Isnin, 6 September 2010

Selingan: Khidmat Pelanggan & 'Invisible Relationship'


Rata-rata pengguna pada zaman kita ini bijak dalam percaturan pembelian. Mereka amat sensitif dan peka terhadap mutu barangan dan harga jualan. Sekiranya antara salah satu elemen ini tidak memenuhi kepuasan mereka maka mereka juga bijak untuk membuat aduan sehingga menyiarkan aduan di dalam kolumnis surat khabar. Ini merupakan satu cabaran yang perlu diberi perhatian serius oleh setiap usahawan. Sehingga usahawan perlu kreatif dan inovatif dalam mewujudkan 'invisible relationship' dengan pengguna.


Tujuan utama 'invisible relationship' ini diwujudkan adalah sebagai alat penyelesaian masalah antara peniaga dengan pelanggan serta mewujudkan konsep pelanggan setia atau 'returned customer' di mana jika usahawan berjaya mencapai tahap ini, maka usahawan tidak perlu lagi risau memikirkan soal pemasaran dan pasarannya.

'Invisible relationship' contohnya pujian kepada pelanggan melalui unsur-unsur tambah nilai (value add) seperti memberi keutamaan / priority i.e mengambil berat akan keperluan pelanggan, membantu mereka menyelesaikan masalah berkaitan hal ehwal bab pembelian dan pelbagai lagi yang membuat pelanggan berasa dihargai tanpa mereka sedari.

Tips 9: Biz Budgeting: Pembelajaran Sub (B) Biz Cost Forecast


Setelah kita memahami sepertimana yang diterangkan di Tips 8, maka seterusnya usahawan perlu memperhalusi sehingga ke elemen-elemen perakaunan kos perniagaan kerana inilah LORONG KRITIKAL! Orang-orang tua berkata, "..jika silap perkiraan langkah kamu, kecundang menanti kamu.." tetapi bagi usahawan perkara itu adalah biasa dan menjadi telah lumrah asam garam adat orang berniaga.


Cuma apa yang penting di sini ianya bukan berkaitan soal adat perniagaan, tetapi ianya berkaitan rapat dengan soal kredibiliti dan keupayaan syarikat kita untuk mencerminkan 'establishment' bagi banyak pihak di luar sana sama ada pelanggan, pembekal, pembiayaan modal/pelabur modal, agensi penguatkuasaan dan pelbagai lagi. Itulah hakikat perniagaan wang/harta dan perhubungan! Sekiranya entiti perniagaan kita kerap kecundang sudah pasti hayat perniagaannya pendek dan itu terbukti. Maka perlu diperjelaskan di sini bahawa mungkin kebanyakan usahawan tidak memperkirakan 'the secret guidance' iaitu Biz Cost Forecast.


Kita lihat ramai retailer-retailer atau outlet tenant terutamanya di kompleks-kompleks niaga boleh menjangkakan hayat keupayaan perniagaan mereka. Selain daripada elemen-elemen seperti di Tips 1 hingga Tips 8, mereka sebenarnya telah menjangkakan akan hayat perniagaan dalam erti kata lain mereka telah pun mem'PROGRAM'kan hayat dan hala tuju pengoperasian entiti perniagaan mereka.


Pada asasnya kaedah pembikinan 'forecast' ini boleh dibuat dan diprogram sehingga tempoh mana yang kita inginkan cuma elemen survival adalah penting dan perlu disulam. Kerana hardware tanpa software maka terencatlah kefungsian sesuatu peranti itu.


Merencakan 'forecast cost' adalah lebih bersifat kawalan jangkaan yang efektif dan selari dengan peratusan jangkaan jualan dan juga keuntungan. Justeru, ini memastikan tidak terjadinya 'over-spend' yang boleh menjejaskan keseluruhan perniagaan. Disamping itu juga, ianya membantu usahawan untuk merancang strategi-strategi perkembangan masa akan datang contohnya peruntukan untuk penambahbaikan skop perniagaan, imbuhan / reward kepada kakitangan dan sebagainya. Jika ianya dirancang pada masa sekarang maka semua pihak yang mempunyai 'interest' dengan syarikat anda akan berasa lebih selesa malah yakin dengan hala tuju anda yang sungguh 'firm'.

Tips 8: Sales Budgeting: Pembelajaran Sub (A) Revenue Forecast

Kebiasaannya ramai usahawan hanya tertumpu dalam mensasarkan jumlah jualan / sales bagi entiti mereka, atau bagi mereka yang lebih terperinci akan 'work-out' sehingga sasaran 'bottom line' iaitu untung bersih / net profit.
Pada asasnya 'forecasting' sebenarnya melibatkan mensasarkan keseluruhan elemen-elemen yang berkaitan kewangan dalam perniagaan kita, iaitu:

1) Jualan / Sales
2) Kos barangan jualan / Cost of sales
3) Kos pekerja / Payroll
4) Lain-lain Kos Operation / Other Expenses
5) Untung Kasar / Gross Profit
6) Cukai Perniagaan atau Zakat
7) Untung Bersih / Net Profit


Ianya kelihatan mudah atau simple sekali. Tetapi bagaimanakah titik permulaan untuk mensasarkan ketujuh-tujuh item di atas? Ini bergantung kepada dua (2) keadaan, iaitu kaedah 'forecast' bagi usahawan yang sedang menjalankan perniagaan dan bakal usahawan yang akan mewujudkan entiti perniagaan barunya.


Bagi para usahawan yang telah lama berkecimpung, untuk menyediakan suatu jangkaan sasaran adalah tidak menjadi satu masalah kerana mareka telah pun mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam selok-belok bidang tersebut. Manakala bagi yang kurang arif dalam hal ini, mereka mungkin mengupah pihak tertentu untuk membuat 'forecasting' bagi syarikat mereka. Cuma di sini kita harus ingat, 'forecasting' yang dibikin oleh pihak ketiga sebenarnya cukup kita katakan sebagai panduan kerana hanya usahawan itu sendiri yang memahami akan irama dan 'tune' perjalanan perniagaannya. Justeru mengapa tidak taukey sendiri yang membuat segala perancangan (master mind) dan pelaksanaannya dilakukan oleh wang dan tenaga kerja yang lain?



Sasaran Hadapan bagi Jualan (Revenue Forecast)

Ianya mudah, cuma usahawan perlu mengetahui sedikit tips untuk membangunkan sasaran perniagaan mereka. Justeru sekiranya usahawan mempunyai perkara-perkara atau syarat-syarat yang disebutkan di bawah ini maka bab 'forecasting' akan menjadi mudah sehinggakan anda boleh menjangkakan apa bentuk atau trend perniagaan anda bagi tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun akan datang.

a) Usahawan mestilah mempunyai data-data atau trend jualan tahun-tahun yang lepas (sekurang-kurangnya 3 tahun yang lepas). Atau lebih baik sekiranya ada mempunyai trend mengikut bulanan. Anda pasti mendapati trend-trend jualan tersebut mempunyai alunan naik turun. Lebih mudah jika anda 'transform' kan maklumat jualan yang berbentuk angka itu kepada bentuk graf bar dengan menggunakan Microsoft Excel. Jika anda perhatikan betul-betul, setiap bulan bagi setiap tahun (trend 3 tahun) alunan jualan bulanannya adalah sama walaupun angka jualan berbeza.

Maka, seterusnya apa yang perlu anda lakukan ialah mengenalpastikan berapakah peratusan peningkatan atau penurunan jualan bagi setiap bulan. Contohnya, apakah peningkatan atau penurunan jualan bagi bulan Januari 2006 ke Februari 2006? Untuk mendapatkan peratusan tersebut maka pengiraan di bawah ini boleh digunakan:



[(Jualan Februari 2006 - Jualan Januari 2006)/Jualan Januari 2006] x 100



Maka, anda akan dapat menyaksikan peratusan kenaikan atau penurunan jualan tersebut. Seterusnya cuba anda bandingkan jualan bagi bulan Januari 2007 dengan Februari 2007 dengan menggunakan pengiraan yang sama. Sudah tentu sekali lagi anda akan memperolehi peratusan kenaikan atau penurunan jualan bagi dua bulan tersebut.

Dan cuba anda bandingkan kedua-dua peratusan iaitu:


(Peratusan Januari 2006 & Februari 2006) vs (Peratusan Januari 2007 & Februari 2007)


Akan akan melihat satu bentuk peratusan yang seakan-akan sama dan berhampiran. Maka inilah yang dikatakan 'TREND'. Jadi daripada trend ini, ianya memudahkan usahawan untuk membuat 'forecast' pada tahun-tahun yang akan datang. Banyak kaedah pengiraan 'forecast' yang boleh kita gunakan. Sebagai permulaan anda boleh bersandarkan kepada 'peratusan' sepertimana yang diperolehi daripada hasil trend-trend yang lepas. Kerana trend merupakan angka yang tidak menipu!


Contoh Format Bagi Forecasting:

Isnin, 23 Ogos 2010

Tips 7: Tahukah Anda Apa Itu 'Spending Per Cap' Dalam Apa Jua Bentuk Perniagaan?

Sebagai orang bisnes kita perlu peka dengan keadaan sekeliling tidak kira apa jua bentuk isu atau kejadian kerana semua unsur atau elemen ini membantu analisis pelan tindakan dan potensi hala tuju serta survival entiti perniagaan kita.

Antara salah satu unsur yang perlu kita risik dari masa ke masa ialah keupayaan orang sekitar di pasaran kita membelanjakan wang poket mereka. Risik perlu dibuat bagi mengetahui hakikat sebenar kuasa belanja populasi pelanggan istilah Inggerisnya actual power of purchasing aura.

SOALAN: BERAPAKAH KUASA MEMBELI SETIAP INDIVIDU DI TEMPAT ANDA ATAU DI KAWASAN PASARAN ANDA PADA TARIKH 25 OGOS 2010? ADAKAH RM10 ATAU KE ATAS? ATAU ADAKAH KITA MENGAGAK-AGAK NILAI KUASA PENGGUNA? ADAKAH AGAKKAN KITA TEPAT DAN BETUL-BETUL MEMBERI FIGURE JUALAN SEPERTI YANG KITA RANCANG?

Percayakah anda jika saya katakan bahawa untuk aktiviti perniagaan runcit sebenarnya kuasa membeli setiap individu dalam satu populasi penduduk di kawasan kita adalah dari RM0.10 - hingga RM0.30 saja. ANDA PERCAYA? SAYA BAYANGKAN ANDA TERPERANJAT & TERTANYA BUKANKAH NILAI TERSEBUT TERLALU KECIL, TIDAK REALISTIK & MANA ADA ORANG PERGI KEDAI BELI BARANG NILAI SEBESAR ITU, HARGA GULA-GULA PUN LEBIH TINGGI...
Tetapi inilah hakikatnya kuasa membeli pelanggan (peruncitan) pada masa ini. Adakah disebabkan dengan rendahnya kuasa ini ianya akan menjejaskan perniagaan anda?


Sebenarnya Spending per Cap ini adalah indicator kepada entiti perniagaan kita untuk menentukan berapakah kadar potensi untuk kita meraih jualan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Malah kalau kena gaya perkiraannya dalam pelan tindakan maka Pulangan Besar Yang Tidak Disangka-sangka boleh kita perolehi.

Tips SPC (Spending per Cap) ini banyak digunapakai oleh retailer-retailer berbangsa Cina, orang-orang Aussie dan warga timur seperti peniaga-peniaga Jepun, Korea & Taiwan yang mempunyai kedai runcit ala-ala santai (hebat lagi kedai runcit kampung) di Sri Hartamas & Mont Kiara di Malaysia.


Jadi formula SPC (spending per cap) adalah seperti berikut:

Kuasa Perbelanjaan Per Poket Individu = Sasaran Jualan / Jangkaan Populasi Pelanggan

Justeru, tidak setakat di situ sahaja sebagai usahawan anda perlu mengetahui mekanisme untuk mendapatkan Sasaran Jualan melalui metodologi Forecasting dan Budgeting.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Selingan: Penghayatan Maksud Perniagaan Yang Variasi

Terbitan ini adalah huraian dan kupasan yang agak umum serta cenderung kepada relaksasi acap santai. Bersantai dengan maksud PERNIAGAAN agar tidak timbul tekanan dalam pembikinan pengoperasian perniagaan kita dan yang lebih penting tidak timbul kekusutan di bahagian otak yang akan memberi impak kepada urat merith kita semua.


Pelbagai variasi akan maksud PERNIAGAAN dari pelbagai kaum yang dilihat dari pelbagai sudut/perspective prinsipal, budaya, dan objektif geografi masing-masing empunya tempat. Lantas secara umum yang kita ketahui secara teori, praktis dan matlamatnya:



PERNIAGAAN = WANG = HARTA





Manakala terdapat juga maksud berbeda dalam PERNIAGAAN itu walaupun secara fisikalnya persis seperti perniagaan yang bersifat konvensional. Contohnya di kawasan-kawasan semi rural-primitive:



PERNIAGAAN = TIADA WUJUD = SURVIVAL


Sebahagian manusia mendefinasikan PERNIAGAAN mengikut fitrah yang berasaskan landasan tertentu, contohnya:


PERNIAGAAN = SEMATA-MATA UNTUK HUBUNGAN = TIADA KENA MENGENA DENGAN WANG/UNTUNG/RUGI


Terdapat pelbagai istilah definisi PERNIAGAAN di mana pada hemat ramai ahli perniagaan dan pendapat ekonomis menyatakan bahawa ianya bukanlah definisi tetapi ia merupakan sub-kepentingan peranan kepada tujuan perniagaan.


Apa pun terbitan definisinya yang penting kita mesti cuba dan terus mencuba, biar gagal tapi terus lagi cuba dan menyelam hakikat gagal/rugi..kerna justeru selepas itu kita akan memperolehi nilai pengetahuan dan pengalaman yang orang lain tidak dapat.


Ramai usahawan Bumi di perkalutkan dengan khabar-khabar risiko, diolahkan penyampaian bahaya risiko itu serupa merana masuk ke dalam azab seksa sebatan pesalah. Itulah minda segelintir publik sekeliling yang cetek nasihat dan ketidakcukupan berfikir secara kreatif dan inovatif. Justeru kita semua perlu mengubah kotak pemikiran, berani melakukan TRANSFORMASI untuk berani mendapat KEUNTUNGAN malah extravanganza berani untuk mengalami KERUGIAN. Prinsip taikun-taikun empayar perniagaan yang terdapat di Malaysia (anda boleh rujuk kepada review di dalam the Top -10 Biz Enterpreneur, keluaran September 2007)rata-ratanya adalah begini:" Tidak perlu takut akan bankrupsi atau kehilangan kekayaan, kerana itu bukanlah akan menyebabkan kita menjadi orang mati atau penjenayah, malah usaha yang telah ditaburkan akan berterusan manfaatnya.Dan itu adalah yang lebih penting...."

Khamis, 19 Ogos 2010

Tips 6: Return On Investment, Seolah-Olah Seperti Return Of Jedi

Return On Investment (ROI) atau sinonimnya di kalangan enterprenur yang berprofil sering kali disebut Pulangan Modal/Pelaburan, atau dalam bahasa pasarnya kita sering menyebut Balik Modal.


Sehubungan dengan itu, sebelum kita menyentuh soal-soal lain dalam pengurusan perniagaan, adalah lebih baik kiranya kita sama-sama mengenal definasi dan peranan ROI dalam sesebuah entiti perniagaan.


1) Apakah yang dimaksudkan oleh ROI?
2) Kenapa perlu ROI?
3) Apakah konsep ROI?
4) Bagaimana ROI membantu pemilik entiti perniagaan?
5) Siapa lagi yang berminat untuk mengetahui ROI?
6) Kesimpulan dan kepentingan ROI?


Return On Investment (ROI)Keperluan Pemodal Usahawan


Setiap projek perniagaan (baru & pengembangan skop niaga) memerlukan laburan Modal bagi membiayai pelbagai keperluan 'set-up' samada berbentuk 'tangible' ataupun 'intangible'. Laburan Modal ini seperti yang dibincangkan dalam terbitan Tips 2 boleh bersumberkan dengan modal sendiri, usahasama perkongsian, usahaniaga dan pelbagai lagi. Maka laburan modal merupakan syarat utama bagi kita untuk menjayakan sesuatu projek perniagaan seperti yang direncanakan. Erti kata pasar, 'no money, no talk'.

Justeru setiap nilai wang yang dilaburkan tersebut sudah tentu kita mahu akan pulangan keuntungannya. Sudah pasti kita tidak mahu modal yang dikeluarkan lenyap begitu sahaja dan sudah tentu kita juga akan tertanya-tanya atau berasa tidak sabar bila kita akan mendapat hasil pulangan modal yang dilaburkan.

Ini bermaksud:

Modal = Pulangan = Tempoh Masa

Inilah tujuan utama dan harapan bagi setiap pelabur yang melambakkan wang sebagai modal bagi sesebuah projek perniagaan.


Kepentingan Penkadaran ROI

ROI adalah penting bagi kita untuk menentukan penkadaran pulangan pelaburan/modal dalam tempoh yang realistik, tenang dan selamat. Pada amnya kebanyakan pemodal lebih mementingkan tempoh pulangan pelaburan yang cepat bagi mengelak kemungkinan-kemungkinan ketidaktentuan serta risiko yang boleh menjejaskan faedah mereka.

Terdapat kaedah-kaedah penkadaran nisbah bagi mengukur ROI yang boleh dijadikan panduan atau kompas ataupun penggera bagi setiap usahawan. Kaedah ini ini biasanya diukur:

a) Kemampuan jualan
b) Tempoh vs Jualan
c) Peratusan ROI dan tempoh jangkaan pulangan


Kesimpulannya ROI merupakan alatan (tool) yang pada dasar langsungnya menggambarkan keberkesanan sesebuah cadangan projek perniagaan dan prospek hayat perniagaan. Ianya juga mempengaruhi keinginan pelabur modal yakin atau tidak dengan projek perniagaan tersebut.

Tips 5: Ambil Peduli Terma-Terma Kewangan Yang Betul & Tepat

Telah menjadi tabiat dan kebiasaan para usahawan berskala kecil yang beriya-iya membuat jangkaan keuntungan perniagaan mereka tanpa memahami maksud terma-terma kewangan perniagaan serta mengabaikan proses analisis perinci berkenaan keupayaan bisnes yang baru atau berpotensi untuk dikembangkan. Hal ini menyebabkan 'decision making' (membuat keputusan) untuk visi atau hala tuju pengoperasian bisnes tersasar dari matlamat iaitu KEUNTUNGAN/PROFIT kerana kebanyakan usahawan hanya beriya-iya menggembar-gembur JUALAN/SALES yang belum tentu memberi KEUNTUNGAN.


Justeru setiap dari kita yang bergelar orang bisnes haruslah kita faham akan prinsipal perniagaan kita. Ingat! BUSINESS is MONEY/WEALTH. Persoalannya MONEY/WEALTH yang bagaimana?


MONEY - Keuntungan yang konsisten dari peratusan keupayaan perniagaan jangkamasa panjang yang boleh menyakinkan pasaran, pengguna, pembekal, institusi perbankan/kewangan dan institusi/badan-badan perniagaan yang berkaitan.

WEALTH - Harta/Aset yang mempunyai nilai muhibah yang membina 'Branding' perniagaan kita. Contoh saya berikan seperti KFC, Dunkin' Donut dan kiranya di Malaysia saya ambil contoh syarikat tempatan Syarikat Boon Siew Honda (walaupun originaliti produknya berbentuk gabungan (venture).


Jadi marilah kita bersama-sama kongsi terma-terma penting kewangan perniagaan agar kita tidak SYOK SENDIRI akan pulangan KEUNTUNGAN yang dijangka akan dijanakan.


Terma-terma yang perlu berada di otak bahagian mendula oblongata dan bibir pada setiap usahawan adalah:



1) Sales (Jualan) - merupakan generator utama bagi memastikan mesin-mesin mekanisma operasi perniagaan kita berjalan lancar atau sebaliknya. Pada asasnya ramai berpendapat lebih banyak Jualan yang kita perolehi maka kita akan mendapat Untung yang besar. Itu belum tentu lagi!

2) Cost of Sales/C.O.S (Kos Barangan) - Kos Barangan Jualan yang mengambil tempat pada setiap Jualan atau nilai Jualan yang kita perolehi. Dalam dunia 'modern retailing' pada masa kini peratusan minimanya adalah dalam lingkungan 35% - 40%. Kiranya C.O.S kita melebihi tahap peratusan tersebut, maka angan-angan kita untuk mendapat Keuntungan Yang Besar harus kita rencatkan. Mula berfikir bagaimana keadaan ketidaktentuan Kerugian pula dan apakah langkah-langkah beringat yang harus kita jeratkan -Biz Action Plan.
3) Lain-lain terma perbelanjaan - Payroll dan sub-elemennya / Other Expenses dan sub-elemennya / Gross Profit dan sub- elemennya serta Overhead, Penkadaran Cukai atau Zakat Perniagaan juga perlu diketahui. Kalau para bisnesperson yang membaca write-up ini ingin maklumat atau keterangan lanjut atau hendak bertutorial secara fisikal, maka perlulah hubungi saya :).


4) Kemudiaan barulah boleh kita berbicara soal Net Profit / Keuntungan Bersih kiranya kita memperolehinya atau Net Loss/Kerugian Bersih jika kita mengalaminya.


Tetapi ianya tidak terhenti di situ, terdapat elemen lain yang perlu kita ambil kira bagi mengetahui hayat hidup entiti perniagaan kita, iaitu dan biasanya di kalangan Non-Bumi mengistilahkan ROI (sebutan mereka ROY)- atau sebutan penuhnya Return On Investment. Justeru untuk mengetahui apakah sebenarnya ROI tersebut, impak kronologi dan metodologinya dalam bisnes kita semua...tunggu terbitan Tips 6..Return on Investment, Seolah-Olah Seperti Return of Jedi.

Ahad, 1 Ogos 2010

Tips 4: Mengukur Pasaran Seperti Ukur Baju Di Badan Sendiri


Mengukur keluasan pasaran bermaksud membuat anggaran jumlah barangan atau perkhidmatan yang dapat kita jual kepada pengguna pada sesuatu masa, keadaan dan pasaran. Ianya berbeza dengan meramal jualan (forecast). Mengukur keluasan pasaran melibatkan anggaran keluasan pasaran sekarang dan akan datang. Sementara itu meramal jualan adalah suatu aktiviti meramal kenaikan atau penurunan jualan barangan pada suatu masa yang akan datang. Mengukur potensi pasaran amat penting terutamanya apabila kita ingin memulakan sesuatu perniagaan atau memasarkan barangan/perkhidmatan baru di pasaran.

Mungkin ada yang berpendapat ianya tidak perlu. Lebih-lebih lagi jika kita sudah pun melibatkan diri dalam perniagaan. Kini bercadang pula untuk memasarkan barangan yang baru dalam pasaran. Contoh setelah beberapa lama kita membekalkan kicap dan kita ingin memasarkan barangan baru iaitu sos tomato. Kita biasanya beranggapan bahawa keluasan pasaran sos tomato adalah sama seperti pasaran kicap. Jika kita memasarkan kicap sebanyak 400,000 sebulan, maka kita menganggarkan bahawa jumlah pasaran sos tomato juga sepatutnya berjumlah 400,000 sebulan. Inilah kesilapan yang selalu berlaku. Kita selalu beranggapan bahawa barangan yang disogokkan di pasaran akan dibeli oleh pengguna. Akibatnya kita lebih mementingkan berapa banyakkah yang patut dikeluarkan dari berapa banyakkah yang patut di pasarkan.

Kita sepatutnya fikir dan perhatikan berapa banyakkah jenama kicap dan sos tomato yang ada di kedai-kedai. Mungkin kita akan menemui 5 jenama kicap dan 10 jenis jenama sos tomato. Sebagai pengguna tentulah rambang mata dibuatnya. Pemilihan akan dibuat oleh pelanggan berdasarkan keenakan rasa, harga, jenama dan kadang-kadang kepada warna sos tomato tersebut. Oleh itu sebagai usahawan tentunya kita tidak boleh beranggapan bahawa pengguna yang menyukai kicap kita akan juga menyukai sos tomato yang akan kita pasarkan.

Mengukur keluasan pasaran merupakan satu perkara yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya, ianya dapat membantu kita untuk menentukan samada patut atau tidak untuk memasuki satu-satu pasaran. Juga ianya berkesan bagi kita untuk merancang jumlah modal kewangan yang diperlukan untuk mengeluarkan sesuatu produk yang baru.

Setelah memahami akan keperluan kajian pasaran maka langkah kedua yang harus dilaksanakan adalah dengan menjawab persoalan-persoalan berikut:

1) Apakah jenis barangan/perkhidmatan yang sepatutnya dipasarkan?
2) Kepada siapa dan bagaimanakah barangan/perkhidmatan tersebut hendak dipasarkan?
3) Di kawasan manakah ianya akan dipasarkan?
4) Bilakah barangan/perkhidmatan tersebut perlu dipasarkan?
5) Apakah usaha-usaha atau kaedah-kaedah untuk memasarkan barangan/perkhidmatan tersebut?
6) Apakah andaian-andaian impak dalam memasarkan barangan tersebut?


Cara yang praktikal dalam menganggarkan potensi pasaran adalah dengan menggunakan ukuran berikut:

P = j x b x n

dimana; P = Anggaran keluasan pasaran
j = Jumlah keluarga di pasaran mengikut andaian
b = Jumlah penggunaan bagi purata keluarga
n = Harga seunit barangan


Setelah membuat anggaran keluasan pasaran, maka langkah kedua yang lebih penting ialah menganggarkan potensi pasaran penumpuan atau potensi pasaran syarikat melalui kaedah berikut:

PS = sp x P

dimana; PS = Potensi pasaran penumpuan atau pasaran syarikat
sp = Peratusan sumbangan pasaran syarikat
P = Anggaran keluasan pasaran.

Dengan mendapatkan anggaran tersebut sebagai asas yang munasabah maka mudahlah kita merancang strategi dan taktik kewangan, pengeluaran atau pemasaran tersebut.

Sabtu, 31 Julai 2010

Tips 3: Sedikit Modal Tanda Ada, Banyak Modal Perlu Beringat



Adunan modal dan keusahawanan yang baik boleh menjayakan suatu perusahaan dan kekurangan salah satu unsur ini pula boleh menghalang kemajuan suatu perusahaan tersebut. Biasanya sebahagian dari keperluan modal perlu disediakan sendiri oleh usahawan dan selebihnya ditambah melalui terbitan modal dan pinjaman dari pelbagai sumber.

Ilham keusahawanan yang dimiliki oleh seseorang usahawan menjadikan beliau aktif dan beransang sekali mencari pelbagai ruang perniagaan tetapi keghairahan ini akan terbantut kerana kurangnya modal yang dimiliki. Oleh yang demikian, beliau perlu mencatukan modal yang ada untuk beberapa projek yang terbaik sahaja.


Sumber Modal


1) Simpanan Sendiri.

Sesuatu perusahaan yang diasaskan dengan sebahagian besar modal sendiri akan memberi keyakinan yang lebih kepada pihak pemilik modal lain termasuklah institusi kewangan dan orang awam untuk memberi tambahan modal bagi pelbagai tujuan urusan perusahaan.

Banyak contoh yang dapat kita lihat di mana usahawan-usahawan kita yang berjaya seperti Tan Sri Dato' Azman Hashim yang membina empayar perniagaannya bermulakan modal sendiri. Pada permulaannya beliau menggunakan modal sendiri kemudian setelah perniagaan tersebut stabil, tambahan melalui pinjaman bank dibuat. Setelah perniagaannya mantap dan menguntungkan, modal dikumpul dengan berkongsi modal melalui terbitan awam saham miliknya. Hasil pungutan modal awam yang dikumpulkan diguna pula untuk membayar balik pinjaman bank dan pembesaran perusahaannya.


2) Modal Ahli Keluarga dan Rakan-rakan.

Simpanan sendiri ditokok tambah dengan modal dari ahli keluarga dan sahabat handai menguatkan lagi asas modal perusahaan yang dijalankan. Kadang kala untuk memulakan sesuatu perniagaan, orang yang mudah memahami ilham perniagaan yang dimiliki ialah ahli keluarga sendiri bersama dengan sahabat yang terdekat. Lagi pula ahli keluarga tidaklah kena membayar bunga, sempat untuk sementara waktu dipusingkan sehingga perusahaan tersebut menjadi stabil. Setelah itu pembayaran balik beserta sedikit peratus keuntungan bolehlah diberikan kepada mereka. Jika mereka ingin kekal menjadi pemegang saham perusahaan tersebut, maka modal mereka tidak perlu dibayar balik, hanya dividen dibayar berdasarkan prestasi perusahaan.


3) Pemodal Persendirian Bermuafakat.

Modal juga boleh dikumpulkan secara bermuafakat di antara para pemodal persendirian. Ada di antara mereka yang mempunyai wang tetapi tidak cukup untuk menubuhkan perniagaan sendiri atau tidak mempunyai kepakaran untuk mengurus sendiri sesuatu perniagaan.

Untuk menjayakan hasrat masing-masing maka orang-orang persendirian yang mempunyai modal bolehlah bergabung tenaga menubuhkan satu perniagaan/perusahaan sama ada secara perkongsian atau persyarikatan.


4) Modal Dari Peruntukan Kerajaan.

Banyak agensi di bawah pelbagai Kementerian menyediakan bantuan modal. Apa yang perlu dilakukan oleh usahawan ialah sentiasa meninjau peluang-peluang peruntukan pinjaman tersebut. Perlu ada 'networking' bagi memudahkan urusan tersebut.


5) Pemodal Usahaniaga.

Sekarang terdapat kecenderungan di kalangan institusi kewangan atau syarikat-syarikat besar di negara kita untuk menubuhkan syarikat pemodal usahaniaga (venture capital) seperti Celcom, Maxis, TM Net, HPA dan pelbagai lagi.

Pada konsepnya syarikat ini menawarkan modalnya kepada mana-mana usahawan yang mempunyai projek yang berdaya maju secara usahasama. Pada kebiasaannya jumlah modal yang sanggup ditawarkan adalah dalam lingkungan 20% hingga 70% daripada jumlah keperluan modal untuk sesuatu projek. Selebihnya akan dikeluarkan sendiri oleh usahawan. dari segi pengurusan biasanya usahawan dipertanggungjawabkan untuk mengurus manakala pengawalan prestasi perusahaan akan dilaksanakan oleh syarikat pemodal usahaniaga melalui wakil-wakilnya dalam Lembaga Pengarah.


6) Institusi Kewangan.

Institusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan adalah sumber yang biasa dikunjungi oleh para usahawan untuk mendapatkan modal, baik ianya berbentuk modal tetap ataupun modal pusingan. Elakkan dari meminjam dari "loan shark" jika kita tiada perisai pertahanan.

Pada peringkat permulaan usahawan tidak perlu gelojoh untuk mendapatkan pinjaman bank. Usahawan perlu mengkaji dengan teliti sejumlah mana harus dipinjam dari bank dan sejumlah mana pula perlu diperolehi dari sumber yang lain. Tersalah membuat penilaian akhirnya usahawan boleh terjerat di dalam urusannya sendiri.


7) Modal Dari Pembekal.

Pembekal juga boleh dijadikan sumber modal pusingan oleh usahawan iaitu konsep pembelian secara kredit. Di mana perjanjian perlu dikuat kuasa bagi terma pembelian dan tempoh pembayaran.