masjid dalam komuniti yang bertahan sehingga kini.
Ini boleh merujuk kepada Kewujudan Masjid Malabar di Beach Street, Pulau Pinang sebelum musnah akibat bom Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road menjadi bukti kewujudan mereka di Pulau Pinang.
Selain itu kewujudan Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung Bengali di Butterworth menandakan kehadiran mereka ke sini.
Nombor 786 menjadi ingatan kepada peniaga agar memulakan perniagaan dengan bacaan bismillah. Ia melambangkan proses pendidikan bisnes bermatlamat ibadah. Penggunaan nombor 786 sangat ketara digunakan oleh peniaga-peniaga India Muslim.
Ia melambangkan proses penciptaan keuntungan dalam perniagaan dan pengurusan modal pusingan bagi sebarang perniagaan yang diceburi. Formulanya ialah jika modal berjumlah tujuh ringgit, jual pada nilai lapan ringgit. Pusingkan modal semula sebanyak enam ringgit.
Ia memberi gambaran peniaga mesti mendapatkan harga bahan mentah lebih murah daripada pembekal selepas berlaku transaksi dan pembelian bahan mentah kali kedua bagi terus bertahan dalam pasaran.
Dilihat dari kaca mata ibadah, nombor 786 menjadi ingatan kepada peniaga agar memulakan perniagaan dengan bacaan bismillah. Ia melambangkan proses pendidikan bisnes bermatlamat ibadah.
Ibadah menjadi kata kunci dan saringan bagi memastikan perniagaan India Muslim kekal relevan dalam industri. Ia menjadi tunjang kepada stabiliti perniagaan meskipun dihimpit krisis kenaikan harga yang semakin meruncing.
Lagi Petua Orang Cina
Bagi Peniaga Cina:
- Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup. Orang Cina perlu berniaga untuk membangunkan masa depan dan keturunan mereka.
- Pelanggan lebih penting dari untung. Untung jangan letak banyak-banyak, sedikit tapi berterusan. Pelanggan adalah raja, kehilangan pelanggan adalah musibah. Keuntungan boleh dicari, pelanggan setia sukar ditemui.
- Modal orang Cina, 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk. 1 mangkuk untuk keluarga, 1 mangkuk untuk simpanan dan baki 3 mangkuk untuk modal balik.
- Jika mereka ditawarkan pinjaman modal, mereka akan tanya berapa bunganya? berapa ansuran bayaran setiap bulan?
Khamis, 19 Julai 2012
Petua Bisnes Orang Cina
Bagi masyarakat Cina, untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet’. Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.
Ahad, 3 Jun 2012
Bisnes Seimbang?
Kaedah semakan bisnes anda seimbang atau lebur..
Aset Perniagaan = Liabiti + Ekuiti Perniagaan
Aset Perniagaan = Liabiti + Ekuiti Perniagaan
Jumaat, 10 Februari 2012
Menghargai The Malaysian Best Craft
Ada juga yang menghargai seni tradisional dan membawa legasi bisnes sedemikian:
Rabu, 18 Januari 2012
Strategi Semasa Segala Kemungkinan
Strategi bagi menghadapi segala kemungkinan (uncertainty):
- Punyai tabung yang cukup
- Asosiasi dengan persatuan dan dewan perniagaan
- Perancangan pindah jenis bisnes/produk/servis
Ahad, 1 Januari 2012
Orang Cina & Bisnes III
Politik bisnes orang cina:
- jika hendak mencari rakan kongsi carilah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum tentu menjamin hal tersebut dan berpotensi khianat dalam perniagaan.
- politik dan perniagaan adalah sama. (Politik = Perniagaan)
Jumaat, 30 Disember 2011
Orang Cina & Bisnes II
Bangsa Cina sudah dididik sejak awal, supaya tidak selesa dengan kehidupan sebagai pekerja makan gaji. Mereka digalakkan untuk berniaga, meskipun bisnes itu adalah bisnes kecil-kecilan.
Ini kerana berniaga sendiri menjadikan seseorang itu bos dan pekerja. Bermakna kita yang menetapkan jumlah pendapatan, berdasarkan usaha yang telah dilaburkan dalam perniagaan. Apabila kita berfikiran seperti bos dan pekerja, maka kita akan lebih cenderung meningkatkan usaha, bagi membangunkan perniagaan.
Apa yang paling penting adalah, kita bersedia untuk menanggung risiko bisnes yang paling ditakuti, yakni hidup susah di peringkat permulaan.
Selasa, 20 Disember 2011
Orang Cina & Bisnes
Saya ringkaskan perkara pokok yang disampaikan oleh Ann Wan Seng, The Network Bamboo
- Sejarah perniagaan orang Cina bermula daripada peruncitan. Daripada bidang inilah mereka memperolehi pengalaman dan kemahiran bagi menghadapi kerenah-kerenah manusia.
- Jika dahulu bapanya menjual air cedok di tepi jalan, maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang menghasilkan air di dalam tin.
- Sentiasa mencari peluang
- Tidak suka meremehkan sesuatu pekerja
- Suka perkara yang mempercepatkan proses, tidak suka birokrasi
- Fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri mengikut keperluan zaman
- Berpandangan jauh dan tidak membiarkan impian menjadi statik
" Sekiranya kerajinan kita sama seperti kerajinan orang Barat, maka kita tidak dapat menyaingi mereka.." ..Kim Woo Choong..
Tips 27: Kaedah COS - Penentuan Awal Untung atau Rugi
Berikut adalah kaedah komputasi Kos Barangan atau Cost of Sale yang merupakan penentuan awal samada perniagaan itu bakal mengalami keuntungan atau sebaliknya, tanpa mengambil kira kos-kos lain.
Ini tips tersebut:
Ini tips tersebut:
(Sila klik pada imej)
Rabu, 14 Disember 2011
Uji Otak: Pilih Salah Satu?
Margin keuntungan 'slim' bagi barang basah
atau
Margin keuntungan 'besar' bagi cenderahati
Lokasi: Pasar Gaya, Kota Kinabalu / Philipine Market
Jumaat, 9 Disember 2011
Happy Go Lucky Chef Wan
Untuk berjaya mesti sentiasa happy go lucky seperti kata Datuk Chef Wan..
Rasionalnya:
| Chef Wan & Dr. Bakhari (moderator) mendapatkan mood happy sebelum wacana bermula (IET Talk 2011) |
Rasionalnya:
- Berkeupayaan menangani incoming dan uncertainty obstacles
- Tiada rencatan pemikiran
- Tindakan strategik yang akurat
- Keberhasilan keputusan
Khamis, 8 Disember 2011
Pemacu Sosio-Ekonomi
Di sekitar pameran sosio-ekonomi masa hadapan..
Yang telah berlangsung di Bukit Kiara dan Seremban, Royale Bintang
Bisnes Klasik Hebat
Bisnes dengan tarikan tersendiri dengan mengekalkan elemen klasik di Gaya Street..hebat Kota Kinabalu..
Selasa, 6 Disember 2011
Product & Price Revision Bagi Tahun 2012
Ramai operator biz yang bercadang untuk meningkatkan selling price pada 2012.
Kesan:
Kesan:
- Pengguna akan mencari alternatif bagi pembekal, peruncit, produk yang lebih ekonomik
- Kita menjadi pusat alternatif tersebut
- Peratusan mendapat pelanggan baru tinggi
- Menambah revenue inflows dengan strategi pembekalan volume yang tinggi
- Pertikaian kualiti dan kandungan produk kita
- Kebersediaan membina entiti perniagaan dalam kegentingan
- Mendapatkan sumber pembekalan dengan harga yang konstan di kala genting
- Menawarkan harga rendah dengan product revision
Selasa, 27 September 2011
Sabtu, 24 September 2011
Isnin, 19 September 2011
Antara Seni & Bisnes
Bagi yang menghargai seni, bisnes subjektifnya..
Bagi yang menghargai bisnes, seni subjektifnya..
Tetapi harga bagi kesenian amat eksklusif.
Bagi yang menghargai bisnes, seni subjektifnya..
Tetapi harga bagi kesenian amat eksklusif.
![]() |
| Koleksi pameran seni di galeri Pelita Hati, Bangsar |
Rabu, 24 Ogos 2011
Lelong Raya, Juling Biji Mata
![]() |
| Contoh: Anak Mat Salleh berjulingan |
Musim perayaan antara waktu terbaik untuk membuat gimik jualan. Sinonim gimik:
- Lelong
- Diskaun paling murah
- Pakej - beli 3 dapat 1
![]() |
| Contoh: Rambang jualan |
Kaedah:
- Markup dari harga semasa
- Markdown mengikut peratusan sama dengan margin semasa
Langgan:
Catatan (Atom)










