Sabtu, 28 Mei 2011

Muncul Pesaing...Jiwa Kacau?


Apabila seseorang terlibat di dalam bisnes, mereka akan pasti menghadapi cabaran persaingan. Itu pasti! Persaingan akan lebih ketara apabila kita menyertai perniagaan yang memerlukan modal yang kecil, kemahiran yang rendah dan sistem pengurusan yang mudah. Di antara pesaing yang telah dikenalpasti yang bakal dihadapi oleh kita adalah:
  • mereka yang mengeluarkan produk yang sama dari segi bentuk, kegunaan, cara persembahan dan teknik pemasaran.
  • mereka yang mengeluarkan produk yang menjadi pengganti kepada produk yang dikeluarkan oleh kita.
  • mereka yang memodifikasikan produk yang dikeluarkan/dipasarkan oleh kita.
  • persaingan dengan produk gantian, contohnya orang yang menjual i-pad dan Samsung Galaxy Tab, siapa yang mempunyai volume jualan yang tinggi kini?

Dalam usaha untuk menangani persaingan, kita hendaklah memastikan produk/servis kita sentiasa di hadapan dan masih melekat di titik minda pelanggan. Antara asas strategi yang boleh dilaksanakan dalam masalah persaingan ini adalah:
  • Cari tumpuan perniagaan dengan menentukan hala tuju bisnes kita.
  • Klasifikasikan segmen pasaran yang betul-betul membantu kita,
  • Fahami betul-betul kehendak pelanggan dan ambil tindakan betul-betul dalam memenuhi kehendak mereka.
  • Sayang kepada pelanggan! Pelik!!! Tak pelik pun, tengok bagaimana bisnes kaum cina.
  • Hargai pekerja kita dengan reward (fisikal atau mental), kerana mereka bakal membuka ruang lohong untung.
  • Buang pembaziran dari sekarang (kerana pembaziran yang tidak disedari semasa bersaing, bakal melingkupkan lagi keupayaan modal operasi)
  • Ambil berat..ambil berat..ambil berat..kualiti barangan/servis
  • Bertindak pantas dalam apa-apa jua urusan perniagaan, usah tunggu-tunggu..
  • Minimumkan bergantung kepada teknologi, kerana jika ditakdirkan bisnes merudum akibat persaingan, kita akan terkontang kanting tanpa peranti teknologi. Walhal modal insan itu lebih berkuasa bagi penjanaan minda bisnes.
  • Sentiasa ukur prestasi bisnes kita.

Ahad, 22 Mei 2011

Otak Bisnes, Otak Komputasi


Antara kelebihan BISNES kepada otak manusia:
  • Menjana kreativiti pemikiran
  • Menghasilkan output fikiran yang mantap
  • Anjakan pemikiran yang separa pasif kepada aktif
  • Keupayaan penggunaan bahagian otak kanan dan kiri secara optimum
  • Kekuatan memori otak untuk mengimbau dan menganalisa setiap pemerhatian
  • Pancaran visualization pada bakal pelan tindakan
Asas proses pemikiran di dalam BISNES:
  • Apa tindakan perlu dilaksanakan?
  • Mengapa tindakan tersebut perlu dilaksanakan?
  • Bagaimana pelaksanaan tindakan perlu dibuat?
  • Bila tindakan perlu dimulakan?
  • Siapa orang-orang yang berkelayakan bagi pelaksanaan tersebut?
  • Pelan tindakan seterusnya jika apa yang telah rancang tidak menjadi?
Asas perlakuan fisikal dalam BISNES:
  • Catat setiap rangka pemikiran (sekurang-kurangnya pada note pad)
  • Laksana apa yang dicatat
  • Bertindak cepat atas pelaksanaan
  • Tindakan susulan dan pemantauan setiap pelaksanaan

Sabtu, 21 Mei 2011

Taktikal Gempur Bisnes


Seperti dalam peperangan, setiap angkatan punyai taktikal perangnya tersendiri. Sebab musababnya ialah untuk memastikan kemenangan dan kesejahteraan selanjutnya.

Begitu juga bisnes, punyai taktikalnya sendiri. Secara teori elemen yang perlu ditaktikkan adalah:
  • Pemasaran (tempat/harga/produk/promosi)
  • Kawalan kewangan (arahan penjimatan kos)
  • Jaringan kerjasama (connection/cable)
  • Peri kemahiran kendiri
  • Kuasa mempengaruhi 'HATI' pelanggan/pembekal/pihak berkuasa
Setelah TAKTIKAL di atas disedia siagakan, maka mulakan GEMPUR perniagaan anda di pasaran! 

Jumaat, 20 Mei 2011

Mengawal Kesinambungan Perniagaan

AutoCont (sebuah syarikat IT) mengakui bahawa terdapat banyak pelanggan yang berada di bawah tekanan dalam arus ekonomi persekitaran kini, contohnya kenaikan harga dan kualiti jaminan perkhidmatan. Perkara ini jika berpanjangan akan memberi impak kepada perniagaan. Justeru perlu difikirkan kaedah bagi mengurangkan kos untuk memastikan kejayaan yang kompetitif dalam perniagaan.

 
Seringkali, sebuah organisasi kecil dan sederhana tidak memiliki kepakaran atau pengalaman yang cekap bagi mengendalikan sebuah entity perniagaan.

 
"Kami ingin pelanggan-pelanggan kami untuk melihat kami sebagai sahabat dan sebahagian dari kelompok mereka sendiri dan kami bersedia untuk berkongsi masalah tekanan mereka bersama," jelas pengurus pembangunan AutoCont. 



Solc, pengurus pembangunan perniagaan di AutoCont. "Dan ini bererti kami juga mesti berperanan untuk tidak hanya menyediakan perkhidmatan yang terbaik, harga rendah malahan kami perlu menempatkan tekanan pelanggan ke arah penyelesaian sehingga mereka berasa lega serta kembali kepada kami. "



Khamis, 19 Mei 2011

Elak Projek Lambung


Apa maksud PROJEK?
Projek membawa erti perolehan atau tawaran sesuatu kerja / perkhidmatan / pembekalan dalam bentuk transaksi atau kontraktual antara pihak yang menawarkan atau atas permintaan.

Apa maksud LAMBUNG? 
Lambung dari sudut bahasa bermaksud membaling sesuatu objek dari dasar telapak (tangan) ke arah atas dengan tujuan memberi kepada seseorang yang berlawanan arah / atau dengan sengaja tanpa target penyambut seterusnya memberi reaksi jatuh semula ke dasar dengan kesan pecah / hancur akibat impak hentaman.

Kombinasi PROJEK dan LAMBUNG?
Perolehan/terimaan tawaran yang dapat memenuhi permintaan pasaran tetapi memberi kesan kerugian jangka masa panjang kepada ramai pihak yang terbabit di dalam sesuatu kerja / perkhidmatan / pembekalan. Lantas menimbulkan masalah dari segi kewangan kredit, aliran wang tunai dan kerencatan pembekalan kepada pengguna.


Contoh PROJEK LAMBUNG
  • Membeli barangan seperti kicap secara pukal dari pengilang dengan kemudahan kredit (hutang) dan menjualnya kepada peruncit dengan harga kurang dari harga yang diperolehi dari pengilang.
  • Kelebihan - berjaya membekalkan harga yang murah kepada peruncit dan berupaya menerima volume pesanan yang tinggi serta mempunyai tunai di tangan yang senantiasa. Mengasah bakat untuk mencatur pergerakkan wang dan kredit.
  • Keburukan - projek berupa short-term yang merugikan diri sendiri sekiranya gagal mengawal kewangan / kredit dan berupaya menggugat keadaan bisnes pengilang.
Secara total ianya MERBAHAYA! Risiko dilabel sebagai kaki penipu jika  gagal mengawal keadaan harga walaupun boleh menjana wang harian (always in pocket).

Juga bahaya jika pengilang mencari kita hingga ke lubang cacing dan melambung kita!