Pada petang 28/1/2011, saya bereksperimen di perhentian bas Jalan Semarak, berhadapan Bangunan Axiata KL. Sambil menggalas camping bag dan memegang produk sampling iaitu tasbih digital yang saya borong minimum dari seorang kenalan dari Tanjung Malim. Hari ini saya mengenakan baju -T berlogo huruf jawi Alif, seluar khakis, skater shoe dan tennis cap. Saya hanya berdiri pacak selama 15 minit sambil tangan mendemokan cara counting zikir menggunakan tasbih digital tersebut. Hasil eksperimen:
- Murah rezeki saya kerana perolehi jualan sebanyak RM100 hasil pembelian seorang makcik yang parkir sementara di perhentian bas untuk menjemput anaknya pulang kerja. Beliau membeli sebanyak 10 unit tasbih digital tersebut sekali gus. Seunit tasbih digital harganya RM25. Disebabkan saya hanya sampling dan eksperimen, saya beri harga tenang iaitu RM10 seunit. Beliau suka sekali. Katanya boleh buat souvenir kat kawan-kawan dan kalau duduk saja-saja boleh zikir.
- Berikutan itu, beberapa orang di perhentian bas lantas mendekati saya dan bertanya produk tersebut. Saya ada lebihan 5 unit lagi maka saya beri tawaran, jika beli bulk 5 unit ini saya jual pada kadar harga RM40. Ada seorang abang Celcom terus cepat-cepat mengeluarkan wang dan membeli. Dia cepat, dia dapat.
- Keseluruhan jualan saya selama lebih kurang 25 minit saya berjaya memperolehi RM140. Letih berdiri dan bercakap saya terus ke gerai seberang jalan pekena kopi Radix susu. Alhamdulilah, eksperimen berjaya, dapat ilmu dan wang.
Idea eksperimen timbul: teringat pemuda Arab yang menjual foto Gua Hira' secara legar di kaki Gunung Thur kota Makkah.