Ahad, 6 Februari 2011

Selingan Sek. 13: Komuniti Bisnes Harmoni


Pada 5/2/11, saya melayan suasana komuniti bisnes di perkarangan Masjid Sultan Salehuddin Shah Alam. Cuma kali ini saya dapati majoriti retailer di situ masih kekal. Hasil berbicara dengan sahabat yang berniaga di situ, faktor utama yang menyumbang adalah:
  • Kecekapan pengurusan masjid
  • Kesepaduan dan kesepakatan para peniaga
  • Terimaan jualan yang konstan dan makin menggalakkan
  • Permintaan dari pelancong-pelancong
  • Tiba waktu solat mereka semua solat kecuali bagi yang uzur
Antara suasana pada hari tersebut:










Justeru, 

KOMUNITI=BISNES=KESEPADUAN=NETWORK=JUALAN=HARMONI=IBADAH

Sabtu, 5 Februari 2011

Tips 21: Perlunya Inventori Untuk Mengelak Kerugian


Inventori atau pengiraan stok barangan jualan setiap penghujung bulan adalah penting bagi:
  • Mengetahui jumlah stok sebenar yang dijual pada bulan tersebut
  • Perancangan pembelian menambah semula stok berdasarkan baki stok
  • Mengetahui samada stok barangan dalam kawalan atau dimanipulasikan oleh mana-mana individu dalaman
  • Mengetahui trend jualan antara bulan-bulan
  • Menyelaras kemasukan jualan dan pembayaran kepada pembekal/pengilang dan sebagainya
  • Laporan inventori bulanan boleh dijadikan dokumen bagi permohonan pembiayaan modal dari institusi kewangan dan perbankan 
Contoh Laporan Cost of Sales

Jumaat, 4 Februari 2011

Tips 20: Kawalan Terimaan Jualan


Wujudkan kawalan bagi jualan masuk terutamanya yang berkaitan:
  • Wang tunai
  • Cek

Methodologi kawalan adalah:
  • Bina laporan jualan bagi setiap individu jualan
  • Lampiran resit penerimaan wang tunai dari pelanggan
  • Lampiran bank-in bagi cek
  • Ketiga-tiga dokumen di atas anda sebagai pemilik perniagaan atau wakil perlu mengesahkannya.

Khamis, 3 Februari 2011

Selingan Sparkling: You Marah, I Suka

Semasa duduk berehat bersama seorang jiran niaga komputer dan aksesori di depan kaki lima blok kedai di Subang Perdana. Sempat dia menceritakan, seorang pelanggan telah 'tiu' (bising) kerana USB drive yang dibeli beberapa hari lepas tidak berfungsi. Maka, jiran saya membuat pemeriksaan di hadapan beliau dan mendapati USB drive tersebut boleh digunapakai. Cuma sebagai menjaga pelanggan jiran niaga saya telah memberi extra gift iaitu mouse pad 3D figure.

Contoh imej 3D mouse pad 

Saya berkata, "Baik sungguh you, even it wasn't your fault tetap bagi gift kat customer."

Jiran niaga saya membalas,"Bukan apa, inilah peluang untuk I nak tunjuk specialties of my shop and to make customer feel pleased to come again to my shop, marketing la bang.."

Ya saya setuju dan membuat kesimpulan bahawa:
  • Gift adalah bentuk marketing yang akan membina brand di minda customer.
  • Gift boleh diberi kepada bila-bila masa dan tidak semestinya sewaktu promosi. Ini membantu kesimbungan pemasaran (continuous marketing).
  • Kos bagi gift adalah rendah jika dibeli secara pukal.
  • Gift boleh dimanfaatkan oleh customer untuk kegunaan guna pakai.
Jika ada lebihan alokasi perbelanjaan operasi, bolehlah kita mengimplementasikan kaedah ini.


Terima kasih:
En Mok, pengalaman anda membuatkan minda saya 'spark'

Rabu, 2 Februari 2011

Selingan Kopa Kabana: Banyak Kredit, Tangkap Syahdu

Hari ini saya membeli E-Health Cigar dari seorang rakan, berkeinginan untuk menyimpan satu set untuk dibawa ketika menghadiri mana-mana function biznez talk. Kali ini rakan saya menawarkan jualan kredit. Saya pun ok, minggu depan saya berjanji untuk bayar. Cuma semasa perjalanan pulang ke rumah saya terfikir:


  • Kiranya saya berniat mungkir janji untuk melunaskan pembayaran, pasti dia mengalami kerugian menanggung kos barangan.
  • Akaun terima beliau akan tergantung dari kemasukan tunai.
  • Nisbah pusingan modal dan stok beliau akan terencat.
  • Jika saya bayar pun, potensi pusingan perolehan stok beliau terganggu
  • Jualan kredit patut diminimumkan kiranya kekuatan modal kita masih belum stabil.



Justeru, jika bisnes kita berskala kecil adalah lebih baik kita reserve jualan barangan kepada jenis cash and carry bagi mengelak keadaan-keadaan yang di atas. Atau jika diteruskan juga sekiranya mengalami bad debt, sudah pasti kita tangkap nangis tak berlagu..

Selingan Nana Chombi: Masa Emas, Jangan Main Banyak


Demi masa....dalam bisnes masa itu amat-amat penting. Tak jaga masa, maka terlepaslah peluang:
  • Peluang mendapat sesuatu projek bisnes
  • Peluang mendapat tempat di hati pelanggan
  • Peluang menerima jualan yang optimum
  • Peluang membuat pemasaran
  • Peluang mendapat tempat niaga yang strategik
  • Peluang menjimatkan kos pengoperasian bisnes
  • Peluang mendapat pengiklanan dan promosi yang efektif
  • Peluang mendapat segmen pasaran yang bertepatan
  • Peluang membina jati diri
  • Peluang mendapat ilmu 
  • Peluang-peluang yang lain
Jika kita leka dan main banyak dalam bisnes, maka:


  • Kita akan terlepas semua peluang
  • Tunggu bisnes untuk lingkup dan terlekup

Terima kasih:

En Wan Mohamad (Segambut) atas nasihat-nasihat dalam menghayati nilai-nilai bisnes

Selasa, 1 Februari 2011

Selingan Sepat Ronggeng: Periksa Duit Dulu, Atau Naya


Semasa bersama dengan kawan-kawan retailer di Subang Perdana, ada yang menceritakan mereka kerap terpedaya dengan menerima note Ringgit Malaysia yang:
  • Palsu / counterfeit terutamanya note RM10.00 dan RM100.00
  • Duit koyak/separuh, tidak perasaan kerana customer mengenakan taktik lipatan yang mengaburkan mata.
  • Wang / note negara asing, terutamanya ketika keadaan jual beli sibuk.
Justeru, bagi mengelak diperdaya sebegitu, eloklah:
  • Ambil sedikit masa untuk memeriksa wang/note yang diterima.
  • Bagi note / palsu gunakan kaedah tenyeh (scretch) atas kertas putih. Jika tiada kesan lekapan warna, maka itu potensi anda menerima wang palsu (rujuk pada rakan-rakan yang bekerja di Bank Negara atau institusi bank-bank) atau beli satu money detector.
  • Jika menerima duit dalam lipatan, buka dahulu. 
  • Tengok betul-betul pada note yang diterima mempunyai imej Yang Di-Pertuan Agong dan marking RM.
Jangan gelojoh semasa terima wang jualan, bagi mengelak dironggeng oleh peronggeng barang.

Isnin, 31 Januari 2011

Selingan Si Puyu: Respon Segera, Jangan Kerek, Elak Maki

Semasa singgah minum teh memanaskan badan di kala hujan malam, seorang rakan niaga berkongsi pengalaman semasa beliau berniaga pagi 30/1/2011 di Pasar Pagi Uptown KD:


  • Kalau customer tanya sesuatu berkenaan produk jualan kita, perlu kita cepat-cepat memandang tepat ke matanya dan respon dengan senyuman.
  • Kiranya kita kurang pengetahuan berkenaan produk berkenaan, jawab sekadar yang kita tahu. Jangan goreng lebih-lebih, nanti hangit dan customer lari.
  • Jangan sekali-kali respon kepada customer dengan gerek dan kerek, waima kita tengah sibuk melayan customer-customer lain.
  • Jika transaksi urus niaga kita tengah sibuk, manis mulut sambil berkata 'sebentar ye..' atau berceloteh (berkaitan proses transaksi) semasa kesibukan tersebut serta membuatkan customer seperti tidak tergesa-gesa menunggu (pengaruh linguasi)
  • Gagal berbuat demikian, bersiap sedialah untuk dihambur maki. 
  • Jika kita disembur, jangan melawan tapi jawablah dengan berhemah "saya minta maaf..moga murah rezeki tuan/puan."
Selamat mencuba...

Ahad, 30 Januari 2011

Tips 19: Sukses Dalam Bisnes, Dunia Akhirat


Ingin berkongsi tips dari penghulu-penghulu usahawan yang telah berjaya:
  • Selalu istighfar
  • Tidak lupa syahadah
  • Tetap solat
  • Solat sunat duha yang konstan
  • Jaga ibu kita
  • Jaga ibu kita lagi
  • Jaga ibu kita lagi dan lagi
  • Jaga bapa kita
  • Du'aa, usaha tangga kejayaan dan tawakal
 Antara penghulu yang sudi mencurah tips, YBhg Tan Sri Syed Mohktar Bukhari (anak jati Alor Setar, Kedah)