Hari ini saya menghadiri seminar Sistem Penyampaian Perkhidmatan di PICC, Putrajaya. Terdapat beberapa panel agensi membentangkan topik kaedah pelan promosi berkesan pada setiap pleneri. Cuma saya tertarik, cerah mata dan buka minda hasil perkongsian ilmu dari Pegawai Perhubungan Awam, Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebentar tadi. Antaranya:
"Pelbagai kaedah tradisional yang boleh kita gunapakai tetapi perlu ada adunan baru yang catchy agar kaedah promosi core business, aktiviti atau program organisasi kita memberi impak sehingga ke semua lapisan masyarakat di Malaysia. Saya ambil contoh terdapat beberapa siri iklan media SSM di tv dan media cetak yang simple, small cost incurred serta memberi return on investment serta respon pendaftaran syarikat yang baik sepanjang tahun 2010. Iaitu:
- Gunakan talent dalaman, untuk acting commercial. It might be your boss, staff or even you your goodself. Di situ kita melatih semua individu di dalam organisasi berkreativiti dan mengasah kemahiran komunikasi. Secara langsung membantu organisasi ke arah penjimatan. Buktinya setelah dua tiga siri ads commercial, kami dihujani respon pendaftaran syarikat kerana fluently kami melafazkan langkah/step click SSM yang membuatkan customer senang hati dan curious untuk mendaftar syarikat. Di samping itu, kami juga dihujani jemputan dari production house untuk menjadi model commercial bagi iklan mereka. Hebat tak??"
Memang betul, berdasarkan semakan, pada tanggal 10/10/2010 semasa promosi media elektronik dan cetak SSM mereka mendapat returned sebanyak RM356k (bagi tempoh iklan pada 10/10/10 tersebut) berbanding kos pengiklanan keseluruhan tahun RM95k. Itu tidak termasuk respon siri-siri iklan yang lain.