Khamis, 30 Disember 2010

Selingan Malam Isnin: Dominan



"Entiti bisnes kita mesti dipandang gah, impresif di mata orang di luar sana. Sebab ini semata-mata untuk menimbulkan keyakinan mereka untuk berjual beli dengan entiti kita. Galakkan mereka berfikiran postif dengan kita dengan macam-macam cara. Umpama bermain layang-layang, tarik-tarik tali ikut rentak kita dan at last kita control the game. Lastly, two words 'Yes' or 'No' dalam setiap kata putus negotiation bisnez. Directly menunjukkan kita gentlemen, firm dan tak gentar kiranya menghadapi opportunity cost. Dan mereka sekurang-kurangnya ada 70% yakin dengan entiti bisnes kita, sebab masa itu sebenarnya kita menjadi DOMINAN dalam market.", kata En Firdaus, airplane proprietary supplier semasa sesi kopi tarik di Shaaz Curry House, Subang Perdana malam Isnin yang lepas.

Boleh digunapakai!

Rabu, 22 Disember 2010

Tips 17: Laburan Modal Perniagaan Efektif


Wang tunai adalah sangat bernilai. Usahawan kebanyakannya lupa bahawa wang tunai juga boleh bekerja menolong beliau membuat wang. Sebagai contoh, sekiranya beliau mempunyai lebihan wang tunai sebanyak RM10,000 dan disimpan di dalam laci, di bawah bantal atau akaun semasa, wang ini sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya. Tetapi sekiranya wang lebihan ini disimpan di dalam akaun simpanan atau di pasaran wang pada kadar faedah katakan tujuh peratus (7%) setahun, maka wang tersebut akan bekerja untuk menghasilkan RM700 setahun. Siapa yang akan memberi kepada anda RM700 secara percuma?



Sekarang perkhidmatan bank telah menjadi begitu maju. Terdapat sebilangan bank yang menawarkan faedah mengikut baki harian. Usahawan perlu memilih bank ini dan hendaklah menyimpan lebihan wang tunainya setiap hari. Jika kita perasan, ketika mana kita berada di sesebuah bank, akan tampil lima (5) hingga enam (6) orang berbangsa Cina dengan memakai seluar pendek dan berbaju t-shirt Pagoda membawa gondola-gondolan plastik buruk yang mana kita sangkakan bungkusan ‘tapau’, masuk ke dalam seksyen pendepositan bank. Sebenarnya mereka mengambil peluang ini!


Jika diperhatikan ramai smart bizman mengambil peluang menyimpan dan melabur modal mereka di dalam Unit Saham Amanah atau Unit Trust Investment. Kerana apa? Ini kerana potensi rate of return yang selesa di samping boleh dijadikan sebagai modal tampalan bagi entiti perniagaan sekiranya berlaku ketidaktentuan dalam operasi bisnes kita. Malah terdapat kepelbagaian dalam tabungan ini iaitu seperti tawaran dana-dana yang selamat lagi dijamin oleh Security Commisioner.

Be smart...dalam menjana pusingan modal perniagaan.

Tips 16: Memikat Pengedar

Kita sebagai pengguna sudah tentu tertarik dengan barang yang rendah harga dan baik mutunya, sementara pengedar pula tentu mahukan barangan yang boleh laris dijual dan tinggi pula keuntungannya. Logik yang sedemikian sepatutnya mencabar usahawan untuk menyediakan berbagai bentuk insentif dan ganjaran bagi mendorong para pengedar menutamakan keluarannya di kedai-kedai mereka.



Bentuk insentif dan ganjaran yang ditawarkan sebaik-baiknya menjadi pendorong yang bersifat jangka panjang kerana yang perlu diwujudkan ialah bukannya keselesaan sementara yang akan dinikmati oleh pengedar dan para penjualnya tetapi hubungan dan kerjasama yang berterusan di antara kedua-dua pihak.



  • Usahawan yang cekap akan mengeluarkan atau mendapatkan sumber barangannya dengan kos yang lebih rendah. Barang ini pula kemudiannya akan dapat dibekalkan kepada para pengedar dengan harga yang kompetitif. Keadaan ini dapat membantu daya belian barangan tersebut di kalangan pengguna dan seterusnya menaikkan tarafnya sebagai ketua atau taikun dalam perusahaan berkenaan.
  • Dalam menawarkan harga yang rendah kita perlu mengambil kira nilai dalaman sebenar barangan itu. Berapakah sebenarnya nilai yang munasabah dengan perkhidmatan atau kepuasan yang akan diberikan oleh barang tersebut? Walaupun barang tersebut terpaksa ditinggikan harganya, tetapi sekiranya harga tersebut dianggap sesuai dengan nilai dalamannya dari kaca mata pengguna, maka pengguna tetap akan mengaukui bahawa barangan tersebut sebenarnya murah.
  • Di samping dapat menawarkan barangan dengan harga murah dan sesuai dengan nilai dalaman barangan itu, usahawan hendaklah jangan lupa memberi pulangan (keuntungan) yang menarik kepada pengedar seperti komisyen, bonus, pertandingan, hadiah dan sebagainya. Yang dimaksudkan di sini ialah kadar pulangan yang baik berbanding dengan apa yang dapat diberikan oleh usahawan-usahawan lain dalam industri yang sama.

  • Barangan yang dapat diiringi dengan sistem perkhidmatan sokongan yang lengkap memudahkan lagi ianya diterima oleh para pengedar. Contohnya, usahawan boleh menyediakan bantuan teknikal dengan cara samada menyediakan kakitangan teknikalnya sendiri di kedai-kedai kepunyaan pengedar ataupun mengadakan skim latihan kepada kakitangan pengedar supaya bersedia memberi perkhidmatan kepada pengguna.
  • Tempoh jaminan adalah penting kerana ianya boleh menyakinkan pengedar atau pengguna akan kebaikan barangan tersebut. Semakin panjang tempoh jaminan barangan, maka semakin tinggi keyakinan pengedar dan pengguna.
  • Ketepatan masa penghantaran barangan juga berkaitan dengan imej para pengedar. Pengguna tidak akan mengunjungi premis dan pusat pasaran pengedar lagi sekiranya didapati mereka sentiasa tidak dapat menyediakan barang yang dikehendaki pengguna.
  • Kebiasaannya pengedar member keutamaan untuk menerima bekalan barangan dari usahawan yang dapat menawarkan skim promosi yang lengkap. Bagi pihak pengedar semakin pendek tempoh barangan berada di atas rak-rak adalah semakin baik. Barang yang sentiasa menjadi sebutan orang ramai disebabkan oleh keberkesanan promosi adalah menjadi matlamat setiap pengedar.
  • Para pengedar juga memerlukan usahawan yang sentiasa sensitif dengan aduan dan cadangan mereka serta pengguna. Para pengedar akan kecewa sekiranya usahawan lembap bertindak ke atas segala aduan berkenaan barangan. Sistem aduan dan penambahbaikan yang cekap dan pantas perlu diwujudkan antara usahawan dan pengedar seperti penggunaan ‘push email’ agar maklum balas dapat diberikan dan kata penyelesaian dapat diputuskan.


Tips 15: Penentuan Harga


Bagi usahawan yang baru menceburkan diri dalam perniagaannya, meletakkan satu tingkat harga yang sesuai untuk keluaran barunya adalah merupakan satu masalah. Untuk mengurangkan masalah ini usahawan boleh mengambil langkah-langkah seperti:

  • Menentukan matlamat dasar harga, iaitu memastikan barangannya terus wujud di pasaran, untuk mendapat keuntungan yang sebanyak mungkin, untuk meluas dan melariskan jualan dan mempertahankan barangannya bermutu tinggi.

  • Menganggarkan jumlah permintaan dengan mengkaji ciri-ciri istimewa produk anda. Sekiranya ciri produk tersebut adalah sama dengan produk yang sudah ada di pasaran, maka selok-eloknya harga yang ditawarkan hendaklah sepadan dengan jenama tersebut.

  • Menganggar jumlah kos pengeluaran, kos pengurusan dan kos pemasaran. Harga yang ditentukan hendaklah melebihi jumlah keseluruhan kos (bagi setiap unit).
  • Mengkaji harga pesaing yang lain.

Selingan Pagi Rabu: Bisnes Model Kreatif


Suka untuk berkongsi kejayaan rakan-rakan niaga, terbaru dan terkini (rujuk kepada post format terkini: kertas kerja pembekalan/supply korporat). Pemilik Lebai Satey telah berjaya mendapat confirmed franchisee. Hebat! gerai satey pun boleh di franchise kan. Malah, berdasarkan bisnes model beliau siap ada intensif (rujuk Tips 16) kepada franchisee seperti sistem over ride return. Kreatif sungguh! pemilik brand dan franchisee masing-masing menerima manfaat.


Creative ! That's the key word..

Jumaat, 17 Disember 2010

Selingan Sarapan: Bisnes Meletup


Awal-awal pagi lagi sudah dapat rezeki sarapan dan kata-kata hikmat dari En Ismail pemilik EVO Cafe di Mont Kiara.


Saya tanya , "..bos, bisnes apa macam, ada hebat ka?.."

En Ismail, "..bukan hebat lagi, malah makin meletup-letup..ha ha ha.. bukan nak over confident, tapi kalau orang lain boleh meletup-letup bermaksud saya pun boleh la double triple lagi..tak gitu..ha ha ha"

Saya puji semangat En Ismail...

Khamis, 16 Disember 2010

Selingan Teh Tarik: Diri Bizman Mesti Berada Dalam Kawalan


Sembang-sembang sambil pekena teh tarik di Sri Hartamas dengan Saudara Hafiz tengahari tadi. Sambil meneguk teh tarik beliau mencelah,

"..rupa-rupanya kita tidak boleh terlalu di influence oleh third party (supplier, co-supplier)..kerana dalam tengah kita confident kejar sales, kita boleh jadi tak dapat sales malah kena godam, kena tipu..patut la orang-orang tua kata "jangan seronok dan kebulur sangat nak kaut sampai tak sempat nak fikir baik-buruk..."

"...tak pa la 1000 kali 1000 kala kena tipu..baru dapat ilmu cara nak hindari dari kena tipu...nak kena control dan analisa setiap langkah nak dapatkan sales.."


Makna kata, lets control ourself: fikiran dan tindakan dalam menjana jualan.

Tips 14: Aturan Proses Eksport

Sila klik pada carta untuk paparan yang lebih besar

Kali ini saya ingin berkongsi bersama dengan troupe / operator stesen minyak terutamanya dengan rakan-rakan yang mengendalikan stesen secara 'economical size' dan masih lagi menunggu kelayakan untuk capai 'required capital' bagi melayakkan memperolehi refinery-brand.

Huraian / eloboration mengenai carta tersebut akan di 'publish' kan setelah kita semua familar, sekurang-kurangnya basic processes yang terdapat pada carta tersebut.


Selamat bereksplorasi....

Rabu, 15 Disember 2010

Selingan Tanya Khabar: Make Sure You Go No Where!

Pagi tadi sempat menyapa Dato Dr. Fadzil, Malaysian Economist..nak dijadikan rezki semangat pagi, beliau lontarkan satu tips...

"..we must firmly stand on what we believed and what we want to do..otherwise we'll go no where..you sembang lah projek juta-juta atau melabon kat biz partner u zillion-zillion..tapi kalau takat sembang without believe principle and tak reti nak bergerak..nayaa...." 



(Terfikir saya kata-kata beliau sama seperti prinsip ma'am yang pernah saya tanya di Sales Kick Off seminar kelmarin)


Boleh ambil sebagai panduan kata-kata orang yang selalu memerhatikan suasana ekonomi nasional.

Selasa, 14 Disember 2010

Selingan UTC: Break the Barrier, Pecahkan Halangan Diri..

Sempat juga menyelit ke dalam Sales Kick Off seminar di One World Hotel, Bandar Utama, 13/12. Ada beberapa key words yang praktikal untuk bizman dan bakal-bakal usahawan.


"..negatively starts with negative taughts.."


"..positively starts with positive taughts.."

"..our first enemy is our self barrier..break it now! you will see your market of business destination.."


Memang hebat-hebat belaka troupe bizman/woman yang hadir, bila ditanya "how do you market your product ma'am", dia balas "believe my own self"...


Terima kasih kepada sifu-sifu:

Tuan Ramizan
Tuan Rozman
Tuan Aji Hakimi kerana sudi menumpangkan saya ke parkir

Selingan Les Copaque: Upin & Ipin


Pagi tadi saya hadiri talk YBhg Dato' Sri KKPA JPA & En Usamah Zaid Executive Director, Les Copaque produser cerita animasi Upin & Ipin (local concept) yang berjaya menembusi pasaran Indonesia & Filipina & yang terkini Disney Land Hong Kong.. (selain co-producer filem animasi Jepun dan lain-lain)..Saya tertarik dengan kata-kata En Usamah Zaid..

"..kami menghasilkan sesuatu karya mengikut adunan kehendak kanak-kanak...kami pulang semula ke alam kanak-kanak dengan bermain pistol mainan, main puzzle, main lompat-lompat dan macam-macam lagi kerenah kanak-kanak...orang yang lihat kami pada masa itu kata ..ntah apa-apa budak-budak ni, macam la boleh berjaya..tapi sebenarnya kami telah buktikan bahawa kami berjaya menawan hati kanak-kanak di Malaysia...kami tak takut nak test market..sebab kami dapat menguasai jiwa kanak-kanak.."


Saya amat teruja, En Usamah Zaid baru lima (5) tahun grad universiti..

Selingan Mamat Khalid: Mr Why Not

Sekali-sekala dengar talk orang karyawan / pengarah seni memang teruja..Saudara Mamat Khalid salah seorang speaker di Persidangan Perkhidmatan Awam 2010 di INTAN Bukit Kiara baru-baru ini membentangkan output berkenaan INOVASI..key words yang boleh dipelajari dari Saudara Mamat Khalid ialah......



"...a good start for Mr Why Not..


...anda boleh bikin filem? why not...

...anda boleh pasarkan filem yang berciri inovasi melalui elemen nasional? why not..

...Pak Zakaria boleh jadi hebat hanya dengan sebatang cangkul untuk berbendang? why not Pak Zakaria..

...boleh kah kita imagine dan design langit berwarna purple rather than biru? why not.. 

... boleh kita fikir macam mana nak bikin slot di alam yang orang lain tak terfikir? why not..


Makna kata, boleh kita sukses dalam BISNES??? WHY NOT...

Isnin, 13 Disember 2010

Selingan Kiara: Angan-angan Boleh, Tapi Pelan Tindakan Mesti Ada

Dalam bisnes kena banyak mencairkan otak untuk berfikir...mula dengan angan-angan...kemudian di transform kepada cita-cita & objektif...walau bagaimanapun perlu ada Pelan Tindakan...lantas Menggerakkan Pelan Tindakan tersebut dengan smart.. 

Terdapat beberapa rakan niaga yang menciplak semangat menggera bisnes dengan motto ADIDAS dan NIKE.


ADIDAS: Impossible is Nothing!




NIKE: Just Do It!



Dicadangkan semua yang terlibat dalam bisnes atau nak ceburi alam bisnes..sama-sama kita guna spirit ini!

Selingan Kg Baru: Fokus Kepada 'Core-Product'

Berdasarkan 'table-talk' bersama-sama biznes troupe di Kg Baru, KL pada 11/12/2010. Rata-rata dari mereka sepakat mengatakan:


"...fokus kepada core-product, walaupun core-product kita masih merangkak di pasaran namun fikir akan kaedah macam mana nak boost penerimaannya pada customer di luar sana. Bila fokus baru kita kaji pasaran yang betul dan tidak tangkap muat sahaja...Kemudian ia pasti meningkat secara konsisten, sebab trend-trend perniagaan dah buktikannya..Kalau kita tidak fokus pada core-product, dalam kata lain..product focus kita carca-marba..maka tengoklah nanti akan carca-marba jugalah bisnes kita...sebab trend bisnes dah buktikannya..."



Sekalung terima kasih:


En Hamka, Hamka Calligraphy Designer
En Najib, Calligraphy Marketer
En Hafiz, Business Developer
En Idris Awang, My Mum's Bakery

Jumaat, 26 November 2010

Selingan Jumaat: Bisnes kena Rajin, Sabar & Tawakal


Mesti:

1) Rajin - ambil peluang semaksimum mungkin.
              - keutamaan peluang yang 'profitable' & kurang liabiliti.
              - rajin membuat tindakan susulan (follow-up) jangan malu dengan orang.
              - rajin 'say hello' pada kelompok peniaga-peniaga yang matang dan
                potensi prospek peniaga yang baru kenal.
              - rajin fikir hayat bisnes & future potential.
              - rajin forecast
              - rajin membina action plan.
              - rajin solat dan doa pada Allah.

2) Sabar - sabar terima baik dan buruk perniagaan.
               - sabar membikin soal rajin.


3) Tawakal - doa & serah pada Allah.

Isnin, 22 November 2010

Selingan Isnin: Bisnes Adalah 'Game'


Bisnes adalah game. Perlu ada:


matlamat: apa matlamat bisnes kita dalam tempoh jangka pendek dan panjang?

- pengurusan: adakah kita sudah urus entiti dan jentera bisnes dengan berkesan?

- strategi 'network': siapakah 'players' disekeliling kita yang dapat sama-sama
  membantu kelicinan bisnes?

- 'back-up' dan 'shield' - payung: apakah 'reserve' atau pihak lain sekiranya
   menghadapi sesuatu risiko atau masalah?

- jaringan 'score': jika ada peluang yang 'profitable', jangan tunggu lama-
  lama..dapat tak dapat atau jadi tak jadi lain cerita.

- hasil - boleh jadi untung atau rugi: norma bisnes adakala untung, ada masa rugi

- 'next game': cuba peluang-peluang lain yang ada! pastikan tertib!


Jadikan diri sebagai seorang yang profesional. Tidak perlu mengelabah tidak tentu arah, kelam-kabut dan menyalah orang lain. Kerna profesional itu akan membina 'trademark' dan 'self-market' untuk diri sendiri serta akan diketahui oleh pihak-pihak yang berada di dalam lingkaran empayar dunia bisnes.


Ahad, 14 November 2010

Selingan: Urus Risiko

Antara langkah yang boleh digunapakai dalam mengurus risiko agartidak memeningkan kepala dan potensi wujud kerugian dalam ketidaktentuan:

1) Insuranskan risiko.

2) Bendong risiko.

3) Pindahkan risiko kepada pihak lain i.e. pembekal, sub-kontraktor dll.

4) Pelbagaikan kegiatan perniagaan.


Selamat bereksperimen dalam bisnes anda.

Ahad, 17 Oktober 2010

Tips 14: Memahami Penyata Kewangan Perniagaan - Balance Sheet / Kunci Kira Kira


Balance Sheet atau Kunci Kira Kira membentangkan kedudukan kewangan perniagaan pada sesuatu tarikh. Pada tarikh tersebut, penyata ini menunjukkan bagaimana jumlah aset perniagaan dibiayai sumber dalaman (modal atau ekuiti) dan sumber luaran (liabiliti). Pembiayaan terhadap aset melalui sumber dalaman dan sumber luaran ditunjukkan dalam kunci kira kira seperti persamaan berikut:


ASET = EKUITI PEMILIK + LIABILITI

ASET

Aset merupakan sumber ekonomi yang dimiliki oleh firma perniagaan yang mempunyai nilai wang. Aset dikelaskan kepada Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa.

Aset semasa merupakan aset yang mudah ditukar menjadi tunai, boleh dijual atau digunakan dalam proses pembuatan dalam tempoh satu (1) tahun seperti wang tunai, stok barangan, penghutang dan sebagainya.

Manakala aset bukan semasa adalah aset yang tidak mudah ditukar menjadi wang tunai. Aset ini digunakan secara berterusan dalam aktiviti perniagaan dan tempoh melebihi satu (1) tahun, contohnya seperti tanah, bangunan, kenderaan, perabot dan sebagainya.


EKUITI PEMILIK

Ekuiti pemilik merupakan tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. Ekuiti pemilik dalam firma perniagaan terdiri daripada modal yang dilaburkan dan untung terkumpul yang diperoleh daripada operasi perniagaan.


LIABILITI

Sebaliknya liabiliti merupakan tuntutan pihak luar terhadap aset perniagaan. Ianya dikelaskan kepada dua (2) jenis iaitu liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa.

Liabiliti semasa perlu dijelaskan dalam tempoh kurang daripada satu (1) tahun seperti akaun pemiutang dan overdraf bank.

Manakala, liabiliti bukan semasa adalah hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh melebihi satu (1) tahun seperti pinjaman bank.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Tips 13: Memahami Penyata Kewangan Perniagaan - P&L (Profit & Loss) Statement / Penyata Hasil

Semua jenis perniagaan perlu menyediakan penyata kewangan. Data yang dibentangkan dalam penyata kewangan boleh memberi maklumat yang berguna mengenai prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan jika penyata tersebut dianalisis dan diintrepetasikan dengan betul serta tepat. Sebaliknya, jika maklumat ini diabaikan ianya boleh mendatangkan keburukan kepada kedudukan kewangan perniagaan. Maklumat-maklumat tersebut diperolehi daripada rekod-rekod perakaunan yang disediakan dan disimpan dalam perniagaan.


Penyata kewangan asas yang disediakan dalam perniagaan terdiri daripada penyata pendapatan dan kunci kira-kira. Penyata-penyata tersebut menggambarkan prestasi dan kedudukan perniagaan dari segi hasil yang diperoleh, perbelanjaan, aset, liabiliti dan nilai ekuiti pemilik yang terkumpul hasil daripada operasi perniagaan. Bab ini menerangkan bagaimana usahawan dapat memahami penyata-penyata kewangan asas tersebut.



PENYATA PENDAPATAN

Penyata pendapatan juga dikenali sebagai penyata untung rugi. Penyata ini membentangkan keputusan kewangan hasil daripada operasi perniagaan bagi sesuatu jangka masa (bulanan, suku tahun, setengah tahun atau setahun). Jumlah untung atau rugi bagi sesuatu jangka masa kewangan diperolehi dengan mengambil kira perbezaan di antara jumlah hasil dan jumlah belanja. Jika jumlah hasil melebihi jumlah belanja, perniagaan tersebut memperolehi keuntungan dan sebaliknya. Contoh penyata pendapatan ditunjukkan seperti di Jadual 2.1.

Sila klik pada jadual untuk paparan yang lebih besar


Terdapat dua (2) bahagian utama dalam penyata pendapatan iaitu hasil dan perbelanjaan. Untung bersih sebelum cukai yang ditunjukkan di bahagian bawah penyata pendapatan yang diperolehi seperti berikut:


UNTUNG SELEPAS CUKAI = JUALAN - KOS JUALAN – PERBELANJAAN



Hasil

Hasil atau pendapatan, merupakan wang yang diterima atau tuntutan wang yang akan diterima daripada jualan barangan atau perkhidmatan. Selain daripada itu, hasil perniagaan juga merangkumi faedah, dividen, komisyen, diskaun diterima dan sewa diterima. Penerimaan hasil menyebabkan pertambahan terhadap ekuiti pemilik.



Dua perkara penting berkaitan dengan hasil perlu difahami. Pertama, hasil daripada jualan merupakan jumlah nilai yang diterima daripada jualan dalam sesuatu jangka masa kewangan. Oleh itu, jumlah jualan yang ditunjukkan dalam penyata ini terdiri daripada jualan tunai dan jualan hutang (kredit). Kedua, hasil daripada jualan kredit, walaupun ditunjukkan dalam penyata pendapatan, masih belum diterima daripada pelanggan dalam bentuk tunai. Wang tunai yang masih belum diterima ini dikenali sebagai penghutang dan dianggap sebagai aset kepada perniagaan.



Hasil boleh dikategorikan kepada dua (2) iaitu hasil kendalian dan hasil bukan kendalian.


Hasil kendalian sesebuah perniagaan merupakan hasil yang diperolehi daripada aktiviti biasa seperti jualan bersih dan sumber pendapatan tetap yang lain seperti dividend an faedah.

Hasil bukan kendalian merupakan hasil yang diperolehi daripada aktiviti lain selain daripada aktiviti utama sesbuah perniagaan. Lazimnya, hasil bukan kendalian berlaku secara kebetulan. Contohnya, jualan tanah oleh perniagaan yang membuat makanan merupakan hasil bukan kendalian kerana aktiviti utama organisasi tersebut bukan melibatkan jual beli tanah.


Perbelanjaan

Perbelanjaan merupakan kos perkhidmatan atau barang yang digunakan untuk membantu perniagaan memperoleh hasil. Belanja dianggap telah dikenakan pada tahun semasa atau tahun yang lepas setelah hasil diperolehi seperti kos barangan, kos pembuatan dan sebagainya. Dalam erti kata lain perbelanjaan diambil kira sebaik sahaja dikenakan terhadap perkhidmatan yang telah diterima bukan semasa dibayar. Belanja perniagaan akan mengurangkan ekuiti pemilik serta dikategorikan kepada belanja kendalian dan belanja bukan kendalian.

  • Belanja kendalian merupakan belanja untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti gaji pekerja, belanja iklan, insurans dan sebagainya.
  • Belanja bukan kendalian adalah belanja bagi aktiviti yang bukan bagi menjurus kepada pengoperasian perniagaan seperti rugi daripada jualan aset tetap atau rugi luar biasa kerana kebakaran atau bencana alam.





Isnin, 4 Oktober 2010

Tips 12: Ketahui Kelebihan Fungsi Pengurusan Kewangan Perniagaan Anda

Tugas dan tanggungjawab usahawan dalam pengurusan kewangan perniagaan boleh diringkaskan seperti berikut:
·   Membuat perancangan kewangan. Merancang kewangan merupakan aktiviti penting yang menentukan kelangsungan perniagaan.Perancangan kewangan perniagaan melibatkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.Pelaburan jangka pendek membabitkan pengurusan aliran tunai dalam masa yang pendek bagi memastikan perniagaan mampu membiayai keperluan modal kerja. Manakala pelaburan jangka panjang merujuk kepada rancangan pelaburan modal dan mencari sumber pembiayaan alternatif.

·     Mengurus aset perniagaan. Nilai aset yang dibentangkan dalam kunci kira-kira merupakan hasil daripada keputusan dan tindakan yang diambil oleh usahawan dalam perniagaannya. Aset perniagaan terdiri daripada aset semasa (wang tunai, stok dan penghutang) dan aset bukan semasa (aset tetap seperti tanah, bangunan, mesin, peralatan dan pelaburan jangka panjang). Kesemua asset ini perlu dibiayai, maka ia membabitkan modal kerja perniagaan.

·    Membuat keputusan dalam pelaburan jangka panjang. Usahawan perlu mengetahui teknik-teknik menilai pelaburan terhadap aset tetap (belanjawan modal). Pelaburan asset tetap merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan perniagaan kerana pelaburan ini menentukan kadar pengembangan perniagaan.

·     Mengurus sumber pembiayaan perniagaan. Usahawan perlu mengetahui bagaimana untuk membiayai keperluan kewangan perniagaan untuk membantu pengembangan perniagaan. Keputusan untuk membiayai perniagaan membabitkan pemilihan sumber pembiayaan samada menggunakan sumber pinjaman atau ekuiti, atau kedua-duanya sekali.

·    Melabur lebihan wang bagi memperolehi pulangan yang menarik. Pemegangan wang tunai yang berlebihan dalam perniagaan tidak akan memberi pulangan kecuali jika lebihan wang tersebut dilaburkan. Usahawan perlu bijak membuat keputusan samada untuk melabur wang tersebut bagi meningkatkan pulangan pemegang saham.

Isnin, 20 September 2010

Tips 10: Ketahui Jenis Percukaian Dalam Bisnes



Cukai perniagaan merupakan elemen terakhir dalam menentukan kadar keuntungan atau kerugian bagi perniagaan. Kebiasaan bagi kebanyakan usahawan  hanya mengira kadar sekadar dan setakat keuntungan bersih saja. Kiranya ini berlaku pada akhir tahun perakaunan perniagaan mereka mendapati bahawa jumlah tersebut mengecut kerana terpaksa membayar kadar cukai seperti yang ditetapkan. Ini amat memeningkan kepala usahawan kerana tidak bersedia dengan alokasi atau peruntukan bagi kadar cukai perniagaan tersebut. Erti kata lain perlu adanya 'forecast' (seperti yang diterangkan pada bab Tips 9) agar kita dapat membuat persediaan awal.



Elemen-eleman Dalam Merancang Cukai Perniagaan:


-Sistem Taksir Sendiri

-Persediaan Merancang Cukai

-Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

-Perbelanjaan Yang Dibenarkan

-Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan

-Kaedah Merancang Cukai

-Mengambil Peluang, Manfaat dan Kesempatan Terhadap Potongan, Pelepasan & Elaun

-“Mengelak Cukai” vs “Melarikan Cukai”

-Perlindungan Cukai


(Modul Panduan Pengurusan Kewangan terdapat di dalam edisi E-Book 2)

Selingan: Penampilan Diri Usahawan


Kita terbiasa dengan terma kemas dan bersih bagi diri dan ciri penampilan seseorang usahawan.  Di zaman moden ini, pelbagai gaya dan 'style' dipamerkan oleh usahawan. Dahulu kala kiranya usahawan memakai sut hitam, lantas dikatakan dianya hebat dan 'somebody'. Pada ketika ini, ramai yang beranggapan individu yang memakai sut hitam mungkin..boleh jadi..seorang penipu atau penyangak besar.


Justeru apakah identiti penampilan usahawan pada era ini, terpulang...yang penting penampilan kita mestilah sentiasa disenangi dan diyakini oleh orang ramai. Lantas ini bermaksud elemen kemas dan bersih masih diperlukan walau apa pun gaya penampilan kita.


Kerana bisnes di zaman sekarang memerlukan keseiringan dalam pelbagai sudut psikologi dan demografi.

Selingan: Usahawan Mesti Berkira


Dalam urusan kewangan perniagaan, usahawan mesti tegas berkira dan kedekut! Di luar konteks kewangan entiti perniagaan, malah usahawan digalakkan untuk menjadi dermawan secara jelas atau tersembunyi semata-semata untuk mendapat keberkatan dan rahmat Nya, InsyaAllah.


Kerana jika tiada ketegasan dalam pengurusan kewangan perniagaan maka kita sebenarnya membuka ruang kebocoran dalam hal ehwal kawalan 'business performance'.


Ketegasan bererti displin dan bukannya sombong seperti yang didakwa oleh orang-orang yang kurang memahami akan maksud pengurusan kewangan perniagaan kita.

Selingan: Lingual Bahasa Usahawan


Profesional, rapi, tersusun, ringkas dan padat merupakan elemen atau kriteria dalam pertuturan bagi setiap usahawan. Jika banyak berkata-kata secara spontannya ianya membuka ruang ketidakselesaan kepada pihak-pihak yang berurusan dengan kita seperti pembekal, agensi dan badan-badan lain yang berurusan dengan kita.


Manakala titik beratkan penggunaan kata-kata yang 'superb' dan 'fantastic' semasa kita membuat urusan jual beli, pemasaran dan 'up-selling' terutamanya dengan pelanggan. Tiada salahnya kita membuatkan pelanggan berasa teruja atau simpati untuk membeli barangan/servis yang kita ditawarkan. Cuma usah sekali-kali kita menipu pelanggan kerana sekali menipu sejuta kali kita kerugian!

Ahad, 12 September 2010

Selingan: Display dan Tarikan Perhatian Pelanggan


Rata-rata di negara kita, dapat disaksikan majoriti retailer terutamanya yang mengendalikan outlet/kedai berlumba-lumba mempercantikan 'selling point' masing-masing. Sekali kita pandang sungguh cantik umpama 'dream castle' dan menggamit perhatian kita untuk sekurang-kurangnya melawat outlet/kedai tersebut. Manakala pada satu sudut yang lain, mungkin kita membuat keputusan untuk tidak masuk ke outlet/kedai tersebut akibat kesan psikologi prasangka seperti impresi kedai yang tidak berbaloi untuk kita belanja.


Terdapat keadaan di sebaliknya di mana ramai juga dikalangan retailer yang lebih selesa dengan mempersembahkan ciri-ciri outlet/kedai mereka dengan bersahaja. Perasan atau tidak peratusan pelanggan yang 'patron' kedai/outlet mereka adalah lebih tinggi. Contohnya saya ambil konsep kedai-kedai pakaian ekonomik yang banyak terdapat di pinggir bandar di mana purata pelanggannya adalah terdiri daripada pelanggan bandar dan sub-bandar.




 
Sebenarnya kedua-dua bentuk persembahan ini adalah relevan mengikut kesesuaian faktor-faktor entiti perniagaan itu sendiri dan bergantung kepada segmen pasaran seperti yang dirancang. Cuma apa yang saya hendak tekankkan mana-mana kaedah yang digunakan pakai sebenarnya merupakan tunjang pemikat bagi pelanggan untuk mengeluarkan duit dari poket mereka ke akaun perniagaan usahawan.


Maka dengan sebab itu usahawan perlu sensitif dengan kaedah display pamer yang berkesan agar pembinaan impresi pertama pelanggan adalah positif. Berikan keutamaan kepada display:

1) Barangan jualan mengikut keutamaan (priority) kehendak dan minat pelanggan.

2) Barangan jualan mengikut susunan harga yang tidak mengubah persepsi belanja bagi pelanggan, contohnya bagi kedai yang berlokasi di sub-bandar adalah lebih praktikal jika barangan yang berharga rendah dipamerkan di muka masuk outlet/kedai.

3) Barangan jualan disusun atau dipamerkan dengan kreativiti campuran warna atau design atau keluaran yang terkini.

4) Dan yang lebih penting adalah kemahiran menjual (up-selling) kerana jika barangan yang ditawarkan canggih atau murah, jika kita tidak pandai 'mengayat' pelanggan untuk membeli maka tiada gunannya juga. Seorang sahabat niaga dari Alor Setar, pernah berkata "...walaupun kita hanya menjual seketul batu sungai yang tiada permintaannya, tetapi jika kita pandai memasar dan menjual maka hatta batu seketul itu akan dibeli orang juga.."

Isnin, 6 September 2010

Selingan: Khidmat Pelanggan & 'Invisible Relationship'


Rata-rata pengguna pada zaman kita ini bijak dalam percaturan pembelian. Mereka amat sensitif dan peka terhadap mutu barangan dan harga jualan. Sekiranya antara salah satu elemen ini tidak memenuhi kepuasan mereka maka mereka juga bijak untuk membuat aduan sehingga menyiarkan aduan di dalam kolumnis surat khabar. Ini merupakan satu cabaran yang perlu diberi perhatian serius oleh setiap usahawan. Sehingga usahawan perlu kreatif dan inovatif dalam mewujudkan 'invisible relationship' dengan pengguna.


Tujuan utama 'invisible relationship' ini diwujudkan adalah sebagai alat penyelesaian masalah antara peniaga dengan pelanggan serta mewujudkan konsep pelanggan setia atau 'returned customer' di mana jika usahawan berjaya mencapai tahap ini, maka usahawan tidak perlu lagi risau memikirkan soal pemasaran dan pasarannya.

'Invisible relationship' contohnya pujian kepada pelanggan melalui unsur-unsur tambah nilai (value add) seperti memberi keutamaan / priority i.e mengambil berat akan keperluan pelanggan, membantu mereka menyelesaikan masalah berkaitan hal ehwal bab pembelian dan pelbagai lagi yang membuat pelanggan berasa dihargai tanpa mereka sedari.

Tips 9: Biz Budgeting: Pembelajaran Sub (B) Biz Cost Forecast


Setelah kita memahami sepertimana yang diterangkan di Tips 8, maka seterusnya usahawan perlu memperhalusi sehingga ke elemen-elemen perakaunan kos perniagaan kerana inilah LORONG KRITIKAL! Orang-orang tua berkata, "..jika silap perkiraan langkah kamu, kecundang menanti kamu.." tetapi bagi usahawan perkara itu adalah biasa dan menjadi telah lumrah asam garam adat orang berniaga.


Cuma apa yang penting di sini ianya bukan berkaitan soal adat perniagaan, tetapi ianya berkaitan rapat dengan soal kredibiliti dan keupayaan syarikat kita untuk mencerminkan 'establishment' bagi banyak pihak di luar sana sama ada pelanggan, pembekal, pembiayaan modal/pelabur modal, agensi penguatkuasaan dan pelbagai lagi. Itulah hakikat perniagaan wang/harta dan perhubungan! Sekiranya entiti perniagaan kita kerap kecundang sudah pasti hayat perniagaannya pendek dan itu terbukti. Maka perlu diperjelaskan di sini bahawa mungkin kebanyakan usahawan tidak memperkirakan 'the secret guidance' iaitu Biz Cost Forecast.


Kita lihat ramai retailer-retailer atau outlet tenant terutamanya di kompleks-kompleks niaga boleh menjangkakan hayat keupayaan perniagaan mereka. Selain daripada elemen-elemen seperti di Tips 1 hingga Tips 8, mereka sebenarnya telah menjangkakan akan hayat perniagaan dalam erti kata lain mereka telah pun mem'PROGRAM'kan hayat dan hala tuju pengoperasian entiti perniagaan mereka.


Pada asasnya kaedah pembikinan 'forecast' ini boleh dibuat dan diprogram sehingga tempoh mana yang kita inginkan cuma elemen survival adalah penting dan perlu disulam. Kerana hardware tanpa software maka terencatlah kefungsian sesuatu peranti itu.


Merencakan 'forecast cost' adalah lebih bersifat kawalan jangkaan yang efektif dan selari dengan peratusan jangkaan jualan dan juga keuntungan. Justeru, ini memastikan tidak terjadinya 'over-spend' yang boleh menjejaskan keseluruhan perniagaan. Disamping itu juga, ianya membantu usahawan untuk merancang strategi-strategi perkembangan masa akan datang contohnya peruntukan untuk penambahbaikan skop perniagaan, imbuhan / reward kepada kakitangan dan sebagainya. Jika ianya dirancang pada masa sekarang maka semua pihak yang mempunyai 'interest' dengan syarikat anda akan berasa lebih selesa malah yakin dengan hala tuju anda yang sungguh 'firm'.

Tips 8: Sales Budgeting: Pembelajaran Sub (A) Revenue Forecast

Kebiasaannya ramai usahawan hanya tertumpu dalam mensasarkan jumlah jualan / sales bagi entiti mereka, atau bagi mereka yang lebih terperinci akan 'work-out' sehingga sasaran 'bottom line' iaitu untung bersih / net profit.
Pada asasnya 'forecasting' sebenarnya melibatkan mensasarkan keseluruhan elemen-elemen yang berkaitan kewangan dalam perniagaan kita, iaitu:

1) Jualan / Sales
2) Kos barangan jualan / Cost of sales
3) Kos pekerja / Payroll
4) Lain-lain Kos Operation / Other Expenses
5) Untung Kasar / Gross Profit
6) Cukai Perniagaan atau Zakat
7) Untung Bersih / Net Profit


Ianya kelihatan mudah atau simple sekali. Tetapi bagaimanakah titik permulaan untuk mensasarkan ketujuh-tujuh item di atas? Ini bergantung kepada dua (2) keadaan, iaitu kaedah 'forecast' bagi usahawan yang sedang menjalankan perniagaan dan bakal usahawan yang akan mewujudkan entiti perniagaan barunya.


Bagi para usahawan yang telah lama berkecimpung, untuk menyediakan suatu jangkaan sasaran adalah tidak menjadi satu masalah kerana mareka telah pun mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam selok-belok bidang tersebut. Manakala bagi yang kurang arif dalam hal ini, mereka mungkin mengupah pihak tertentu untuk membuat 'forecasting' bagi syarikat mereka. Cuma di sini kita harus ingat, 'forecasting' yang dibikin oleh pihak ketiga sebenarnya cukup kita katakan sebagai panduan kerana hanya usahawan itu sendiri yang memahami akan irama dan 'tune' perjalanan perniagaannya. Justeru mengapa tidak taukey sendiri yang membuat segala perancangan (master mind) dan pelaksanaannya dilakukan oleh wang dan tenaga kerja yang lain?



Sasaran Hadapan bagi Jualan (Revenue Forecast)

Ianya mudah, cuma usahawan perlu mengetahui sedikit tips untuk membangunkan sasaran perniagaan mereka. Justeru sekiranya usahawan mempunyai perkara-perkara atau syarat-syarat yang disebutkan di bawah ini maka bab 'forecasting' akan menjadi mudah sehinggakan anda boleh menjangkakan apa bentuk atau trend perniagaan anda bagi tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun akan datang.

a) Usahawan mestilah mempunyai data-data atau trend jualan tahun-tahun yang lepas (sekurang-kurangnya 3 tahun yang lepas). Atau lebih baik sekiranya ada mempunyai trend mengikut bulanan. Anda pasti mendapati trend-trend jualan tersebut mempunyai alunan naik turun. Lebih mudah jika anda 'transform' kan maklumat jualan yang berbentuk angka itu kepada bentuk graf bar dengan menggunakan Microsoft Excel. Jika anda perhatikan betul-betul, setiap bulan bagi setiap tahun (trend 3 tahun) alunan jualan bulanannya adalah sama walaupun angka jualan berbeza.

Maka, seterusnya apa yang perlu anda lakukan ialah mengenalpastikan berapakah peratusan peningkatan atau penurunan jualan bagi setiap bulan. Contohnya, apakah peningkatan atau penurunan jualan bagi bulan Januari 2006 ke Februari 2006? Untuk mendapatkan peratusan tersebut maka pengiraan di bawah ini boleh digunakan:



[(Jualan Februari 2006 - Jualan Januari 2006)/Jualan Januari 2006] x 100



Maka, anda akan dapat menyaksikan peratusan kenaikan atau penurunan jualan tersebut. Seterusnya cuba anda bandingkan jualan bagi bulan Januari 2007 dengan Februari 2007 dengan menggunakan pengiraan yang sama. Sudah tentu sekali lagi anda akan memperolehi peratusan kenaikan atau penurunan jualan bagi dua bulan tersebut.

Dan cuba anda bandingkan kedua-dua peratusan iaitu:


(Peratusan Januari 2006 & Februari 2006) vs (Peratusan Januari 2007 & Februari 2007)


Akan akan melihat satu bentuk peratusan yang seakan-akan sama dan berhampiran. Maka inilah yang dikatakan 'TREND'. Jadi daripada trend ini, ianya memudahkan usahawan untuk membuat 'forecast' pada tahun-tahun yang akan datang. Banyak kaedah pengiraan 'forecast' yang boleh kita gunakan. Sebagai permulaan anda boleh bersandarkan kepada 'peratusan' sepertimana yang diperolehi daripada hasil trend-trend yang lepas. Kerana trend merupakan angka yang tidak menipu!


Contoh Format Bagi Forecasting:

Isnin, 23 Ogos 2010

Tips 7: Tahukah Anda Apa Itu 'Spending Per Cap' Dalam Apa Jua Bentuk Perniagaan?

Sebagai orang bisnes kita perlu peka dengan keadaan sekeliling tidak kira apa jua bentuk isu atau kejadian kerana semua unsur atau elemen ini membantu analisis pelan tindakan dan potensi hala tuju serta survival entiti perniagaan kita.

Antara salah satu unsur yang perlu kita risik dari masa ke masa ialah keupayaan orang sekitar di pasaran kita membelanjakan wang poket mereka. Risik perlu dibuat bagi mengetahui hakikat sebenar kuasa belanja populasi pelanggan istilah Inggerisnya actual power of purchasing aura.

SOALAN: BERAPAKAH KUASA MEMBELI SETIAP INDIVIDU DI TEMPAT ANDA ATAU DI KAWASAN PASARAN ANDA PADA TARIKH 25 OGOS 2010? ADAKAH RM10 ATAU KE ATAS? ATAU ADAKAH KITA MENGAGAK-AGAK NILAI KUASA PENGGUNA? ADAKAH AGAKKAN KITA TEPAT DAN BETUL-BETUL MEMBERI FIGURE JUALAN SEPERTI YANG KITA RANCANG?

Percayakah anda jika saya katakan bahawa untuk aktiviti perniagaan runcit sebenarnya kuasa membeli setiap individu dalam satu populasi penduduk di kawasan kita adalah dari RM0.10 - hingga RM0.30 saja. ANDA PERCAYA? SAYA BAYANGKAN ANDA TERPERANJAT & TERTANYA BUKANKAH NILAI TERSEBUT TERLALU KECIL, TIDAK REALISTIK & MANA ADA ORANG PERGI KEDAI BELI BARANG NILAI SEBESAR ITU, HARGA GULA-GULA PUN LEBIH TINGGI...
Tetapi inilah hakikatnya kuasa membeli pelanggan (peruncitan) pada masa ini. Adakah disebabkan dengan rendahnya kuasa ini ianya akan menjejaskan perniagaan anda?


Sebenarnya Spending per Cap ini adalah indicator kepada entiti perniagaan kita untuk menentukan berapakah kadar potensi untuk kita meraih jualan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Malah kalau kena gaya perkiraannya dalam pelan tindakan maka Pulangan Besar Yang Tidak Disangka-sangka boleh kita perolehi.

Tips SPC (Spending per Cap) ini banyak digunapakai oleh retailer-retailer berbangsa Cina, orang-orang Aussie dan warga timur seperti peniaga-peniaga Jepun, Korea & Taiwan yang mempunyai kedai runcit ala-ala santai (hebat lagi kedai runcit kampung) di Sri Hartamas & Mont Kiara di Malaysia.


Jadi formula SPC (spending per cap) adalah seperti berikut:

Kuasa Perbelanjaan Per Poket Individu = Sasaran Jualan / Jangkaan Populasi Pelanggan

Justeru, tidak setakat di situ sahaja sebagai usahawan anda perlu mengetahui mekanisme untuk mendapatkan Sasaran Jualan melalui metodologi Forecasting dan Budgeting.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Selingan: Penghayatan Maksud Perniagaan Yang Variasi

Terbitan ini adalah huraian dan kupasan yang agak umum serta cenderung kepada relaksasi acap santai. Bersantai dengan maksud PERNIAGAAN agar tidak timbul tekanan dalam pembikinan pengoperasian perniagaan kita dan yang lebih penting tidak timbul kekusutan di bahagian otak yang akan memberi impak kepada urat merith kita semua.


Pelbagai variasi akan maksud PERNIAGAAN dari pelbagai kaum yang dilihat dari pelbagai sudut/perspective prinsipal, budaya, dan objektif geografi masing-masing empunya tempat. Lantas secara umum yang kita ketahui secara teori, praktis dan matlamatnya:



PERNIAGAAN = WANG = HARTA





Manakala terdapat juga maksud berbeda dalam PERNIAGAAN itu walaupun secara fisikalnya persis seperti perniagaan yang bersifat konvensional. Contohnya di kawasan-kawasan semi rural-primitive:



PERNIAGAAN = TIADA WUJUD = SURVIVAL


Sebahagian manusia mendefinasikan PERNIAGAAN mengikut fitrah yang berasaskan landasan tertentu, contohnya:


PERNIAGAAN = SEMATA-MATA UNTUK HUBUNGAN = TIADA KENA MENGENA DENGAN WANG/UNTUNG/RUGI


Terdapat pelbagai istilah definisi PERNIAGAAN di mana pada hemat ramai ahli perniagaan dan pendapat ekonomis menyatakan bahawa ianya bukanlah definisi tetapi ia merupakan sub-kepentingan peranan kepada tujuan perniagaan.


Apa pun terbitan definisinya yang penting kita mesti cuba dan terus mencuba, biar gagal tapi terus lagi cuba dan menyelam hakikat gagal/rugi..kerna justeru selepas itu kita akan memperolehi nilai pengetahuan dan pengalaman yang orang lain tidak dapat.


Ramai usahawan Bumi di perkalutkan dengan khabar-khabar risiko, diolahkan penyampaian bahaya risiko itu serupa merana masuk ke dalam azab seksa sebatan pesalah. Itulah minda segelintir publik sekeliling yang cetek nasihat dan ketidakcukupan berfikir secara kreatif dan inovatif. Justeru kita semua perlu mengubah kotak pemikiran, berani melakukan TRANSFORMASI untuk berani mendapat KEUNTUNGAN malah extravanganza berani untuk mengalami KERUGIAN. Prinsip taikun-taikun empayar perniagaan yang terdapat di Malaysia (anda boleh rujuk kepada review di dalam the Top -10 Biz Enterpreneur, keluaran September 2007)rata-ratanya adalah begini:" Tidak perlu takut akan bankrupsi atau kehilangan kekayaan, kerana itu bukanlah akan menyebabkan kita menjadi orang mati atau penjenayah, malah usaha yang telah ditaburkan akan berterusan manfaatnya.Dan itu adalah yang lebih penting...."

Khamis, 19 Ogos 2010

Tips 6: Return On Investment, Seolah-Olah Seperti Return Of Jedi

Return On Investment (ROI) atau sinonimnya di kalangan enterprenur yang berprofil sering kali disebut Pulangan Modal/Pelaburan, atau dalam bahasa pasarnya kita sering menyebut Balik Modal.


Sehubungan dengan itu, sebelum kita menyentuh soal-soal lain dalam pengurusan perniagaan, adalah lebih baik kiranya kita sama-sama mengenal definasi dan peranan ROI dalam sesebuah entiti perniagaan.


1) Apakah yang dimaksudkan oleh ROI?
2) Kenapa perlu ROI?
3) Apakah konsep ROI?
4) Bagaimana ROI membantu pemilik entiti perniagaan?
5) Siapa lagi yang berminat untuk mengetahui ROI?
6) Kesimpulan dan kepentingan ROI?


Return On Investment (ROI)Keperluan Pemodal Usahawan


Setiap projek perniagaan (baru & pengembangan skop niaga) memerlukan laburan Modal bagi membiayai pelbagai keperluan 'set-up' samada berbentuk 'tangible' ataupun 'intangible'. Laburan Modal ini seperti yang dibincangkan dalam terbitan Tips 2 boleh bersumberkan dengan modal sendiri, usahasama perkongsian, usahaniaga dan pelbagai lagi. Maka laburan modal merupakan syarat utama bagi kita untuk menjayakan sesuatu projek perniagaan seperti yang direncanakan. Erti kata pasar, 'no money, no talk'.

Justeru setiap nilai wang yang dilaburkan tersebut sudah tentu kita mahu akan pulangan keuntungannya. Sudah pasti kita tidak mahu modal yang dikeluarkan lenyap begitu sahaja dan sudah tentu kita juga akan tertanya-tanya atau berasa tidak sabar bila kita akan mendapat hasil pulangan modal yang dilaburkan.

Ini bermaksud:

Modal = Pulangan = Tempoh Masa

Inilah tujuan utama dan harapan bagi setiap pelabur yang melambakkan wang sebagai modal bagi sesebuah projek perniagaan.


Kepentingan Penkadaran ROI

ROI adalah penting bagi kita untuk menentukan penkadaran pulangan pelaburan/modal dalam tempoh yang realistik, tenang dan selamat. Pada amnya kebanyakan pemodal lebih mementingkan tempoh pulangan pelaburan yang cepat bagi mengelak kemungkinan-kemungkinan ketidaktentuan serta risiko yang boleh menjejaskan faedah mereka.

Terdapat kaedah-kaedah penkadaran nisbah bagi mengukur ROI yang boleh dijadikan panduan atau kompas ataupun penggera bagi setiap usahawan. Kaedah ini ini biasanya diukur:

a) Kemampuan jualan
b) Tempoh vs Jualan
c) Peratusan ROI dan tempoh jangkaan pulangan


Kesimpulannya ROI merupakan alatan (tool) yang pada dasar langsungnya menggambarkan keberkesanan sesebuah cadangan projek perniagaan dan prospek hayat perniagaan. Ianya juga mempengaruhi keinginan pelabur modal yakin atau tidak dengan projek perniagaan tersebut.