Khamis, 3 Februari 2011

Selingan Sparkling: You Marah, I Suka

Semasa duduk berehat bersama seorang jiran niaga komputer dan aksesori di depan kaki lima blok kedai di Subang Perdana. Sempat dia menceritakan, seorang pelanggan telah 'tiu' (bising) kerana USB drive yang dibeli beberapa hari lepas tidak berfungsi. Maka, jiran saya membuat pemeriksaan di hadapan beliau dan mendapati USB drive tersebut boleh digunapakai. Cuma sebagai menjaga pelanggan jiran niaga saya telah memberi extra gift iaitu mouse pad 3D figure.

Contoh imej 3D mouse pad 

Saya berkata, "Baik sungguh you, even it wasn't your fault tetap bagi gift kat customer."

Jiran niaga saya membalas,"Bukan apa, inilah peluang untuk I nak tunjuk specialties of my shop and to make customer feel pleased to come again to my shop, marketing la bang.."

Ya saya setuju dan membuat kesimpulan bahawa:
  • Gift adalah bentuk marketing yang akan membina brand di minda customer.
  • Gift boleh diberi kepada bila-bila masa dan tidak semestinya sewaktu promosi. Ini membantu kesimbungan pemasaran (continuous marketing).
  • Kos bagi gift adalah rendah jika dibeli secara pukal.
  • Gift boleh dimanfaatkan oleh customer untuk kegunaan guna pakai.
Jika ada lebihan alokasi perbelanjaan operasi, bolehlah kita mengimplementasikan kaedah ini.


Terima kasih:
En Mok, pengalaman anda membuatkan minda saya 'spark'

Rabu, 2 Februari 2011

Selingan Kopa Kabana: Banyak Kredit, Tangkap Syahdu

Hari ini saya membeli E-Health Cigar dari seorang rakan, berkeinginan untuk menyimpan satu set untuk dibawa ketika menghadiri mana-mana function biznez talk. Kali ini rakan saya menawarkan jualan kredit. Saya pun ok, minggu depan saya berjanji untuk bayar. Cuma semasa perjalanan pulang ke rumah saya terfikir:


  • Kiranya saya berniat mungkir janji untuk melunaskan pembayaran, pasti dia mengalami kerugian menanggung kos barangan.
  • Akaun terima beliau akan tergantung dari kemasukan tunai.
  • Nisbah pusingan modal dan stok beliau akan terencat.
  • Jika saya bayar pun, potensi pusingan perolehan stok beliau terganggu
  • Jualan kredit patut diminimumkan kiranya kekuatan modal kita masih belum stabil.



Justeru, jika bisnes kita berskala kecil adalah lebih baik kita reserve jualan barangan kepada jenis cash and carry bagi mengelak keadaan-keadaan yang di atas. Atau jika diteruskan juga sekiranya mengalami bad debt, sudah pasti kita tangkap nangis tak berlagu..

Selingan Nana Chombi: Masa Emas, Jangan Main Banyak


Demi masa....dalam bisnes masa itu amat-amat penting. Tak jaga masa, maka terlepaslah peluang:
  • Peluang mendapat sesuatu projek bisnes
  • Peluang mendapat tempat di hati pelanggan
  • Peluang menerima jualan yang optimum
  • Peluang membuat pemasaran
  • Peluang mendapat tempat niaga yang strategik
  • Peluang menjimatkan kos pengoperasian bisnes
  • Peluang mendapat pengiklanan dan promosi yang efektif
  • Peluang mendapat segmen pasaran yang bertepatan
  • Peluang membina jati diri
  • Peluang mendapat ilmu 
  • Peluang-peluang yang lain
Jika kita leka dan main banyak dalam bisnes, maka:


  • Kita akan terlepas semua peluang
  • Tunggu bisnes untuk lingkup dan terlekup

Terima kasih:

En Wan Mohamad (Segambut) atas nasihat-nasihat dalam menghayati nilai-nilai bisnes

Selasa, 1 Februari 2011

Selingan Sepat Ronggeng: Periksa Duit Dulu, Atau Naya


Semasa bersama dengan kawan-kawan retailer di Subang Perdana, ada yang menceritakan mereka kerap terpedaya dengan menerima note Ringgit Malaysia yang:
  • Palsu / counterfeit terutamanya note RM10.00 dan RM100.00
  • Duit koyak/separuh, tidak perasaan kerana customer mengenakan taktik lipatan yang mengaburkan mata.
  • Wang / note negara asing, terutamanya ketika keadaan jual beli sibuk.
Justeru, bagi mengelak diperdaya sebegitu, eloklah:
  • Ambil sedikit masa untuk memeriksa wang/note yang diterima.
  • Bagi note / palsu gunakan kaedah tenyeh (scretch) atas kertas putih. Jika tiada kesan lekapan warna, maka itu potensi anda menerima wang palsu (rujuk pada rakan-rakan yang bekerja di Bank Negara atau institusi bank-bank) atau beli satu money detector.
  • Jika menerima duit dalam lipatan, buka dahulu. 
  • Tengok betul-betul pada note yang diterima mempunyai imej Yang Di-Pertuan Agong dan marking RM.
Jangan gelojoh semasa terima wang jualan, bagi mengelak dironggeng oleh peronggeng barang.

Isnin, 31 Januari 2011

Selingan Si Puyu: Respon Segera, Jangan Kerek, Elak Maki

Semasa singgah minum teh memanaskan badan di kala hujan malam, seorang rakan niaga berkongsi pengalaman semasa beliau berniaga pagi 30/1/2011 di Pasar Pagi Uptown KD:


  • Kalau customer tanya sesuatu berkenaan produk jualan kita, perlu kita cepat-cepat memandang tepat ke matanya dan respon dengan senyuman.
  • Kiranya kita kurang pengetahuan berkenaan produk berkenaan, jawab sekadar yang kita tahu. Jangan goreng lebih-lebih, nanti hangit dan customer lari.
  • Jangan sekali-kali respon kepada customer dengan gerek dan kerek, waima kita tengah sibuk melayan customer-customer lain.
  • Jika transaksi urus niaga kita tengah sibuk, manis mulut sambil berkata 'sebentar ye..' atau berceloteh (berkaitan proses transaksi) semasa kesibukan tersebut serta membuatkan customer seperti tidak tergesa-gesa menunggu (pengaruh linguasi)
  • Gagal berbuat demikian, bersiap sedialah untuk dihambur maki. 
  • Jika kita disembur, jangan melawan tapi jawablah dengan berhemah "saya minta maaf..moga murah rezeki tuan/puan."
Selamat mencuba...

Ahad, 30 Januari 2011

Tips 19: Sukses Dalam Bisnes, Dunia Akhirat


Ingin berkongsi tips dari penghulu-penghulu usahawan yang telah berjaya:
  • Selalu istighfar
  • Tidak lupa syahadah
  • Tetap solat
  • Solat sunat duha yang konstan
  • Jaga ibu kita
  • Jaga ibu kita lagi
  • Jaga ibu kita lagi dan lagi
  • Jaga bapa kita
  • Du'aa, usaha tangga kejayaan dan tawakal
 Antara penghulu yang sudi mencurah tips, YBhg Tan Sri Syed Mohktar Bukhari (anak jati Alor Setar, Kedah)

    Sabtu, 29 Januari 2011

    Selingan Semarak: Malu Kalu,Tak Dapat Ilmu

    Pada petang 28/1/2011, saya bereksperimen di perhentian bas Jalan Semarak, berhadapan Bangunan Axiata KL. Sambil menggalas camping bag dan memegang produk sampling iaitu tasbih digital yang saya borong minimum dari seorang kenalan dari Tanjung Malim. Hari ini saya mengenakan baju -T berlogo huruf jawi Alif, seluar khakis, skater shoe dan tennis cap. Saya hanya berdiri pacak selama 15 minit sambil tangan mendemokan cara counting zikir menggunakan tasbih digital tersebut. Hasil eksperimen:

    • Murah rezeki saya kerana perolehi jualan sebanyak RM100 hasil pembelian seorang makcik yang parkir sementara di perhentian bas untuk menjemput anaknya pulang kerja. Beliau membeli sebanyak 10 unit tasbih digital tersebut sekali gus. Seunit tasbih digital harganya RM25. Disebabkan saya hanya sampling dan eksperimen, saya beri harga tenang iaitu RM10 seunit. Beliau suka sekali. Katanya boleh buat souvenir kat kawan-kawan dan kalau duduk saja-saja boleh zikir.
    • Berikutan itu, beberapa orang di perhentian bas lantas mendekati saya dan bertanya produk tersebut. Saya ada lebihan 5 unit lagi maka saya beri tawaran, jika beli bulk 5 unit ini saya jual pada kadar harga RM40. Ada seorang abang Celcom terus cepat-cepat mengeluarkan wang dan membeli. Dia cepat, dia dapat.
    • Keseluruhan jualan saya selama lebih kurang 25 minit saya berjaya memperolehi RM140. Letih berdiri dan bercakap saya terus ke gerai seberang jalan pekena kopi Radix susu. Alhamdulilah, eksperimen berjaya, dapat ilmu dan wang.

      Konklusi untuk perkongsian: Eksperimenkan keyakinan diri kita secara berkala dengan mengambil contoh-contoh peniaga-peniaga yang gigih tidak kira berskala kecil atau besar. Berani dan jangan malu!

      Idea eksperimen timbul: teringat pemuda Arab yang menjual foto Gua Hira' secara legar di kaki Gunung Thur kota Makkah.

      Jumaat, 28 Januari 2011

      Selingan Pakcik Arab: Kerana Bahasa, Tambah Belanja

      Masih mengenai trip saya ke Medina. Kumpulan musafir kami menjejak kaki di Jedda awal subuh dan menaiki koster menuju ke kota debu suci. Singgah solat jamaah subuh di tepi jalan yang di kelilingi padang pasir. Terasa seperti filem 'Lion of the Desert'. Sempurna sudah kami meneruskan perjalanan. Pemandu koster kemudiannya mencadangkan singgah sarapan di RnR.  Istimewanya:
      • Pemilik premis menyapa rombongan musafir kami,"Assalamualaykum..anta masyghur..masyghur..(bagus..bagus..)", sambil mengangkat kening beliau (macam penyanyi Ziana Zain). 
      • Pemilik premis juga secara jenaka,"Tuan-tuan mau minum semua ada..teh susu..kopi susu..teh susu..kopi susu..sedap..masyghur..masyghur.."
      • Dia teruskan lagi,"Tuan-tuan, macam-macam makan..ruti..ruti.."
      • Kami semua minum dan makan, sembang dan puji pandai pakcik Arab welcoming kita siap cakap Melayu sekali. Kami pakat-pakat tambah sampai 2-3 round, akhirnya kenyang....
      • Masa nak membayar saya tanya pemilik premis,"Syeikh pandai bahasa Melayu?", dia jawab,"Saya boleh lima (5) bahasa, no problem, tiada mashalah...barakallah.."

      Konklusi dan iktibar: Pendekatan penguasaan bahasa juga mempengaruhi kadar belanja customer. Hebat pakcik Arab RnR padang pasir.


      Du'aa murah rezki kepada:

       Hj Ridwan Uban (DD), Hj Zali (BMR), Hj Khalid, (Saujana), Hj Kamarulzaman (NST), Hj Tiger (Utusan Malaysia),Hj Abg Azli (S.P.M'sia, RTM), Hj Naseer Sulaiman (MKL), Hj Adik Kecil Akmal (pelaung takbir & tahmid wida'), Hjh Aida Rahim/Radzwil (Actress), Hj Ali Mamak (Comedian, Melaka).

      Khamis, 27 Januari 2011

      Selingan Debu Medina & Cahya Mecca: PR Retailer Arab Bagus

      Tanggal ini, tiba-tiba teringat pengalaman bermusafir di Medina dan Makkah pada tahun 2004 iaitu semasa zaman bujang dahulu. Kata ibu saya ketika itu, pergilah ke sana jangan tak pergi kerana kamu pergi sebagai tetamu. Jiwa remaja ketika itu, sambil bermusafir sambil memerhati keadaan sekeliling kota Medina dan kota suci Makkah.

      Cuma apa yang boleh dikongsi bersama berkenaan tabiat (behaviour) bisnes di kedua-dua kota tersebut:
      • 99% peniaga-peniaga samada di shopping complex atau bazaar mempunyai superb PR (public relation). (Jika kita tengok pelancong-pelancong Arab yang melawat Malaysia mereka sememangnya sinonimnya kasar, mungkin mereka bukan berasal dari negeri Medina atau Makkah & mereka saya percaya dari negeri bangsa-bangsa arab yang lain). Semasa saya patron ke outlet-outlet  majoriti mereka greetings dan peluk. 
      • Mereka memperkenalkan (introduce) pelbagai produk walaupun terlebih dahulu saya maklumkan saya hanya window shopping. Mereka rata-rata memberi manisan kurma sebagai guest reception.       
      • Mereka menawarkan price range mengikut bajet saya, siap membuka produk dan meneliti serta memastikan produk tersebut tiada cacat (defect) Memang telus! 
      • Mereka juga jika kita meminta pengurangan harga akan tetap mengambil kira (consider) permintaan kita tersebut dan siap ada akad sah jual beli.
      • Kalau barang yang telah kita beli defect, mereka dengan pantas akan menukar dengan yang baru. Jika tiada stok yang sama mereka akan tambah baik (upgrade) barangan yang lain.
      • Sekiranya kita membeli bulk purchase mereka akan sadakah souvenir lain sebagai tanda kenangan. Saya terharu.
      • Bila azan berkumandang dari Mesjid Nabawi dan Mesjidil Haram, mereka tinggal semua produk, tak tutup kedai pun lantas menunaikan solat jamaah. Tiada penguatkuasa atau polis yang mengawal di premis-premis mereka (kecuali saya yang leka keanehan situasi tersebut dan lewat solat kerna hendak mensahihkan situasi seperti yang saya ceritakan di sini).
      • Tiada tipu daya urus niaga di kedua-dua kota ini.

      Perasaan ketika itu rasa tidak mahu pulang ke Malaysia kerana semua yang ada di sana DAMAI TENANG tiada setan! Patutlah retailer di sana hebat kerna mereka mengikut SUNNAH RASUL SAW tatacara Islamic Biz Guidance.


      Teringat sampai hari ini
      • Pemuda Arab yang menjual (legar) photo Gua Hira' di kaki Gunung Thur, rasanya sebaya dengan saya. Dia menjual sekeping photo tersebut dengan harga 5 riyal, saya desak dan tekan tawar seboleh-bolehnya 4 riyal. Dia bersetuju harga permintaan saya. Saya hulur note RM50 (di sana currency kita digunapakai untuk jual beli), dia tetiba kalut suruh saya tunggu sebab nak tukar wang dengan peniaga legar lain. Kalut dia lari sana sini dekat 10 minit bagi memastikan saya menerima baki. Punyalah bersungguh-sungguh dia sampai saya rasa terharu, bangga dan menitiskan air mata melihat akan kesungguhan/kejujuran dia. Kemudian saya pula berlari dapatkan dia, saya lontarkan,"Brother, today this RM50 is your rezki. Anta take all the money, Jazakallah". ** karektor beliau unik walau pakaian yang dikenakan beliau menggambarkan kesukaran hidupnya.**
      • Bisikan ibu di telinga kanan saya ketika berangkat dan pulang (di pintu utama rumah): "La Illa Ha Illallah, Muhammad Rasulullah"
      • Moga Allah merahmati ibu dan pemuda arab di kaki Gunung Thur.