Isnin, 14 Februari 2011

Tips 22: Penentuan Kos


Kos adalah nilai wang yang dibelanjakan oleh entiti bisnes kita dalam pembuatan, penjualan atau perkidmatan.

Kos juga melibatkan perbelanjaan terhadap bahan, buruh dan overhead dalam bisnes.

Dengan kata lain; 
Kos = Pembayaran terhadap Aset & Belanja


Tujuan penentuan kos:

1. Membantu bizman meletakkan harga (klik).  Penetuan kos yang tepat boleh membantu kita meletakkan mark-up dan margin keuntungan. Bermaksud, harga barangan kita mempunyai asas sandaran.

2. Membantu bizman mengawal dan merancang kos. Mengenakan strategi yang betul dalam meningkatkan keuntungan. Contohnya:
  • Adakah harga perlu dikurangkan atau dinaikkan?
  • Adakah bahan mentah perlu dibeli atau dikeluarkan sendiri?
3. Membantu bizman membuat keputusan. Contoh:
  • Barangan atau perkhidmatan yang manakah perlu diberi keutamaan bagi meningkatkan keuntungan?
  • Perlukah sesuatu barangan dipertingkatkan pengeluarannya atau dipelbagaikan?
4. Membantu bizman membuat perancangan perniagaan, iaitu bizman perlu mengetahui jumlah kos sebelum dapat menyediakan belanjawan aliran wang tunai (cash flow) dan belanjawan untung rugi (P&L) (klik)