Jumaat, 30 Disember 2011

Orang Cina & Bisnes II




Bangsa Cina sudah dididik sejak awal, supaya tidak selesa dengan kehidupan sebagai pekerja makan gaji. Mereka digalakkan untuk berniaga, meskipun bisnes itu adalah bisnes kecil-kecilan.

Ini kerana berniaga sendiri menjadikan seseorang itu bos dan pekerja. Bermakna kita yang menetapkan jumlah pendapatan, berdasarkan usaha yang telah dilaburkan dalam perniagaan. Apabila kita berfikiran seperti bos dan pekerja, maka kita akan lebih cenderung meningkatkan usaha, bagi membangunkan perniagaan.

Apa yang paling penting adalah, kita bersedia untuk menanggung risiko bisnes yang paling ditakuti, yakni hidup susah di peringkat permulaan.

Selasa, 20 Disember 2011

Orang Cina & Bisnes



Saya ringkaskan perkara pokok yang disampaikan oleh Ann Wan Seng, The Network Bamboo
  • Sejarah perniagaan orang Cina bermula daripada peruncitan. Daripada bidang inilah mereka memperolehi pengalaman dan kemahiran bagi menghadapi kerenah-kerenah manusia.
  • Jika dahulu bapanya menjual air cedok di tepi jalan, maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang menghasilkan air di dalam tin.
  • Sentiasa mencari peluang
  • Tidak suka meremehkan sesuatu pekerja
  • Suka perkara yang mempercepatkan proses, tidak suka birokrasi
  • Fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri mengikut keperluan zaman
  • Berpandangan jauh dan tidak membiarkan impian menjadi statik
" Sekiranya kerajinan kita sama seperti kerajinan orang Barat, maka kita tidak dapat menyaingi mereka.." ..Kim Woo Choong..


Tips 27: Kaedah COS - Penentuan Awal Untung atau Rugi

Berikut adalah kaedah komputasi Kos Barangan atau Cost of Sale yang merupakan penentuan awal samada perniagaan itu bakal mengalami keuntungan atau sebaliknya, tanpa mengambil kira kos-kos lain.

Ini tips tersebut:

(Sila klik pada imej)

Rabu, 14 Disember 2011

Uji Otak: Pilih Salah Satu?

Margin keuntungan 'slim' bagi barang basah



atau


Margin keuntungan 'besar' bagi cenderahati



Tips: Keputusan adalah perlu dengan analisis yang jitu dan tidak hanya bersandarkan kepada penyataan

Lokasi: Pasar Gaya, Kota Kinabalu / Philipine Market

Jumaat, 9 Disember 2011

Happy Go Lucky Chef Wan

Untuk berjaya mesti sentiasa  happy go lucky seperti kata Datuk Chef Wan..

Chef Wan & Dr. Bakhari (moderator) mendapatkan mood happy sebelum wacana bermula (IET Talk 2011)

Rasionalnya:
  • Berkeupayaan menangani incoming dan uncertainty obstacles
  • Tiada rencatan pemikiran
  • Tindakan strategik yang akurat
  • Keberhasilan keputusan
Elemen rasional yang perlu dititip pada bizman..

Khamis, 8 Disember 2011

Pemacu Sosio-Ekonomi

Di sekitar pameran sosio-ekonomi masa hadapan..










Yang telah berlangsung di Bukit Kiara dan Seremban, Royale Bintang


Bisnes Klasik Hebat

Bisnes dengan tarikan tersendiri dengan mengekalkan elemen klasik di Gaya Street..hebat Kota Kinabalu..


Selasa, 6 Disember 2011

Product & Price Revision Bagi Tahun 2012

Ramai operator biz yang bercadang untuk meningkatkan selling price pada 2012.

Kesan:
  • Pengguna akan mencari alternatif bagi pembekal, peruncit, produk yang lebih ekonomik
Peluang:
  • Kita menjadi pusat alternatif tersebut
  • Peratusan mendapat pelanggan baru tinggi
  • Menambah revenue inflows dengan strategi pembekalan volume yang tinggi
Ancaman:
  • Pertikaian kualiti dan kandungan produk kita
Kekuatan:
  • Kebersediaan membina entiti perniagaan dalam kegentingan
Kelemahan:
  • Mendapatkan sumber pembekalan dengan harga yang konstan di kala genting
Langkah pelaksanaan biz pada tahun 2012:
  • Menawarkan harga rendah dengan product revision

Sabtu, 24 September 2011

Bisnes Anak Muda


Adik Syed baru berumur 18 tahun, bisnes frosties ice cream di Taman Ular Perlis...hebat...

Isnin, 19 September 2011

Antara Seni & Bisnes

Bagi yang menghargai seni, bisnes subjektifnya..
Bagi yang menghargai bisnes, seni subjektifnya..
Tetapi harga bagi kesenian amat eksklusif.

Koleksi pameran seni di galeri Pelita Hati, Bangsar

Rabu, 24 Ogos 2011

Lelong Raya, Juling Biji Mata

Contoh: Anak Mat Salleh berjulingan

Musim perayaan antara waktu terbaik untuk membuat gimik jualan. Sinonim gimik:
  • Lelong
  • Diskaun paling murah
  • Pakej - beli 3 dapat 1

Contoh: Rambang jualan

Gimik perlu selari dengan penentuan harga agar menarik perhatian pembeli.

Kaedah:
  • Markup dari harga semasa
  • Markdown mengikut peratusan sama dengan margin semasa
Bisnes tetap akan mendapat margin keuntungan yang sama, samada dari segi volume atau kenaikan kamoflag harga.

Isnin, 22 Ogos 2011

Siapa Sahabat Baik Bagi Bank-Bank Di Malaysia?

Pada minggu keempat (4) majoriti entiti bisnes berupaya generate pendapatan tunai hampir 70%-80% (kecuali kemudahan kredit).

Justeru, langkah pertama yang mesti akur, masukkan ke dalam bank atau mana-mana institusi dana untuk meningkatkan peratus aktif cash in. Kemudian mengikut kesesuaian minima buatlah pemindahan kepada kos-kos berkaitan agar menunjukkan cash flow movement yang setara.

Jika ini berjaya dilaksanakan..maka kita akan jadi best friend kepada bank-bank di Malaysia.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Raya Dah Dekat, Ini Masa Kolek Hutang


Pastinya awal bulan puasa banyak entiti bisnes yang agresif push produk masing-masing malah ada antara kita yang menawarkan fasiliti kredit.

Jadi sudah pastinya ini minggu ke 3 bagi bulan ini di mana, kita perlu kutip semula wang yang dikreditkan kepada penghutang (runcit, orang tengah, ejen dll). Perlu cepat bertindak kerana aktiviti bisnes minggu pertama raya bakal  perlahan, maka untuk mendapat semula modal pusingan mingguan/bulan seterusnya adalah terkesan.


Isnin, 15 Ogos 2011

Sesak Orang, Sesah Wang

Dari segi perbatuan bisnes bulan puasa, minggu ini merupakan titik optimum / peak period bagi:
  • keluarnya orang ramai berbelanja
  • kuasa membeli yang tertinggi
  • permintaan barangan/perkhidmatan yang tertinggi
  • penawaran yang melimpah
Kerana persediaan hari raya dan cuti sekolah..


 


Khamis, 11 Ogos 2011

Belum Raya, Sudah Terpacak!

Sekali lagi pengguna di setiap strata akan melihat berbagai tawaran yang mencanak-canak terpacak oleh entiti bisnes yang pelbagai lebih-lebih lagi dikala musim perayaan ini:









 

Bagi pemilik entiti bisnes, formulakan tawaran harga murah anda dengan:
  • pengiraan markdown dan markup semula yang tidak membebankan kuasa membeli.
  • harga selepas markdown dan markup menjurus ke arah volume jualan dan slow moving items clearance.
  • seksyenkan item paling murah di hadapan outlet  
  • tanda tawaran yang besar dan jelas.

Selasa, 9 Ogos 2011

Ingat Semula, Kuasa, Puasa

Untuk peringatan semula (refresh) bersama, apabila bisnes kita meningkat ke suatu tahap seperti entiti pengeluaran, ilmu percukaian (taxes) mesti DIKUASAI dengan baik. (Rujuk Tips 10)

Sila klik untuk paparan besar

Sila klik untuk paparan besar

Selamat melaksanakan ibadah PUASA semua.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ibu Pelaris

Dilampirkan pelaris bisnes dan lain-lain aktiviti seperti di bawah:

Amal setiap mula gerak aktiviti dengan Bismillah.

Du'a dan sadaka Al-Fatiha:
Allahyarhama Hjh Hawa Salleh, Bujang Bedong
Allahyarham Hj Ghazali Salleh, Merbok
Allahyarham Tuan Guru Hj Abd Rahman Salleh, Merbok


Rosak Spoil Di Pasar Ramadhan

Tak semestinya semua item jualan yang laku dijual. Terdapat kemungkinan item bakal di lupus (spoilage).


Spoilage perlu dikira sebagai kerugian dan peningkatan penggunaan kos serta boleh melebihi food cost sebanyak 30%.

Kaedah terbaik meminimumkan kadar spoilage ialah dengan melakukan sales forecast berdasarkan trend sekurang-kurang satu (1) minggu (bagi gerai jualan jangkamasa pendek)

Khamis, 4 Ogos 2011

Terhebat Di Bulan Puasa


Analisis berdasarkan cc SOP food cost:
 
Purata jualan gerai-gerai jualan pasar Ramadan di strata Subang Perdana bersamaan RM350 bagi tempoh 3 jam dengan purata kos sebanyak 30% dan purata margin untung kasar 70% yang menyamai purata RM245.

Purata jualan mingguan = RM2,450
Purata kos = RM735
Purata untung kasar = RM1,715

Purata jualan 29 hari = RM10,150
Purata kos = RM3,045
Purata untung kasar = RM7,105
(-) Purata overhead (11%)

Anggaran untung bersih 29 hari = RM5,988.50
dengan jumlah 87 jam niaga! 

(Trend analisis berdasarkan 5 jenis jualan berbeza dengan purata straight line basis)



Rabu, 3 Ogos 2011

Bulan Puasa, Tak Elok Kelentong

Bisnes kecil-kecilan makanan di bulan Ramadan juga adalah untuk meraih keberkatan selain keuntungan.

Terdapat beberapa kerat yang menjinak-jinakkan diri dalam bisnes mikro makanan di bulan Ramadan yang tidak menitikberatkan kualiti. Justeru memberi persepsi yang berlawanan kepada pelanggan...pelanggan lantas merungut..

"...bulan puasa pun mau tipu ka..." "harga dah la mahal, kontot je kuih.." dan pelbagai lagi, rungutan berpunca seperti di bawah:

Air bandung yang ceroi

Putu Bambu Leper tanpa gula mayam

Impak kepada peniaga:
  • Pelanggan akan melabel sesebuah entiti gerai niaga sebagai tidak jujur memenuhi kehendak pelanggan (walaupun peniaga terlepas pandang akan kualiti untuk pertama kali)
  • Gerai niaga akan mengalami less patronize
  • Kos melepas, terpaksa mengambil masa untuk memperbetulkan persepsi pelanggan berbanding pemfokusan kepada volume jualan

Selasa, 2 Ogos 2011

Makan Punya Hal, Orang Berasak

Pasar ramadan Subang Perdana






Formula Jangkaan Jualan & Pra Jangkaan Pengeluaran Makanan Bagi Peniaga:

Kadar Kedatangan Pengunjung ke Pasar Ramadhan x Keupayaan Jumlah Pembeli (%) x Kekuatan Keluaran Wang Poket (RM/sen - 20 sen hingga 50 sen/per kepala)

Rabu, 27 Julai 2011

Elak Sihir Dalam Bisnes


Tanpa berpura-pura..sememangnya sehingga zaman modenisasi ini di kalangan bizman masih ada lagi sihir disebabkan iri dengki.

Contoh sihir:
  • Efek fisikal dan kerunsingan pada empunya bisnes
  • Kacau bilau struktur personel entiti bisnes
  • Ilusi maya yang menutup kewujudan outlet
  • Pelbagai bentuk sihir yang terlarang lagi syiri' yang berpotensi membatalkan syahadah
Justeru, tiada manfaat sihir terhadap pesaing kerana ia tidak melatih kaedah berfikir secara strategik dan kerencatan  profesionalisma bizman Muslim.

Pengamal atau penghantar sihir perlu kembali mengenal diri agar dia mengenal Allah The Creator yang memberi ni'mat dan rezeki bisnesnya.

Mangsa sihir sihir juga tidak perlu gusar kerana itu ujian dan hikmah dimurahkan rezeki lagi.

Kerana bisnes itu mempunyai hubungan dengan USAHA dan TAWAKAL LILLAHI TA'ALA.

Selasa, 26 Julai 2011

7 Musim Makmur, 7 Musim Kemarau

Sirah menceritakan kehebatan perancangan Nabi Yusuf a.s. sebagai Economic Minister dalam ilmu Forecasting/Prediction dalam aktiviti bisnes keluaran serta keperluan negara beliau. Rujuk semula persediaan menghadapi 7 tahun kemakmuran ekonomi dan 7 tahun downturn.

Kita sebagai ahlil bisnes sewajarnya mengambil ilmu, methodologi dan mekanisma tersebut. Pada zaman ini, lebih praktikal methodologi tersebut diaplikasikan melalui simpanan dana rizab.

Bisnes = Simpanan / Dana Rizab

Rizab?

Rizab = Simpanan medium tunai jangkamasa panjang 3 hingga 10 tahun

Jenis Dana Rizab?

Rizab Bisnes = Pelaburan Unit Amanah @ Deposit Tetap @ Instrumen Simpanan Pelaburan Yang Selamat

Ahad, 17 Julai 2011

Tips 26: Polisi Modal Kerja


Bagi merangka polisi modal kerja (working capital) dua (2) perkara asas perlu diambil kira:

  • apakah paras optimum modal kerja yang sesuai bagi aset semasa yang perlu dipegang?
  • bagaimana  bisnes perlu membiayai modal kerja?
Paras modal kerja yang dipegang berkait rapat dengan risiko dan pulangan. Semakin tinggi modal kerja bersih dipegang, maka semakin baik peluang bisnes untuk membiayai bil atau hutang jangka pendek, tetapi semakin rendah pulangan yang diperolehi. Ini disebabkan hasil yang disumbangkan oleh aset semasa kurang daripada hasil yang disumbangkan oleh aset tetap.


Tiga (3) pilihan bagi menentukan polisi modal kerja:
  • Agresif - memegang jumlah stok yang minimum, mempunyai polisi kredit yang ketat, impak: kurang kos, keuntungan meningkat.
  • Konservatif - memegang jumlah stok yang tinggi, mempunyai polisi kredit yang longgar, impak: kos meningkat, risiko rendah untuk memenuhi permintaan pasaran.
  • Sederhana - impak yang sederhana antara Agresif dan Konservatif.
Bagaimana untuk memilih polisi modal kerja bagi bisnes kita?
- Pilih berdasarkan kekuatan entiti bisnes kita...

Sabtu, 16 Julai 2011

Mengapa Tak Ambil Peluang?

Antara trend perbelanjaan tertinggi di Malaysia adalah bulan puasa (Ramadhan) selain musim perayaan dan cuti sekolah.

Justeru setiap warga yang menyambut ramadhan sebenarnya patut melibatkan diri dengan bisnes tidak kiralah samada secara sepenuh masa/separuh masa, di kedai/gerai/bergerak atau rumah.

Mengapa harus mengambil peluang ini?

Kerana...
  • Optimakan pendapatan jualan/sampingan
  • Optimakan pengeluaran sadakah/zakat
  • Optimakan keperluan isi per kapita keluarga bagi mengurangi kadar inflasi isi rumah
  • Optimakan network dan hubungan pelanggan

Khamis, 16 Jun 2011

Masa Menyemai, Masa Menuai

Bisnes amat sinonim dengan naik turun, untung rugi, tiada jualan dan banyak pesanan jualan.

Kiranya volume jualan bisnes agak pudar, maka laksanakan pemasaran samada:

  • Agresif - force marketing sehingga 'confirmed sales'
  • Moderasi - manis mulut menyelit produk/perkhidmatan sampingan disamping melobi produk atau perkhidmatan utama
Justeru, jangan putus usaha, semai benih di kala sepi, tuai hasil di kala makmur!

Sabtu, 28 Mei 2011

Muncul Pesaing...Jiwa Kacau?


Apabila seseorang terlibat di dalam bisnes, mereka akan pasti menghadapi cabaran persaingan. Itu pasti! Persaingan akan lebih ketara apabila kita menyertai perniagaan yang memerlukan modal yang kecil, kemahiran yang rendah dan sistem pengurusan yang mudah. Di antara pesaing yang telah dikenalpasti yang bakal dihadapi oleh kita adalah:
  • mereka yang mengeluarkan produk yang sama dari segi bentuk, kegunaan, cara persembahan dan teknik pemasaran.
  • mereka yang mengeluarkan produk yang menjadi pengganti kepada produk yang dikeluarkan oleh kita.
  • mereka yang memodifikasikan produk yang dikeluarkan/dipasarkan oleh kita.
  • persaingan dengan produk gantian, contohnya orang yang menjual i-pad dan Samsung Galaxy Tab, siapa yang mempunyai volume jualan yang tinggi kini?

Dalam usaha untuk menangani persaingan, kita hendaklah memastikan produk/servis kita sentiasa di hadapan dan masih melekat di titik minda pelanggan. Antara asas strategi yang boleh dilaksanakan dalam masalah persaingan ini adalah:
  • Cari tumpuan perniagaan dengan menentukan hala tuju bisnes kita.
  • Klasifikasikan segmen pasaran yang betul-betul membantu kita,
  • Fahami betul-betul kehendak pelanggan dan ambil tindakan betul-betul dalam memenuhi kehendak mereka.
  • Sayang kepada pelanggan! Pelik!!! Tak pelik pun, tengok bagaimana bisnes kaum cina.
  • Hargai pekerja kita dengan reward (fisikal atau mental), kerana mereka bakal membuka ruang lohong untung.
  • Buang pembaziran dari sekarang (kerana pembaziran yang tidak disedari semasa bersaing, bakal melingkupkan lagi keupayaan modal operasi)
  • Ambil berat..ambil berat..ambil berat..kualiti barangan/servis
  • Bertindak pantas dalam apa-apa jua urusan perniagaan, usah tunggu-tunggu..
  • Minimumkan bergantung kepada teknologi, kerana jika ditakdirkan bisnes merudum akibat persaingan, kita akan terkontang kanting tanpa peranti teknologi. Walhal modal insan itu lebih berkuasa bagi penjanaan minda bisnes.
  • Sentiasa ukur prestasi bisnes kita.

Ahad, 22 Mei 2011

Otak Bisnes, Otak Komputasi


Antara kelebihan BISNES kepada otak manusia:
  • Menjana kreativiti pemikiran
  • Menghasilkan output fikiran yang mantap
  • Anjakan pemikiran yang separa pasif kepada aktif
  • Keupayaan penggunaan bahagian otak kanan dan kiri secara optimum
  • Kekuatan memori otak untuk mengimbau dan menganalisa setiap pemerhatian
  • Pancaran visualization pada bakal pelan tindakan
Asas proses pemikiran di dalam BISNES:
  • Apa tindakan perlu dilaksanakan?
  • Mengapa tindakan tersebut perlu dilaksanakan?
  • Bagaimana pelaksanaan tindakan perlu dibuat?
  • Bila tindakan perlu dimulakan?
  • Siapa orang-orang yang berkelayakan bagi pelaksanaan tersebut?
  • Pelan tindakan seterusnya jika apa yang telah rancang tidak menjadi?
Asas perlakuan fisikal dalam BISNES:
  • Catat setiap rangka pemikiran (sekurang-kurangnya pada note pad)
  • Laksana apa yang dicatat
  • Bertindak cepat atas pelaksanaan
  • Tindakan susulan dan pemantauan setiap pelaksanaan

Sabtu, 21 Mei 2011

Taktikal Gempur Bisnes


Seperti dalam peperangan, setiap angkatan punyai taktikal perangnya tersendiri. Sebab musababnya ialah untuk memastikan kemenangan dan kesejahteraan selanjutnya.

Begitu juga bisnes, punyai taktikalnya sendiri. Secara teori elemen yang perlu ditaktikkan adalah:
  • Pemasaran (tempat/harga/produk/promosi)
  • Kawalan kewangan (arahan penjimatan kos)
  • Jaringan kerjasama (connection/cable)
  • Peri kemahiran kendiri
  • Kuasa mempengaruhi 'HATI' pelanggan/pembekal/pihak berkuasa
Setelah TAKTIKAL di atas disedia siagakan, maka mulakan GEMPUR perniagaan anda di pasaran!