Isnin, 20 September 2010

Selingan: Penampilan Diri Usahawan


Kita terbiasa dengan terma kemas dan bersih bagi diri dan ciri penampilan seseorang usahawan.  Di zaman moden ini, pelbagai gaya dan 'style' dipamerkan oleh usahawan. Dahulu kala kiranya usahawan memakai sut hitam, lantas dikatakan dianya hebat dan 'somebody'. Pada ketika ini, ramai yang beranggapan individu yang memakai sut hitam mungkin..boleh jadi..seorang penipu atau penyangak besar.


Justeru apakah identiti penampilan usahawan pada era ini, terpulang...yang penting penampilan kita mestilah sentiasa disenangi dan diyakini oleh orang ramai. Lantas ini bermaksud elemen kemas dan bersih masih diperlukan walau apa pun gaya penampilan kita.


Kerana bisnes di zaman sekarang memerlukan keseiringan dalam pelbagai sudut psikologi dan demografi.

Selingan: Usahawan Mesti Berkira


Dalam urusan kewangan perniagaan, usahawan mesti tegas berkira dan kedekut! Di luar konteks kewangan entiti perniagaan, malah usahawan digalakkan untuk menjadi dermawan secara jelas atau tersembunyi semata-semata untuk mendapat keberkatan dan rahmat Nya, InsyaAllah.


Kerana jika tiada ketegasan dalam pengurusan kewangan perniagaan maka kita sebenarnya membuka ruang kebocoran dalam hal ehwal kawalan 'business performance'.


Ketegasan bererti displin dan bukannya sombong seperti yang didakwa oleh orang-orang yang kurang memahami akan maksud pengurusan kewangan perniagaan kita.

Selingan: Lingual Bahasa Usahawan


Profesional, rapi, tersusun, ringkas dan padat merupakan elemen atau kriteria dalam pertuturan bagi setiap usahawan. Jika banyak berkata-kata secara spontannya ianya membuka ruang ketidakselesaan kepada pihak-pihak yang berurusan dengan kita seperti pembekal, agensi dan badan-badan lain yang berurusan dengan kita.


Manakala titik beratkan penggunaan kata-kata yang 'superb' dan 'fantastic' semasa kita membuat urusan jual beli, pemasaran dan 'up-selling' terutamanya dengan pelanggan. Tiada salahnya kita membuatkan pelanggan berasa teruja atau simpati untuk membeli barangan/servis yang kita ditawarkan. Cuma usah sekali-kali kita menipu pelanggan kerana sekali menipu sejuta kali kita kerugian!

Ahad, 12 September 2010

Selingan: Display dan Tarikan Perhatian Pelanggan


Rata-rata di negara kita, dapat disaksikan majoriti retailer terutamanya yang mengendalikan outlet/kedai berlumba-lumba mempercantikan 'selling point' masing-masing. Sekali kita pandang sungguh cantik umpama 'dream castle' dan menggamit perhatian kita untuk sekurang-kurangnya melawat outlet/kedai tersebut. Manakala pada satu sudut yang lain, mungkin kita membuat keputusan untuk tidak masuk ke outlet/kedai tersebut akibat kesan psikologi prasangka seperti impresi kedai yang tidak berbaloi untuk kita belanja.


Terdapat keadaan di sebaliknya di mana ramai juga dikalangan retailer yang lebih selesa dengan mempersembahkan ciri-ciri outlet/kedai mereka dengan bersahaja. Perasan atau tidak peratusan pelanggan yang 'patron' kedai/outlet mereka adalah lebih tinggi. Contohnya saya ambil konsep kedai-kedai pakaian ekonomik yang banyak terdapat di pinggir bandar di mana purata pelanggannya adalah terdiri daripada pelanggan bandar dan sub-bandar.




 
Sebenarnya kedua-dua bentuk persembahan ini adalah relevan mengikut kesesuaian faktor-faktor entiti perniagaan itu sendiri dan bergantung kepada segmen pasaran seperti yang dirancang. Cuma apa yang saya hendak tekankkan mana-mana kaedah yang digunakan pakai sebenarnya merupakan tunjang pemikat bagi pelanggan untuk mengeluarkan duit dari poket mereka ke akaun perniagaan usahawan.


Maka dengan sebab itu usahawan perlu sensitif dengan kaedah display pamer yang berkesan agar pembinaan impresi pertama pelanggan adalah positif. Berikan keutamaan kepada display:

1) Barangan jualan mengikut keutamaan (priority) kehendak dan minat pelanggan.

2) Barangan jualan mengikut susunan harga yang tidak mengubah persepsi belanja bagi pelanggan, contohnya bagi kedai yang berlokasi di sub-bandar adalah lebih praktikal jika barangan yang berharga rendah dipamerkan di muka masuk outlet/kedai.

3) Barangan jualan disusun atau dipamerkan dengan kreativiti campuran warna atau design atau keluaran yang terkini.

4) Dan yang lebih penting adalah kemahiran menjual (up-selling) kerana jika barangan yang ditawarkan canggih atau murah, jika kita tidak pandai 'mengayat' pelanggan untuk membeli maka tiada gunannya juga. Seorang sahabat niaga dari Alor Setar, pernah berkata "...walaupun kita hanya menjual seketul batu sungai yang tiada permintaannya, tetapi jika kita pandai memasar dan menjual maka hatta batu seketul itu akan dibeli orang juga.."

Isnin, 6 September 2010

Selingan: Khidmat Pelanggan & 'Invisible Relationship'


Rata-rata pengguna pada zaman kita ini bijak dalam percaturan pembelian. Mereka amat sensitif dan peka terhadap mutu barangan dan harga jualan. Sekiranya antara salah satu elemen ini tidak memenuhi kepuasan mereka maka mereka juga bijak untuk membuat aduan sehingga menyiarkan aduan di dalam kolumnis surat khabar. Ini merupakan satu cabaran yang perlu diberi perhatian serius oleh setiap usahawan. Sehingga usahawan perlu kreatif dan inovatif dalam mewujudkan 'invisible relationship' dengan pengguna.


Tujuan utama 'invisible relationship' ini diwujudkan adalah sebagai alat penyelesaian masalah antara peniaga dengan pelanggan serta mewujudkan konsep pelanggan setia atau 'returned customer' di mana jika usahawan berjaya mencapai tahap ini, maka usahawan tidak perlu lagi risau memikirkan soal pemasaran dan pasarannya.

'Invisible relationship' contohnya pujian kepada pelanggan melalui unsur-unsur tambah nilai (value add) seperti memberi keutamaan / priority i.e mengambil berat akan keperluan pelanggan, membantu mereka menyelesaikan masalah berkaitan hal ehwal bab pembelian dan pelbagai lagi yang membuat pelanggan berasa dihargai tanpa mereka sedari.

Tips 9: Biz Budgeting: Pembelajaran Sub (B) Biz Cost Forecast


Setelah kita memahami sepertimana yang diterangkan di Tips 8, maka seterusnya usahawan perlu memperhalusi sehingga ke elemen-elemen perakaunan kos perniagaan kerana inilah LORONG KRITIKAL! Orang-orang tua berkata, "..jika silap perkiraan langkah kamu, kecundang menanti kamu.." tetapi bagi usahawan perkara itu adalah biasa dan menjadi telah lumrah asam garam adat orang berniaga.


Cuma apa yang penting di sini ianya bukan berkaitan soal adat perniagaan, tetapi ianya berkaitan rapat dengan soal kredibiliti dan keupayaan syarikat kita untuk mencerminkan 'establishment' bagi banyak pihak di luar sana sama ada pelanggan, pembekal, pembiayaan modal/pelabur modal, agensi penguatkuasaan dan pelbagai lagi. Itulah hakikat perniagaan wang/harta dan perhubungan! Sekiranya entiti perniagaan kita kerap kecundang sudah pasti hayat perniagaannya pendek dan itu terbukti. Maka perlu diperjelaskan di sini bahawa mungkin kebanyakan usahawan tidak memperkirakan 'the secret guidance' iaitu Biz Cost Forecast.


Kita lihat ramai retailer-retailer atau outlet tenant terutamanya di kompleks-kompleks niaga boleh menjangkakan hayat keupayaan perniagaan mereka. Selain daripada elemen-elemen seperti di Tips 1 hingga Tips 8, mereka sebenarnya telah menjangkakan akan hayat perniagaan dalam erti kata lain mereka telah pun mem'PROGRAM'kan hayat dan hala tuju pengoperasian entiti perniagaan mereka.


Pada asasnya kaedah pembikinan 'forecast' ini boleh dibuat dan diprogram sehingga tempoh mana yang kita inginkan cuma elemen survival adalah penting dan perlu disulam. Kerana hardware tanpa software maka terencatlah kefungsian sesuatu peranti itu.


Merencakan 'forecast cost' adalah lebih bersifat kawalan jangkaan yang efektif dan selari dengan peratusan jangkaan jualan dan juga keuntungan. Justeru, ini memastikan tidak terjadinya 'over-spend' yang boleh menjejaskan keseluruhan perniagaan. Disamping itu juga, ianya membantu usahawan untuk merancang strategi-strategi perkembangan masa akan datang contohnya peruntukan untuk penambahbaikan skop perniagaan, imbuhan / reward kepada kakitangan dan sebagainya. Jika ianya dirancang pada masa sekarang maka semua pihak yang mempunyai 'interest' dengan syarikat anda akan berasa lebih selesa malah yakin dengan hala tuju anda yang sungguh 'firm'.

Tips 8: Sales Budgeting: Pembelajaran Sub (A) Revenue Forecast

Kebiasaannya ramai usahawan hanya tertumpu dalam mensasarkan jumlah jualan / sales bagi entiti mereka, atau bagi mereka yang lebih terperinci akan 'work-out' sehingga sasaran 'bottom line' iaitu untung bersih / net profit.
Pada asasnya 'forecasting' sebenarnya melibatkan mensasarkan keseluruhan elemen-elemen yang berkaitan kewangan dalam perniagaan kita, iaitu:

1) Jualan / Sales
2) Kos barangan jualan / Cost of sales
3) Kos pekerja / Payroll
4) Lain-lain Kos Operation / Other Expenses
5) Untung Kasar / Gross Profit
6) Cukai Perniagaan atau Zakat
7) Untung Bersih / Net Profit


Ianya kelihatan mudah atau simple sekali. Tetapi bagaimanakah titik permulaan untuk mensasarkan ketujuh-tujuh item di atas? Ini bergantung kepada dua (2) keadaan, iaitu kaedah 'forecast' bagi usahawan yang sedang menjalankan perniagaan dan bakal usahawan yang akan mewujudkan entiti perniagaan barunya.


Bagi para usahawan yang telah lama berkecimpung, untuk menyediakan suatu jangkaan sasaran adalah tidak menjadi satu masalah kerana mareka telah pun mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam selok-belok bidang tersebut. Manakala bagi yang kurang arif dalam hal ini, mereka mungkin mengupah pihak tertentu untuk membuat 'forecasting' bagi syarikat mereka. Cuma di sini kita harus ingat, 'forecasting' yang dibikin oleh pihak ketiga sebenarnya cukup kita katakan sebagai panduan kerana hanya usahawan itu sendiri yang memahami akan irama dan 'tune' perjalanan perniagaannya. Justeru mengapa tidak taukey sendiri yang membuat segala perancangan (master mind) dan pelaksanaannya dilakukan oleh wang dan tenaga kerja yang lain?



Sasaran Hadapan bagi Jualan (Revenue Forecast)

Ianya mudah, cuma usahawan perlu mengetahui sedikit tips untuk membangunkan sasaran perniagaan mereka. Justeru sekiranya usahawan mempunyai perkara-perkara atau syarat-syarat yang disebutkan di bawah ini maka bab 'forecasting' akan menjadi mudah sehinggakan anda boleh menjangkakan apa bentuk atau trend perniagaan anda bagi tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun akan datang.

a) Usahawan mestilah mempunyai data-data atau trend jualan tahun-tahun yang lepas (sekurang-kurangnya 3 tahun yang lepas). Atau lebih baik sekiranya ada mempunyai trend mengikut bulanan. Anda pasti mendapati trend-trend jualan tersebut mempunyai alunan naik turun. Lebih mudah jika anda 'transform' kan maklumat jualan yang berbentuk angka itu kepada bentuk graf bar dengan menggunakan Microsoft Excel. Jika anda perhatikan betul-betul, setiap bulan bagi setiap tahun (trend 3 tahun) alunan jualan bulanannya adalah sama walaupun angka jualan berbeza.

Maka, seterusnya apa yang perlu anda lakukan ialah mengenalpastikan berapakah peratusan peningkatan atau penurunan jualan bagi setiap bulan. Contohnya, apakah peningkatan atau penurunan jualan bagi bulan Januari 2006 ke Februari 2006? Untuk mendapatkan peratusan tersebut maka pengiraan di bawah ini boleh digunakan:



[(Jualan Februari 2006 - Jualan Januari 2006)/Jualan Januari 2006] x 100



Maka, anda akan dapat menyaksikan peratusan kenaikan atau penurunan jualan tersebut. Seterusnya cuba anda bandingkan jualan bagi bulan Januari 2007 dengan Februari 2007 dengan menggunakan pengiraan yang sama. Sudah tentu sekali lagi anda akan memperolehi peratusan kenaikan atau penurunan jualan bagi dua bulan tersebut.

Dan cuba anda bandingkan kedua-dua peratusan iaitu:


(Peratusan Januari 2006 & Februari 2006) vs (Peratusan Januari 2007 & Februari 2007)


Akan akan melihat satu bentuk peratusan yang seakan-akan sama dan berhampiran. Maka inilah yang dikatakan 'TREND'. Jadi daripada trend ini, ianya memudahkan usahawan untuk membuat 'forecast' pada tahun-tahun yang akan datang. Banyak kaedah pengiraan 'forecast' yang boleh kita gunakan. Sebagai permulaan anda boleh bersandarkan kepada 'peratusan' sepertimana yang diperolehi daripada hasil trend-trend yang lepas. Kerana trend merupakan angka yang tidak menipu!


Contoh Format Bagi Forecasting:

Isnin, 23 Ogos 2010

Tips 7: Tahukah Anda Apa Itu 'Spending Per Cap' Dalam Apa Jua Bentuk Perniagaan?

Sebagai orang bisnes kita perlu peka dengan keadaan sekeliling tidak kira apa jua bentuk isu atau kejadian kerana semua unsur atau elemen ini membantu analisis pelan tindakan dan potensi hala tuju serta survival entiti perniagaan kita.

Antara salah satu unsur yang perlu kita risik dari masa ke masa ialah keupayaan orang sekitar di pasaran kita membelanjakan wang poket mereka. Risik perlu dibuat bagi mengetahui hakikat sebenar kuasa belanja populasi pelanggan istilah Inggerisnya actual power of purchasing aura.

SOALAN: BERAPAKAH KUASA MEMBELI SETIAP INDIVIDU DI TEMPAT ANDA ATAU DI KAWASAN PASARAN ANDA PADA TARIKH 25 OGOS 2010? ADAKAH RM10 ATAU KE ATAS? ATAU ADAKAH KITA MENGAGAK-AGAK NILAI KUASA PENGGUNA? ADAKAH AGAKKAN KITA TEPAT DAN BETUL-BETUL MEMBERI FIGURE JUALAN SEPERTI YANG KITA RANCANG?

Percayakah anda jika saya katakan bahawa untuk aktiviti perniagaan runcit sebenarnya kuasa membeli setiap individu dalam satu populasi penduduk di kawasan kita adalah dari RM0.10 - hingga RM0.30 saja. ANDA PERCAYA? SAYA BAYANGKAN ANDA TERPERANJAT & TERTANYA BUKANKAH NILAI TERSEBUT TERLALU KECIL, TIDAK REALISTIK & MANA ADA ORANG PERGI KEDAI BELI BARANG NILAI SEBESAR ITU, HARGA GULA-GULA PUN LEBIH TINGGI...
Tetapi inilah hakikatnya kuasa membeli pelanggan (peruncitan) pada masa ini. Adakah disebabkan dengan rendahnya kuasa ini ianya akan menjejaskan perniagaan anda?


Sebenarnya Spending per Cap ini adalah indicator kepada entiti perniagaan kita untuk menentukan berapakah kadar potensi untuk kita meraih jualan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Malah kalau kena gaya perkiraannya dalam pelan tindakan maka Pulangan Besar Yang Tidak Disangka-sangka boleh kita perolehi.

Tips SPC (Spending per Cap) ini banyak digunapakai oleh retailer-retailer berbangsa Cina, orang-orang Aussie dan warga timur seperti peniaga-peniaga Jepun, Korea & Taiwan yang mempunyai kedai runcit ala-ala santai (hebat lagi kedai runcit kampung) di Sri Hartamas & Mont Kiara di Malaysia.


Jadi formula SPC (spending per cap) adalah seperti berikut:

Kuasa Perbelanjaan Per Poket Individu = Sasaran Jualan / Jangkaan Populasi Pelanggan

Justeru, tidak setakat di situ sahaja sebagai usahawan anda perlu mengetahui mekanisme untuk mendapatkan Sasaran Jualan melalui metodologi Forecasting dan Budgeting.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Selingan: Penghayatan Maksud Perniagaan Yang Variasi

Terbitan ini adalah huraian dan kupasan yang agak umum serta cenderung kepada relaksasi acap santai. Bersantai dengan maksud PERNIAGAAN agar tidak timbul tekanan dalam pembikinan pengoperasian perniagaan kita dan yang lebih penting tidak timbul kekusutan di bahagian otak yang akan memberi impak kepada urat merith kita semua.


Pelbagai variasi akan maksud PERNIAGAAN dari pelbagai kaum yang dilihat dari pelbagai sudut/perspective prinsipal, budaya, dan objektif geografi masing-masing empunya tempat. Lantas secara umum yang kita ketahui secara teori, praktis dan matlamatnya:



PERNIAGAAN = WANG = HARTA





Manakala terdapat juga maksud berbeda dalam PERNIAGAAN itu walaupun secara fisikalnya persis seperti perniagaan yang bersifat konvensional. Contohnya di kawasan-kawasan semi rural-primitive:



PERNIAGAAN = TIADA WUJUD = SURVIVAL


Sebahagian manusia mendefinasikan PERNIAGAAN mengikut fitrah yang berasaskan landasan tertentu, contohnya:


PERNIAGAAN = SEMATA-MATA UNTUK HUBUNGAN = TIADA KENA MENGENA DENGAN WANG/UNTUNG/RUGI


Terdapat pelbagai istilah definisi PERNIAGAAN di mana pada hemat ramai ahli perniagaan dan pendapat ekonomis menyatakan bahawa ianya bukanlah definisi tetapi ia merupakan sub-kepentingan peranan kepada tujuan perniagaan.


Apa pun terbitan definisinya yang penting kita mesti cuba dan terus mencuba, biar gagal tapi terus lagi cuba dan menyelam hakikat gagal/rugi..kerna justeru selepas itu kita akan memperolehi nilai pengetahuan dan pengalaman yang orang lain tidak dapat.


Ramai usahawan Bumi di perkalutkan dengan khabar-khabar risiko, diolahkan penyampaian bahaya risiko itu serupa merana masuk ke dalam azab seksa sebatan pesalah. Itulah minda segelintir publik sekeliling yang cetek nasihat dan ketidakcukupan berfikir secara kreatif dan inovatif. Justeru kita semua perlu mengubah kotak pemikiran, berani melakukan TRANSFORMASI untuk berani mendapat KEUNTUNGAN malah extravanganza berani untuk mengalami KERUGIAN. Prinsip taikun-taikun empayar perniagaan yang terdapat di Malaysia (anda boleh rujuk kepada review di dalam the Top -10 Biz Enterpreneur, keluaran September 2007)rata-ratanya adalah begini:" Tidak perlu takut akan bankrupsi atau kehilangan kekayaan, kerana itu bukanlah akan menyebabkan kita menjadi orang mati atau penjenayah, malah usaha yang telah ditaburkan akan berterusan manfaatnya.Dan itu adalah yang lebih penting...."