"Never trust your staff" itulah prinsipal yang perlu ditanam pada setiap bizman. Walaupun niat di hati sebenarnya tidak bermaksud begitu. Kerana ini merupakan kaedah kawalan terutamanya yang melibatkan transaksi wang. Prinsip kesangsian ini sebenarnya merupakan motivasi bagi pemilik entiti perniagaan, bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan operasi perniagaan disamping mengelak risiko ditipu dalam diam-diam. Yang akhirnya melingkupkan bisnes kita. Ingat bisnes bukan suka-suka, ianya merupakan sebahagian dari aset yang bakal dipusakakan kepada anak, cucu cicit kita. Jadi jangan biarkan orang luar 'main banyak' dengan aset pusaka tersebut.
Wajib setiap masa kita mengadakan spotcheck setiap pergerakan, pelaksanaan kerja serta ambil peduli hal peribadi mereka secara rahsia. Mereka otomatisnya akan berasa rimas, bimbang serta mengawal setiap gerak geri kerja agar terpancar 'the best work delivery'. Sekali-sekala keluarkan 'threaten' dari mulut kita. Kerana kesan kebaikannya adalah kepada semua orang. Itu benda baik dan boleh pahala!